Zeus:apa yang kau buat dekat sini comot?
Comot:meow...meow...meow...
Zeus:hermmm.....
Kelihatan zeus seperti sedang memikirkan sesuatu sambil melihat kucing yang ada di hadapannya.
Zeus:erkk comot.
Comot:meow.
Zeus:aku tak fahamlah kau cakap apa.
Tanpa ada rasa bersalah zeus berkata demikian sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Comot pula sudah siap mengeluarkan kukunya untuk mencakar zeus.
Zeus:sa...sabar kita kan sekutu.aku dah tolong kau selamatkan doktor ghazali janganlah serang aku.
Comot:meow.
Comot berpusing ke belakang dan terus berjalan.comot memberikan isyarat kepada zeus supaya mengikutinya.
Zeus:haihhhh....ke manalah binatang ni nak bawa aku pergi.
.
.
.10 minit kemudian,
Comot:meow...meow...
Zeus:ye...ye aku akan jalan lebih cepat.
Zeus melangkah lebih cepat untuk mengikuti kucing yang ada di depannya.
Zeus:haihhhh menyesal betul aku.
Muka zeus habis luka dengan kesan cakaran dan gigitan.kita tidak perlu lagi meneka siapa punca zeus menjadi begitu.
Jangan lupa topeng zeus telah hancur setengah ketika menyelamatkan doktor ghazali jadi comot mengambil tersebut untuk memberikan zeus hukuman di bahagian muka yang tidak ditutupi oleh topeng.
Sebab comot menyerang zeus tadi adalah kerana dengan sengaja zeus memijak ekor comot sebanyak 3 kali.
Zeus merasa bosan kerana mereka perlu berjalan dalam waktu yang lama jadi untuk menghilangkan rasa bosannya idea nakal tiba-tiba muncul di kepala zeus iaitu sengaja mengusik kucing tersebut dengan memijak ekornya.
Biasalah budak nakal ini tidak tahu bahawa kucing ini lebih menakutkan dari singa.
Disebabkan tindakan yang nakal dari zeus comot telah memberikan zeus hukuman yang membuatkan zeus tidak akan melupakannya.
Comot:meow.
Comot memberi isyarat bahawa mereka telah sampai ke destinasi mereka.
Pandangan zeus hanya terkaku di sebuah rumah yang agak besar tersebut.dia sangat mengenali rumah tersebut kerana pemilik rumah ini sekarang sedang berada dalam gendongannya.
Zeus:comot tempat ni bahaya kalau mereka tahu kita ada dekat sini habislah kita semua.
Comot:meow...meow...meow...
Zeus:mungkin betul cakap kau tempat yang paling bahaya adalah tempat yang paling aman dan kejap sejak bila aku boleh faham apa yang kau cakap?
Comot:meow...meow...
Zeus:haihhh nampaknya tak ada pilihan lain.mari cepat masuk sebelum ada orang nampak kita.
. . .
Dayang:jangan risau ali akan baik-baik saja.
Setelah memberikan rawatan kepada ali ejen dayang memberitahu mereka supaya jangan risau dengan keadaan ali.
Mereka semua menghela nafas lega selepas mendengar perkataan ejen dayang.
Amato:zain.
Ejen zain yang mendengar namanya disebut menoleh.
Zain:ye?
YOU ARE READING
(MISSION) EJEN ALI DAN BOBOIBOY
Actionselepas 2 tahun penyerangan niki terhadap dato othman ali telah menjadi seorang super ejen seperti ibunya ejen aliya. ali telah menyelesaikan kesemua misinya bersama rakan ejennya dengan sempurna.namun ali berfikir sudah tiba masanya untuk dia berhe...