MELIHAT wajah yang sudah dikafankan itu membuat Ammara mengalirkan air mata, dia akan merinduinya Lily. Dia mencium dahi Lily lama kalau boleh dia tidak mahu lepas Lily pergi tetapi dia sedar, dia tidak boleh kerana cukuplah Lily menderita di dunia yang penuh dengan kekejaman ini dan dia ingin Lily berehat di sana.
"Tunggu aku Lily." Bisik Ammara perlahan lalu dia mengusap pipi Lily lembut.
Wajah Lily sungguh tenang seolah-olah dia tahu dia akan pergi ke tempat yang dia impikan selama ini. Dengan melihat wajah tenang itu, Ammara yakin dia perlu membiarkan Lily pergi dengan keadaan tenang. Dia sudah pasti akan sedih tetapi boleh boleh dia buat? Dia hanya boleh menerima takdir yang Allah beri tanpa banyak soal.
"Bahagialah dekat sana,"
"Kalau jumpa mummy aku, tolong cakap dekat mummy yang aku rindukan dia dan aku juga akan menyusul." Ucap Ammara lalu tidak mahu tunggu lama dia mencium lagi dahi itu lama. Sungguh lama sehingga ditegur oleh ibu mentuanya.
Sudah sampai masa Lily dikebumikan dan tidak boleh lagi tunggu kerana tidka elok untuk jenazah. Perlahan-lahan Ammara bangun dari duduk dan menuju ke arah ibu mentuanya dan Eve berada. Puan Anaya terus memeluk menantunya itu dengan erat kerana dengan pelukan itu boleh memberinya kekuataan dan menandakan dia masih ada di sisi menantunya untuk dengar segala luahannya.
Jenazah Lily di angkat ke dalam keranda dan dimasukkan ke dalam van jenzahan untuk dibawa ke tanah perkuburan Islam. Pandangan sayu oleh Ammara membuatkan Eve juga yang berada di sisi menitiskan air mata, dia pernah rasa kehilangan dan dia tahu itu sakit jadi dia tahu Ammara macam mana. Tangannya menggosok lengan Ammara tanda dia ada dan dia tidak akan tinggalkan Ammara.
"Ikhlaskan pemergian Lily, dia dah banyak terseksa dekat dunia ini jadi bagilah dia berehat dan berada di taman syurga." Eve yang memberi kata-kata hanya diangguk oleh Ammara tanda setuju. Memang patut Lily di ambil di dunia ini kerana Lily sudah banyak menderita maka berilah arwah bahagia. Bahagia di tempat hakiki.BADAN tersebut jatuh tersungkur di atas lantai akibat ditendang kuat oleh manusia. Ya, manusia yang digelar Ammara Qalisha. Amsyar, Deinz serta Eve yang berada di dalam bilik tersebut sudha memandang gerun. Tidak sangka Ammara boleh berubah menjadi sebegini, seolah-olah Ammara dirasuk syaitan tetapi memang wajar sahaja Ammara berubah menjadi sebegini, siapa sahaja tidak berubah menjadi iblis apabila orang yang dia sayang mati akibat suaminya sendiri. Silap bukan suami tetapi binatang, Langsung tiada hati perut.
Terbatuk-batuk individu tersebut akibat di perlakukan sebegitu, sakit dan senak sehinggakan darah keluar dari celah bibirnya. Tidak lama Ammara terus menendang kuat perut lelaki tersebut.
"Sakit?"
Lelaki itu hanya diam, tidak mahu membuka suara kerana dia tahu jika dia membuka mulut dia akan kena pukul, kalau tidak buka mulut pun akan kena pukul juga. Amarah dalam badan tidak boleh di tahan lagi sehingga dia terus menendang kuat lelaki tersebut. Cemeti yang di tangan Deinz di ambil kasar lalu dilibas sekuat hati sehingga lelaki itu membuka suara.
Amarahnya kian memuncak, ini kerana lelaki bernama Qash ini sudah menguji kesabarannya yang satu ini. Dia tidak kisah sekiranya lelaki itu mahu menggangunya tetapi dia tidak boleh terima sekiranya lelaki itu mendera arwah Lily! Itu adalah perbuatan paling dayus dan paling tidak berperikemanusian, wanita untuk dilindungi bukan untuk dirosakkan.
Libasan demi libasan di lepaskan sehinggakan lelaki tersebut itu merayu untuk berhenti tetapi bila amarah sudah menghantui, iblis menghasut maka langsung tidak akan berhenti. Mereka yang berada di dalam bilik itu hanya mampu melihat Ammara naik gila. Amsyar hanya diam, diikuti dengan Eve serta Deinz.
Masing-masing tidak berani untuk bersuara kerana risau target Ammara selepas ini adalah mereka sekiranya mereka halang maka jalan penyelesaiannya adalah diam. Lebih baik diam. Ammara terus melibas sehingga Qash meringis kuat. Sakit ya amat.
"Sakit!" ucap Qash kuat.
Ammara hanya mendengar suara Qash seperti masuk telinga kanan masuk telinga kiri, memang dia sudah tidak waras, selepas kematian Lily memang dia sudah tidak waras hanya amarah sahaja dalam dirinya. Amarah dan dendam sudah menjadi kawan baiknya, memang patut dia memaafkan tetapi bukan sekarang.
Amsyar hanya melihat Ammara naik gila dia tidak boleh berbuat apa-apa. Saat Ammara puas menyiksa Qash dia terus mengambil pisau yang berada di sisi pinggangnya lalu menikam perut Qash berkali-kali.
"Aku tak akan maafkan kau! Kau bunuh mak aku!"
"Kau bunuh Lily!"
"Kau hancurkan diri aku!"
"Aku hilang dara aku sebab kau!"
"Dasar jantan tak guna! Kenapa kau perlu hidup!"
"Aku benci kau! Benci! Aku tak akan maafkan kau!"
Setiap butir bicara Ammara diselangi dengan tikaman kepada Qash sehingga Qash sudah nyawa-nyawa ikan. Memang liat sungguh orang jahat ingin mati. Huh.
"Ammara, kalau aku mati. Kau fikir, mak kau selamat?" kata Qash perlahan. Serentak itu Ammara yang ingin menikam Qash terus terhenti, pisau itu jatuh ke lantai dan menghasilkan detuman yang kuat sehingga yang berada di belakang Ammara sudah terkedu.
Mereka saling berpandangan antara satu sama lain, bagai tidak percaya dengan apa yang mereka dengar. Bagaimana?
"Mummy aku dah mati!" tempik Ammara lalu satu tumbukan yang cukup padu di hadiahkan kepada Qash.
"Kalau aku boleh matikan mak kau, tak mustahil aku boleh hidupkan dia juga." Ujar Qash lalu tersenyum walaupun perit dia tetap tersenyum. Dia suka melihat wajah Ammara tersiksa.
"Bangsat!"
Jeritan Ammara bergema di dalam bilik tersebut, air mata sudah dirembaskan keluar bagai tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Ibunya sudah mati tetapi mengapa?
"Mana mummy aku?" soal Ammara perlahan yang masih ada sisa esak tangisnya. Dia mahu berjumpa dengan mummynya. Ibu kandungnya.
"Kau rasa?" soalan di balas soalan. Amsyar yang mendengar sudah mengeras tubuh badannya dia dapat merasakan ada sesuatu yang buruk. Buruk untuknya serta Ammara, iaitu Ammara perlu membuat keputusan.
Decision making!
"Pilih, mummy kau atau suami kau?" soalan daripada Qash membuatkan Ammara ingin jatuh menyembah bumi. Soalan yang dia tidak mahu mendengar mahupun buat pilihan. Sakit.TBC
Sorry for the typo!
YOU ARE READING
Beauty Existence
Romance"Kita adalah pendosa yang inginkan kemaafan daripada pendosa." Denniz Amsyar bin Denniz Aymar yang berpegang pada setiap yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. Hikmah yang bakal dilihat pada kemudian hari kerana Tuhan itu tahu apa yang terbaik bua...