LIMA bulan sudah berlalu selepas kejadian hitam dalam hidup Amsyar dan di sinilah dia berada di kem untuk mempersiapkan diri menjadi pejuang tanah air, selepas kejadian itu juga Amsyar membuat keputusan untuk masuk ke dalam kem itu untuk kembali berkhidmat walaupun cutinya belum, akibat itu dia terpaksa memohon kepada pihak atasan untuk memberinya masuk kerja awal.
Jikalau dia pergi bekerja atau melakukan latihan sudah pasti dia akan melupakan kenangan pahit itu, memang bukan mudah tetapi dia cuba dan akan terus cuba. Cintanya tidak akan pudar kepada Ammara tidak pernah seharipun dia lupa isterinya jikalau dia lupa tidaklah dia jadi separuh gila sehinggakan bermimpi Ammara. Begitu dia mencintai serta merindui isterinya yang satu itu.
"Denniz Amsyar," panggil satu suara yang membuatkan Amsyar berpaling kepada individu tersebut. Apabila melihat individu tersebut dia tersenyum manis, kenal sungguh dengan lelaki itu.
"Sihat?" soal Mejar Jeneral Aayan kepada Amsyar.
"Alhamdulillah sihat, uncle sihat?" soal Amsyar kepada kawan baik ayahnya pada satu ketika dahulu. Amsyar sangat menghormati lelaki di hadapannya ini, lelaki yang kehilangan isteri tercinta saat melahirkan puteri mereka.
"Sihat tua-tua lah Amsyar. Suka uncle dengar dari Denniz yang dia cakap anak dia dah kembali ke Gong Kedak itu yang uncle terus datang untuk berjumpa kamu." Terus-terang Mejar Jeneral Aayan berkata kepada Amsyar. Jujurnya dia faham akan perasaan lelaki itu kerana dia juga pernah berada di dalam situasi itu.
"Aisya sihat?" soal Amsyar ingin tahu ini kerana sudah lama dia tidak bersua muka dengan budak yang paling banyak mulut itu, perangai sebijik ikut arwah bundanya. Aunty Medina memang banyak celoteh membuatkan Mejar Kolonel di hadapan ini pening kepala.
"Sihat bahkan terlebih sihat sehingga nak pergi PBAKl nanti pun bukan main teruja." Ucap lelaki itu sambil tersenyum pasrah dan Amsyar yang mendengar sudah tersenyum suka kerana dia yakin bahawa lelaki di hadapannya ini akan menjadi mangsa membawa buku banyak-banyak.
"Nak buat macam mana, elok Aisya minat novel dari dia minat lelaki."
"Masalahnya sekarang ini, dia minat lelaki yang tak wujud, Amsyar. Delulu tu apa benda pun uncle tak tahu, bahasa apa lah uncle tak tahu, pengaruh wattpad betullah. Bila dia tak dapat beli novel Rose's mesti meroyan lepastu Prince of Death tu. Ya Allah bukan main bising yang dia nak beli. Menjerit-jerit bila dapat beli habis dia meloncat dekat katil uncle." Bebelan daripada Mejar Kolonel itu membuatkan Amsyar tersenyum suka, kalaulah dia dan Ammara ada anak perempuan sudah pasti anak perempuan mereka macam Aisya juga.
"Nasib uncle lah. Tapi tak salah pun, asal dia gembira." Ucap Amsyar.
"Ini siapa pula Asyraaf Hazen? Aisya cakap lelaki tu penulis, sampai angau anak uncle sebab dia sahaja. Stres uncle. Kalau betul lelaki tu penulis bukan dia pandang pun si Aisya tu perasan je lebih anak uncle tu."
"Papa kata apa?" soal satu suara lunak membuatkan Amsyar dan Mejar Kolonel Aayan memandang di antara satu sama lain kerana mereka kenal suara itu. Perlahan-lahan mereka berdua membalikkan badan dan memandang ke arah pemilik suara itu.
Wanita bertudung yang bersorak bunga itu memandang Amsyar dan Mejar Kolonel itu dengan pandangan garang dan bercekak pinggang.
"Oo hina Hazen ya!" marah Aisya. Dia ni peminat Hazen tau! Jangan main-main.
"Mana ada!" balas Amsyar dan Mejar Kolonel Aayan serentak seraya menggeleng-geleng kepala.
Aisya yang melihat perilaku dua orang lelaki itu hanya mencerlung garang ingat dia tidak dengarlah tu! Hei dia ni telinga lintah okey! Amsyar yang tahu akan pandangan itu terus mendapat idea yang cukup bernas yang boleh meredakan kemarahan Aisya itu.
"Uncle cakap Aisya ada beli novel Rose's betul ke?" soal Amsyar lembut. Aisya yang mendengar terus berpaling menghadap Amsyar.
"Ada!" jawabnya teruja.
"Best ke?" soal Amsyar ingin tahu.
"Sudah tentulah! Dheo adalah lelak paling setia dengan isterinya dan sanggup berkorban apa sahaja untuk Rose. Macam abang kepada kak Ammara dan papa dengan arwah mama!" Ujarnya teruja.
"Jomlah bang, pergi PBAKL. Please." Ucap Aisya sambil mengerdipkan matanya bagi memujuk Amsyar.
"InsyaAllah Aisya." Ucap Amsyar.
"Jomlah." Meleret Aisya berkata, papanya yang berada di situ di buat tidak nampak kerana dia marahkan papanya. Berani ya kutuk Hazen.
"Okey, abang pergi dengan Aisya tapi abang kena tengok bila cuti abang. Faham?" kata Amsyar lalu Aisya tersenyum kemenangan apabila Amsyar bersetuju. Tidak sangka pujuk rayu berjaya! Yes! Tak sia-sia belajar dengan aunty Sya!
"Jangan nak manjakan sangat budak ni Amsyar." Suara Mejar Kolonel Aayan mula di dengari tanda memberi nasihat kepada Amsyar.
"Tak apalah, sekali-sekala. Uncle tak kisahkan kalau Amsyar bawa Aisya ni pergi PBAKL?" soal Amsyar kepada lelaki itu.
"Pergilah tapi dengan syarat kamu jaga budka bertuah ni elok-elok. Kalau dia degil jentik je dahi dia tu."
"Baik."
"Eh mana boleh! Papa bayar zakat." Larang Aisya lalu menutup dahinya.
Amsyar dan Mejar Kolonel Aayan hanya menggeleng kepala melihat telatah Aisya itu. Banyak mulut!
AMSYAR merebahkan badan kasar di atas katil bersaiz queen di kuaters itu. Dengan belum mandi direbahkan badannya tanpa dia tidak sadar ada yang memerhatinya dan menggelengkan kepala melihat telatah milik Amsyar. Ikut sungguh perangai Ammara ketika dahulu, tahu penat tapi janganlah seperti itu.
Kakinya mara menuju ke arah katil yang dihuni oleh Amsyar dan duduk di sebelah Amsyar yang berbaring. Tangan mengusap pipi Amsyar dengan penuh kasih sayang. Matanya melihat Amsyar yang lena itu dengan penuh cinta. Sungguh dia amat menyayangi lelaki ini sehingga akhir hayatnya.
"Suamiku, bangun." Kejutnya lembut dan mengoncangkan sedikit bahu Amsyar.
Amsyar yang sedang lena itu membuka mata perlahan-lahan lalu memandang wanita yang duduk di sebelahnya. Tidak tunggu lama Amsyar terus memeluk pinggang wanita itu dan mencium pinggang wanita itu.
Wanita itu mengeliat geli apabila di cium seperti itu.
"Gelilah."
"Hurmm."
"Bangun mandi, sayang dah siap masak mi rebus kegemaran abang. Bangun ya mandi." Pujuknya lagi.
"Kejap sayang." Tenggelam timbul suara Amsyar saat ini tetapi tetap di dengari oleh wanita itu. Tangan naik mengusap rambut Amsyar dan serabaikan.
Beberapa minit setelah itu Amsyar bangkit dari baring ke duduk dan membuka bajunya lalu mencampakkan ke dalam bakul baju kotor. Wanita itu hanya menggeleng kepala, bukan main malas betul nak bangun sedangkan kejap lagi akan bangun menuju ke bilik air juga. Hai la suami.
"Perangai tau dia ni." Gumam wanita itu lalu Amsyar yang mendengar terus berdiri dan mencempung badan wanita itu sehinggakan wanita itu terjerit kecil akibat tindakan drastik milik Amsyar itu.
"Abang!"
"Ya sayang." Ucapnya lembut lalu mencium pipi wanita itu.
"Jom mandi sama-sama!" Ujar Amsyar gembira.
"Tak nak." Tolaknya kuat sehingga memukul dada bidang Amsyar yang terdedah itu tetapi Amsyar hanya membuat bodoh sahaja. Setakat pukulan itu tidak sakit langsung macam gigit semut je.
"Ammara Qalisha binti Ammar Muhammad. Mari mandi dengan abang." Ucapnya lalu kaki melangkah menuju ke bilik mandi dan menutup pintu blik mandi. Ammara yang mendengar hanya reda sahaja. Apalah nasibnya.
"Nasib sayang."
"Kalau tak sayang, angel tak akan hidup kembali." Balas Amsyar lalu menyiram air ke kepala Ammara.
"Abang! Sayang baru basuh rambut tadi!" Marah Ammara tetapi Amsyar hanya buat tidak dengar malah menyiram Ammara lagi.
TBC
Jangan nak happy sangat, entah-entah mimpi.
YOU ARE READING
Beauty Existence
Romance"Kita adalah pendosa yang inginkan kemaafan daripada pendosa." Denniz Amsyar bin Denniz Aymar yang berpegang pada setiap yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. Hikmah yang bakal dilihat pada kemudian hari kerana Tuhan itu tahu apa yang terbaik bua...