BAB 58

2.9K 167 21
                                    

PAGI yang begitu sejuk kerana hujan membasahi bumi ciptaan Tuhan yang Esa ini. Amsyar tersedar akibat guruh yang sedang rancak menyanyi di langit. Setiap guruh dapat di lihat dari tingkap bilik tersebut ini kerana dia tidak menutup langsir pada waktu malam. Jadinya sedar-sedar di hadiahka dengan kilat dan hujan. Amsyar terus bangun daripada pembaringan dan ingin siap-siap berjumpa Ammara di hospital sebelum dia bergerak ke Gong Kedak semula untuk bekerja dan dibebel oleh atasannya.

Kaki Amsyar menuruni tangga rumah agam tersebut dan disajikan dengan Deinz serta Eve sedang bermesra di ruang tamu. Mahu di ganggu tetapi dibatalkan niat kerana Amsyar fikir ini mungkin kali terakhir dua insan itu bahagia maka dibiarkan sahaja. Terus Amsyar berjalan melintasi dua manusia tersebut tanpa mahu menghiraukan mereka.

Amsyar masuk ke dalam kereta Toyota Yaris 1.5E AT miliknya dan hanya satu tempat yang ingin dituju iaitu DA's hospital. Sudah Amsyar sedia maklum bahawa ibu mentuanya Puan Aula yang menjaga Ammara pagi ini dan dia mahu memberikan kejutan kepada ibu mentuanya. Ini kerana sudah lama dia tidak melawat Ammara padahal baru tiga hari dia berada di Gong Kedak. Nak buat macam mana, rindu tidak boleh di bendung.

Sebelum sampai ke hospital sempat Amsyar singgah ke kedai bunga untuk membeli sejambak bunga buat sang isteri dan bunga yang dipilih itu adalah bunga yang melambangkan Ammara itu sendiri iaitu mawar putih. Di mata Amysar, Ammara itu adalah mawar putih yang perlu di jaga dan di lindungi sebaik mungkin. Ammara adalah bunganya dan Amsyar adalah duri yang menjaga Ammara dari tangan jahat manusia tetapi bunga itu sering kali terluka akibat duri kerana duri gagal menjaga bunga.

Tersenyum pahit Amsyar apabila teringat kejadian yang terjadi di kisah mereka. Sepatutnya duri menjaga mawar daripada terluka tetapi duri ini gagal menjaga mawar tersebut kerana cuai dan tidak faham apa yang ada di dalam hati hati mawarnya sehinggakan mawar tersebut sanggup melukakan dirinya sendiri. Jambangan bunga ros putih itu ditenung oleh Amsyar dengan senyuman pahit.

"Benda dah terjadi, yang penting aku tak akan buat silap yang sama." Ucap Amsyar.

Kaki laju melangkah untuk pergi ke wad peribadi Ammara, sampai sahaja di hadapan pintu wad peribadi Ammara. Amsyar mengetuk dan memberi salam dahulu sebelum masuk setelah mendengar salam dan ada yang menyuruhnya masuk laju Amsyar menolak pintu tersebut. Mata Amsyar melihat ibu mentuanya sedang tersenyum manis ke arah Amsyar sama seperti bapa mentuanya.

Tidak tunggu lama terus Amsyar menyalami tangan kedua mentuanya, tersenyum Puan Aula serta Tuan Ammar dengan sikap menantu mereka ini. Memang beruntung Ammara memiliki suami sebaik ini, jadi mereka tidak perlu risau lagi dengan anak sulung mereka ini.

"Sejak bila balik sini? Tak bagi tahu mummy pun." Ucap Puan Aula.

"Semalam mummy tapi itu kecemasan. Kawan Amsyar terkena sesuatu jadi terpaksa bawa berubat jauh dari Kelantan kalau ikutkan lepas berubat terus nak balik tapi ustaz kata jangan bawa balik ke kem sebab orang yang hantar benda terkutuk tu ada dekat dalam kem tu. Amsyar dan kawan Amsyar lagi satu tinggal dekat rumah Deinz kalau nak bawa ke rumah ibu ayah mesti mereka dah tidur. Nak bawa ke rumah Amsyar, rumah Amsyar jauh jadi rumah Deinz lagi dekat." Terang Amsyar panjang lebar dan Tuan Ammar hanya mengangguk tanda faham.

"Kena nasi kangkang macam daddy Amsyar ke?" soal Puan Aula tanda ingin tahu, Tuan Ammar yang berada di situ sudah terasa. Macam tahu kejap lagi akan ke mana.

"Santau." Balas Amsyar.

"Ingat nasi kangkang." Balas Puan Aula.

"Adalah tu." Gumam Tuan Ammar.

"Tak ada tapi kawan Amsyar muntah darah ada paku karat, katak mati dan lipan. Memang tak fikir banyak tahulah itu santau." Beritahu Amsyar kepada kedua mentuanya.

Beauty ExistenceWhere stories live. Discover now