Bab 15 : NJ

84 7 4
                                    

~Dear universe, feel free to amaze me.~

Malam terakhir program anak angkat. Ini bermakna, malam ini juga malam terakhir Nuh dan Luqman menginap di rumah Tuan Ahmad Zakri. Dijadualkan selepas zohor esok, semua penuntut UPM yang menyertai program anak angkat di kampung ini akan bertolak balik ke kampus masing-masing.

Seperti yang dimaklumkan oleh Zaen Haidar tempoh hari kepada Nia, malam ini Violet band akan membuat persembahan. Mereka dijemput oleh ketua kampung untuk meraikan malam perpisahan program di dewan serbaguna yang sudah digubah menjadi malam penuh gemilang.

Nia bersiap ala kadar sesuai dengan konsep romantis yang dibawakan oleh Violet band pada malam ini. Dia memilih gaun labuh berwarna putih yang berlengan panjang ke tubuhnya. Rambutnya yang panjang disanggul rapi dengan bantuan Mia Jasmine. Satu tiara kecil menghiasi mahkotanya.

''Satu yang akak tak boleh nak nafikan, muka Nia sama macam arwah ibu. Nia tahu tak arwah ibu jugak pandai main violin dan piano?'' tanya Mia ketika tangannya ralit menyapu blusher di pipi Nia.

Nia menggeleng perlahan. Memang dia tak pernah tahu, tidak ada sesiapa pun yang sudi menceritakan perihal arwah ibu secara terperinci kepadanya. Mungkin mereka tidak mahu dia bersedih bila membicarakan soal arwah ibu.

Mia senyum nipis. Dia tahu adiknya bersedih.

''Abah pernah bagitahu kak Mia, dia jatuh cinta dengan arwah ibu masa abah lihat arwah ibu main violin atas pentas. Masa tu dekat universiti diorang dulu. Kata abah, arwah ibu cantik, persis bidadari dengan gaun putih dan gesekkan violin yang dimainkan ibu. Mungkin keadaan ibu masa tu, macam Nia sekarang," ujar Mia lagi. Dia senyum nipis lagi kepada Nia.

Kali ini digores sedikit pelembap bibir ke bibir nipis Nia. Biar terpegun abah melihat anak bongsunya. Bukan senang Nia nak bercantik-cantik macam sekarang. Alang-alang dapat peluang mencantikkan Nia, jangan sia-siakan peluang yang ada.

Wajahnya juga disolek nipis agar tidak kelihatan terlalu pucat. Untuk malam penuh bermakna ini, Nia tidak mengenakan cermin mata tebal dan besarnya sebaliknya mengenakan kanta sentuh yang tidak berwarna. Ini menyerlahkan lagi warna anak matanya yang unik itu.

''I'm done.'' Mia mengakhiri tugasnya.

Dia memusingkan kerusi yang sedang Nia duduk supaya menghadap cermin besar yang ada di dalam bilik tidurnya biar Nia sendiri lihat hasil seni tangannya. Mia ada kebolehan bukan setakat memasak, dia juga pandai berdandan dan suka mendandan walaupun seringkas yang mungkin. Bagi Mia setiap wanita punya kecantikkan sendiri dan harus yakin dengan kecantikkan yang dimiliki.

Nia ternganga sesaat melihat dirinya sendiri yabg terpantul disebalik biasan cermin itu.

''Ibu?'' Hanya itu yang keluar dari mulut Nia selepas melihat sendiri hasil solekan kakaknya. Dia diibaratkan seperti Jaslina junior yang selalu dia lihat wajah itu di dalam album perkahwinan abah dan arwah ibunya.

Mia meletakkan kedua tangannya di bahu Nia dari belakang. Matanya turut menumpukan pada imej cantik di dalam cermin itu.

''Tak sangka... Inilah hikmahnya kenapa Allah kurniakan wajah Nia seiras ibu. Untuk mengubati rindu kita pada arwah ibu. Kan Nia?''

Nia menunduk. Tipulah kalau dia katakan dia tidak rindu langsung pada arwah ibu kandungnya. Walaupun dia cuma sempat kenal dengan ibu kandungnya di saat penghujung usia ibu, dia tetap merindukannya. Tapi raut wajah arwah ibu dalam fikirannya tidak seperti yang dibayangkan oleh Mia. Wajah ibu cekung, tubuh ibu kurus kering kerana menderita penyakit kanser payudara.

''Jom kita turun. Mesti abah dan abang-abang Nia yang lain dah tungu kita.'' Mia genggam erat tangan adiknya lalu keduanya turun ke tingkat bawah, tidak mahu yang lain menunggu lama.

NJ. Ini Kisah Kita. Where stories live. Discover now