Tertarik • 5

466 38 1
                                    

"Jika nak berubah, jalan penyelesaiannya ialah percaya pada Allah dan rancangannya."

_______________________________________________

SATU bulan berlalu, projek yang dijalankan oleh Dilla dan Atiqq berjalan dengan lancar. Mereka pun semakin hari semakin rapat. Hari-hari mereka sangat sibuk dengan projek yang dijalankan.

"Meeting dah habis, awak terus balik ke?" tanya Atiqq kepada Dilla.

"Tak, esok cuti. Petang nanti saya nak jemput Kylie dekat airport." jawab Dilla.

Atiqq terus mengingati sesuatu.

"Petang ni? Addy pun sampai petang ni" ujar Atiqq.

"Ye ke? Kebetulanlah. Dia orang pasti naik flight yang sama, kan?" tanya Dilla.

"Ye, dia orang daripada negara yang sama."

Dilla mengangguk-angguk kepalanya, tak sabar pula ingin berjumpa dengan Kylie. Kebetulan Kylie tengah bercuti dan dia juga diberikan cuti esok, jadi Dilla merancang untuk Kylie ke Malaysia.

"Jom ikut saya makan, petang nanti kita oleh jemput dia orang bersama." ajak Atiqq.

"Jom! Saya dah lapar." adu Dilla.

Atiqq ketawa kecil, jarang sekali Atiqq mengajak mana-mana perempuan untuk makan bersama. Atiqq seorang yang sangat menjaga kelakuannya.

Dilla terpegum melihat Atiqq ketawa tadi, sepanjang mereka bekerjasama, ini kali pertama Atiqq ketawa. Selalunya dingin atau senyum tipis.

"Naik kereta saya, nanti saya je yang hantar awak." ujar Atiqq.

"Ha? Tapi nanti susahkan awak pula." Dilla mencuba untuk menolak, lagipun Farmi sudah menunggu di bawah.

Brian juga tiada di sini, katanya papanya meminta melakukan satu kerja, dia terpaksa ke Sepanyol semula.

"Tak susah, lagi pun kita nak pergi makan, guna jalan sama aje." nafi Atiqq.

"Okay. Kalau macam tu, saya nak bagitahu Farmi sekejap." kata Dilla.

"Kita turun dulu, kereta awak dengan say di tempat yang sama."

Dilla mengangguk kecil, betul kata Atiqq. Dilla diberikan tempat khas untuknya meletakkan kereta oleh Atiqq. Bersebelahan pula dengan tempat letak kereta Atiqq.

Dilla mencapai semua barang-barangnya yang digunakan tadi dan dimasukkan ke dalam beg.

Atiqq mula berdiri dan menghampiri pintu, dia menunggu Dilla yang sedang mengemas barang-barangnya.

Bila Dilla sudah selesai dan menghampirinya, Atiqq membukakan pintu untuk Dilla.

Dilla tersenyum, Atiqq memang suka bukakan pintu untuknya.

"Thank you..." ucap Dilla.

"My pleasure." balas Atiqq semasa dia menutup pintu.

Mereka berdua mula berjalan bersama untuk keluar daripada syarikat itu. Ramai pekerja-pekerja Atiqq yang melihat ke arah mereka berdua. Semua pekerja di situ sudah tahu siapa Dilla akan menghormati Dilla seperti bos mereka.

"Sweet nya aku tengok tuan Atiqq dan cik Dilla!" kata seorang pekerja yang menjaga kaunter di pintu utama syarikat.

"Ye la, Ina! Untung cik Dilla dapat tengok muka bos hari-hari." ujar rakan sekerja yang lain.

"Tengok tu, Senah! tuan Atiqq bukakan pintu untuk cik Dilla lagi! Agak-agakkan dia orang bercinta tak?" kata Ina.

"Bercinta? cik Dilla itu kristian, bos kita Islam. Mana boleh bersama." nafi Senah.

Her Last Love [Fatima Jayyana] | HIATUSWhere stories live. Discover now