Bab 10 : NJ

70 7 0
                                    

~Don't mess with him or you'll deal with me!~

Mia Jasmine setia meneman Nia sepanjang Nia berada di hospital. Perkara yang ditakutkan olehnya dan Abah terjadi lagi. Ini kali ke tiga Nia dimasukkan ke hospital gara-gata anafilaksis. Mia tenung wajah adiknya yang masih bersisa kesan dari anafilaksis yang menyerang Nia apabila Nia memakan sesuatu dari sumber hasil laut selain dari ikan.

Anafilaksis adalah satu reaksi alergi yang teruk yang melibatkan lebih daripada satu sistem badan. Ianya melibatkan kulit dan sistem penafasan. Oleh sebab itu, pesakit yang mengalami anafilaksis akan mengalami reaksi kulit dan sesak nafas serta boleh menjadi kejutan anaphylactic dengan berlakunya penurunan tekanan darah.

Keadaan Nia agak teruk. Kulit Nia yang putih kemerahan itu mula bertukar kepada warna merah. Itu buktinya kulit adiknya masih lagi kegatalan. Mata adiknya juga menunjukkan ada tanda kerengsaaan, berwarna merah dan ada keluar air mata di hujung kelopak mata itu. Kulit di sekitar mata sepet Nia juga membengkak. Bibir Nia yang kecil itu juga turut mengalami pembengkakkan walaupun sudah diberikan suntikan epinephrine oleh doktor yang merawat tadi.

Nasib baik mereka segera membawa Nia ke hospital sebelum keadaan menjadi makin parah. Pengalaman dulu yang mematangkan Mia, dulu pun Nia pernah mengalami nasib yang sama. Kerana alahan Nia agak teruk dengan sebarang makanan berasakan laut, Mia sanggup mengorbankan masanya dengan menyediakan sendiri makan dan minum untuk Nia semenjak adiknya pulang ke tanah air.

''Macam mana dah Nia, Mia?" tegur Tuan Ahmad Zakri sambil mendekati katil Nia.

"Masih tidur lagi abah. Tadi dah sedar sekejap, lepas tu sambung tidur balik. Penat katanya," tutur Mia perlahan sambil halakan pandangan kepada Nia yang sedang lena diulit mimpi, kesan dari ubat yang diberikan oleh doktor.

Pernafasan adiknya nampak sedikit tercunggap-cunggap. Lihat Nia terbaring begitu, Kia lepaskan keluh. Situasi inilah yang paling dia takut sepanjang menjaga Nia. Menjaga dan menyayangi Nia adalah amanah dari arwah ibunya dan juga amanah dari ibu saudaranya, Datin Seri Roslina.

Nia, adik bongsunya itu sudah banyak berkorban untuk arwah ibu. Mia tahu Nia sangat merindui keluarganya di sana tapi demi permintaan seorang ibu, Nia sanggup bertahan tinggal di sini biarpun kerap kali dibuli oleh Lya dan Tya. Nia sanggup berkorban demi kasih dan sayang dari arwah ibu walaupun jauh disudut hati Nia mengharapkan yang dia tidak dikembalikan ke sini semula setelah 10 tahun membesar di sana.

"Kesian Nia. Abah tak sanggup nak bagitahu dia apa yang dah jadi. Tentu Nia kecewa." Tuan Ahmad Zakri menyentuh tangan anak bongsunya. Digenggam tangan itu dengan erat. Kulit tangan Nia yang kelihatan  memerah itu diusap perlahan. Dia pun tak tahu macam mana Nia boleh jadi alergi sebegini teruk. Setahu keluarga Nia disana, Nia tiada sebarang masalah dengan apa-apa makanan pun sepanjang dia berada disana tapi bila balik ke sini semuanya berubah.

"Siapa yang sanggup buat Nia macam ni, abah?" tanya Mia pada abahnya, menyentak abah dari termenung panjang.

"Nuh cakap ada orang bagi kuih tu dekat dia, suruh bagi pada Nia."

Mata Mia membulat.

"Jadi Nuh tahulah siapa yang buat Nia macam ni?"

"Nuh cakap dia sendiri yang akan settlekan hal ni. Abah dah tanya siapa yang bagi kuih tu, tapi dia tak jawab. Dia tak nak keruhkan lagi keadaan katanya."

Mia senyap. Rupanya adiknya jadi begini hasil buatan kianat seseorang. Siapa yang nak aniaya Nia?

"Esok competition Nia, macam mana Nia nak main violin dengan tangan dia yang macam ni, abah?" Kendur saja suara Mia bertanya, dia bersedih bagi pihak adiknya.

Satu keluhan dilepaskan oleh Mia. Begitu juga dengan Tuan Ahmad Zakri. Sudah sedia maklum minat Nia dalam bidang muzik tidak dapat disangkal lagi. Nia juga sangat berkemahiran dengan instrument muzik bukan sahaja violin, piano dan guitar juga Nia mampu menguasainya dengan baik. Satu lagi bakat yang diwarisi oleh Nia dari arwah ibunya.

NJ. Ini Kisah Kita. Where stories live. Discover now