BAB 47

3.2K 184 23
                                    

Dengarlah lagu dekat atas ni.
xoxo

AMMARA perlu membuat keputusan untuk sesuatu. Sama ada ibu kandungnya atau suaminya. Mengapa? Tidak boleh ke dia jadi tamak iaitu untuk kedua-duanya. Ya Allah mengapa susah sangat. Dia tidak mahu membuat keputusan ini. Dia mahu berjumpa dengan ibu kandungnya tetapi dia tidak mahu berpisah dengan Amsyar, suaminya.

Ya Tuhan dia mahu tamak. Tolonglah bantu hambaMu yang hina ini. Mengapa dia pula dimanipulasi oleh orang lain. Mengapa? Sepatutnya dia membunuh Qash tetapi Qash lebih tahu untuk memanipulasinya saat ini. Lelaki itu tahu kelemahannya.

Kelemahannya pada ibu kandungnya serta suaminya. Susah! Ya Tuhan. Bantulah aku.

Matanya memandang Qash serta tidak tunggu lama dia memandang ke arah Amsyar, Eve dan Deinz. Boleh Ammara lihat mereka memandangnya dengan penuh harapan. Ammara rasa semuanya berada di atas bahunya, jikalau dia memilih ibu kandungnya dia perlu ikut Qash dan tinggalkan mereka semua. Manakala, jika keputusannya memilih Amsyar dia akan kehilangan ibunya. Ya Tuhan sungguh berat.

"Apapun keputusan sayang, abang terima." Ucap Amsyar lalu menghadiahkan senyuman kecil kepada Ammara. Eve dan Deinz sudah berpaling ke arah Amsyar. Tidak menyangka!

"Buat keputusan guna akal, jangan guna emosi. Lihat pada sudut hati dan lihat juga pada sudut akal. Rasional dalam membuat keputusan setiap keputusan ada baik buruknya tetapi pilihlah yang betul-betul tepat. So, all the decision in your mind and heart." Nasihat Amsyar lalu membiarkan Ammara membuat keputusan yang sebenar-benarnya.

"Ammara Qalisha binti Ammar Muhammad," Amsyar menarik nafas sedalam mungkin sebelum dia meneruskan ayat seterusnya, yang lain hanya menunggu sahaja ayat seterusnya daripada Amsyar.

"Saya hormat keputusan sayang, jadi pilihlah yang sebaik mungkin."

"Good luck Ammara Qalisha." Ucap Amsyar.

Ammara sudah pening ingin membuat keputusan kerana dia sedar dia akan kehilangan salah satu apabila dia membuat keputusan tersebut, dengan perlahan-lahan kakinya melangkah ke arah Qash lalu mencangkung di hadapan Qash.

Amsyar dan yang lain hanya pandang dengan pandangan yang sudah mereka dapat agak jawapan Ammara. Amsyar langsung tidak berkecil hati kerana dia tahu Ammara akan memilih ibunya, Ammara merindui belaian ibu kandungnya jadi wajar Ammara membuat keputusan sebegitu kerana jika dia Ammara dia juga akan pilih ibu kandung.

"Qash memang gila," ucap Eve.

"Dia bermain emosi memanglah dia gila, cuba dia tak main emosi atau kelemahan Ammara memang dia dah lama mati." Ucap Deinz. Eve hanya menjeling Deinz yang berada di sebelahnya, seketika dia dapat merasakan tangan Deinz sudah memeluk pinggang rampingnya itu.

"Lepas." Ucap Eve tegas, masa-masa seperti ini sempat sahaja lelaki itu memeluknya. Menyakitkan hati!

"Obey, baby. Ingat, awak ada hutang lagi dengan saya." Bisik Deinz di telinga Eve. Selepas dia berkata sebegitu dia meniup ke dalam telinga Eve membuatkan Eve mengeliat geli.

"Shut up!" marah Eve.

"Okey."

"Aku pilih," jeda Ammara sekejap sebelum berpaling menghadap Amsyar yang sedang melihatnya dengan penuh perasaan. Ammara tahu suaminya sedang menutup setiap rasa di dalam diri. Sudah banyak lelaki itu berkorban kepada dirinya. Semuanya.

Lelaki sebaik Amsyar tidak layak untuk perempuan sepertinya. Dia langsung tidak peduli dengan perasaan Amsyar bahkan dia tidak tahu apa yang Amsyar suka atau tidak. Dia memang tidak layak bergelar isteri kepada Denniz Amsyar.

"Saya minta maaf." Ucap Ammara dengan linangan air mata. Dia tidak boleh tahan lagi, sakitnya di dalam hatinya ini. Sakit ingin membuat keputusan yang boleh merosakkan semua. Pistol yang berada di genggaman di genggam erat.

Beauty ExistenceWhere stories live. Discover now