Bab 71

1.2K 29 2
                                    

        Akhirnya penantian selama seminggu telah berakhir dan hari ni sudah tiba hari bahagia untuk keluarga Danish. Dalam masa beberapa jam sahaja lagi status abangnya akan bertukar menjadi suami orang. Tak sangka penantian tiga tahun menunggu cintanya dibalas akhirnya terbaloi. Walaupun hari ini hari gembira tetapi fikiran Nurul tidak tenang sejak dia bertemu dengan Nisha.

       Argh tolak tepi semua tu dulu. Yang penting hari ni hari kegembiraan untuk mereka semua dan dia tidak mahu menghancurkan detik-detik gembira ini. Setelah Nurul selesai menyiapkan dirinya, dia terus keluar dari bilik mencari kelibat suaminya. Lelaki itu cepat betul bersiap mengalahkan dia yang perempuan ni.

      "Mana Danish ni?" Nurul turun tangga satu per satu sambil mencari bayangan suaminya. Mereka berdua masih di rumah dan sebentar lagi mereka akan bertolak ke rumah keluarga Danish. Setelah dia turun dari tangga, dia terus menapak ke ruang tamu.

       Matanya menangkap kelibat Danish membelakanginya. Lelaki itu sedang berbual di telefon dan dia tidak tahu dengan siapa Danish hubungi. Perlahan-lahan dia berjalan mendekati suaminya.

       "Kita bincang lepas habis majlis abang Raykal. Dan saya taknak awak datang ke majlis tu nanti sebab saya taknak keruhkan keadaan." Hanya itu yang sempat didengar oleh Nurul sebelum suaminya menutup panggilan. Dia dah boleh agak bahawa Danish sedang berbual dengan Nisha di talian.

       "Abang..." Sebaik sahaja Danish mendengar suara lembut itu, dia terus menoleh ke belakang. Hatinya yang panas tadi akibat bergaduh dengan Nisha terus menjadi sejuk bila melihat wajah cantik isterinya. Dia segera menyimpan telefonnya ke dalam poket baju melayunya.

      "Cantiknya isteri abang." puji Danish sambil menatap puas-puas wajah isterinya. Saban hari dia tidak pernah jemu melihat wajah comel itu dan membuatkan hatinya makin bertambah sayang. Makin berbahang wajah Nurul mendengar pujian suaminya. Sampai sekarang lelaki ini suka buat dia berterbangan.

        "Ish abang ni. Nurul malu la bila abang puji macam tu." Nurul menekup wajahnya kerana tidak mampu menahan rasa malu. Danish ketawa kecil melihat perangai comel isterinya. Sudah tiga tahun mereka berkahwin tapi isterinya ini tetap malu bila dia puji.

        "Betullah abang cakap isteri abang ni cantik. Sayang pakai cantik-cantik ni nak kahwin lagi ke?" Danish meletakkan kedua-dua tangannya di pinggang dan mengusik manja pada isterinya. Hal dia dengan Nisha sebentar tadi terus hilang bila dapat bermanja dengan wanita itu. Nurul ketawa mendengar ayat suaminya.

        "Ya Nurul nak kahwin lagi. Ingat bakal pengantin je ke boleh cantik, Nurul pun boleh cantik juga tau." Nurul menyengit mata dan menjelir lidah kepada suaminya. Terbeliak mata Danish bila mendengar jawapan isterinya.

        "Amboi gatal juga isteri abang ni ye. Nurul nak kahwin dengan siapa? Meh abang nak tumbuk muka dia biar muka tu bertambah buruk." Danish menyising lengan bajunya dan membuat gaya mahu menumbuk. Nurul ketawa melihat perangai suaminya. Kenapa la lelaki ni comel sangat?

         "Nurul nak kahwin dengan orang yang bernama Muhammad Danish Rayyan bin Mohamad Rahmat. Nurul tengah cari dia sekarang ni sebab Nurul nak ajak dia kahwin." Nurul menahan tawa melihat wajah merah suaminya. Ingat lelaki itu je ke yang boleh buat dia terpaku, dia pun boleh buat benda yang sama.

        Danish hampir mahu pengsan bila isterinya membalas serangannya. Tak sangka wanita itu juga pandai berkata-kata. Dia berdehem untuk tenangkan dirinya dan membuat wajah serius.

        "Kenapa abang diam? Abang taknak pergi tumbuk ke muka lelaki yang Nurul sebut tadi?" Nurul mengangkat kening sambil memeluk tubuh. Dia rasa seronok dapat mengusik lelaki itu dan dia berharap dia dapat menghentikan waktu sekarang ini agar dia dapat menikmati moment indah ini.

Mrs. Danish Rayyan (C)Where stories live. Discover now