BAB 5

274 15 0
                                    

HESSA mengeluh berat. Langkahnya diatur memasuki kawasan bangunan apartment yang rata-ratanya dihuni oleh pelajar Monach. Perlu ke dia menjadi orang suruhan kepada Isaac Jazel? Atau dia perlu meminta bantuan papanya untuk membantu Aidan.

"Hessa!" panggil Aidan yang sedang berdiri di sebelah motosikalnya. Dia segera mendekati Hessa dan merenung wajah temannya itu dengan serba salah.

"Aku..." kata Hessa dan Aidan serentak lalu mereka tertawa janggal. Aidan menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.

"Aku minta maaf sebab tipu kau tadi. Aku kena ugut dengan Isaac dan dia halang aku untuk masuk kelas dengan anak buah dia," jelas Aidan. Sungguh dia rasa bersalah kepada Hessa akan apa yang telah dia lakukan kepada gadis itu.

"Aku pun minta maaf Aidan... Aku libatkan kau sebab tindakan bodoh aku," pinta Hessa. Perasaan bersalahnya sudah sejak tadi tambah-tambah apabila dia bakal menyebabkan biasiswa Aidan ditarik balik oleh IJ Foundation.

"Aku harap ini kali terakhir kau buat perkara macam ini. Isaac Jazel tu bukan calang-calang orang dan boleh dibawa main." Aidan berpesan kepada teman rapatnya itu. Hessa anggukkan kepalanya mengerti.

"Aku rasa aku akan terus terlibat dengan Isaac Jazel," keluh Hessa perlahan. Aidan mengerutkan dahinya sambil merenung Hessa.

"Kenapa kau perlu terlibat lagi dengan Isaac?" soal Aidan dengan nada agak tinggi kerana terkejut.

"Dia habiskan RM600K untuk hack media sosial yang viralkan video kami. Jadi sebab itu semua ulah aku, jadi aku kena bayar ganti rugi," jelas Hessa sambil mengeluh lemah.

"Ganti rugi? Bayar balik RM600K?" soal Aidan terkejut. Dia tahu walaupun Hessa datang dari keluarga yang berada gadis itu tidak akan menghabiskan duit papanya untuk membayar balik hutang Isaac Jazel.

Hessa pantas menggelengkan kepalanya.

"Dia mahu aku jadi orang suruhan dia," balas Hessa. Mata Aidan membulat mendengar kata-kata Hessa.

"Kau itu perempuan! Dia boleh buat macam-macam pada kau," kata Aidan kurang senang jika Hessa menjadi orang suruhan Isaac. Dia bukan apa dia takut Isaac melakukan perkara yang bukan-bukan pada gadis itu.

"Dia kata dia tak pernah sentuh mana-mana perempuan," balas Hessa.

"Kau percaya lelaki seperti Isaac?" duga Aidan. Hessa angkat bahu tanda gadis itu sendiri tidak tahu. Sungguh jika Aidan orang berada dia akan membantu Hessa malangnya antara dia, Rose dan Hessa, dialah yang paling miskin.

"Tapi aku rasa aku dah tak ada jalan lain selain jadi orang suruhan Isaac Jazel," kata Hessa perlahan. Riak wajah Aidan berubah.

Hessa menepuk bahu Aidan yang berlapik itu lembut. "Kau tak payahlah risau tentang aku. Aku yakin dia tak akan buat benda yang bukan-bukan pada aku," kata Hessa untuk menyedapkan hati Aidan dan hatinya sendiri. Dia cuba yakin yang Jazel tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan padanya.

HESSA mencuri pandang susuk lelaki yang sedang melangkah masuk ke ruangan kafe Monach. Bibirnya ternaik apabila melihat wajah kacak yang dia rindui itu. Tanpa menunggu lagi punggungnya diangkat dan langkahnya diatur mendekati lelaki itu.

"Shaheen!" panggil Hessa sambil merapati Shaheen yang sedang memilih air tin di peti sejuk di hadapan mereka. Shaheen menoleh ke arah Hessa sekilas lalu dia memilih untuk tidak menghiraukan gadis itu.

Shaheen melangkah ke arah kaunter pembayaran. Dia hanya membiarkan Hessa mengikuti langkahnya. Selesai membuat pembayaran, dia melangkah keluar dari ruangan kafe namun langkahnya tetap diikuti oleh Hessa.

"Awak nak apa Hessa Erissa?" soal Shaheen dengan nada yang keras.

Hessa tersenyum apabila mendengar lelaki itu menyebut nama penuhnya. Hatinya berbunga-bunga.

"Aku rindu kau!" luah Hessa tanpa rasa segan kepada lelaki itu. Orang lain mungkin tidak tahu hubungan mereka namun mereka sudah kenal sejak kecil lagi.

"Hessa... saya tak mahu awak ganggu saya di Monach. Lagipun hubungan kita berbeza di sini," tegas Shaheen sambil menilik wajah cantik milik gadis itu. Ikutkan hatinya dia mahu menjadi lebih dari kenalan gadis itu namun gadis itu bukan saingannya.

"Aku tetap suka kau macam dulu Heen. Walaupun layanan kau dah berubah pada aku... aku tetap suka kau," kata Hessa tegas. Dia mahu lelaki itu mengerti yang dia masih menyimpan perasaan kepada lelaki itu.

"Fokus kepada pelajaran Hessa. Bila status saya dah berubah barulah saya akan fikir kembali soal kita," kata Shaheen tegas dengan pendiriannya.

Hessa terdiam lalu dia anggukkan kepalanya mengerti. Shaheen merenung wajah cantik itu seketika sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Hessa sendirian dia laman bersebelahan dengan kafe universiti. Hessa hanya memandang pemergian lelaki itu.

"Siapa budak tu?" Bahu Hessa terhinjut apabila disergah secara tiba-tiba dari belakang. Isaac Jazel memandang wajahnya tanpa perasaan. Sebelah tangan lelaki itu dimasukkan ke dalam poket seluar jeans. Badan tegap milik Isaac tersarung Poplin Shirt berwarna putih kegemaran lelaki itu.

"Kau buat apa dekat sini?" soal Hessa sambil mengerutkan dahinya.

"Jawab soalan aku dulu. Siapa budak lelaki tu?" soal Isaac sambil mengangkat keningnya.

"Budak engine. Kenalan aku," balas Hessa tanpa minat. Dia tidak mahu Isaac tahu soal Shaheen kerana mungkin Isaac akan menggunakan Shaheen untuk menjeratnya.

"Dah fikir soal tawaran aku tiga hari lepas?" soal Isaac.

"Kau cakap aku tak ada pilihan, kan?" soal Hessa pula sengaja menyoal lelaki itu kembali.

"Baguslah kalau kau tahu... sebagai orang suruhan aku, aku tak nak kau terikat dengan mana-mana lelaki supaya tak susah untuk kau ke mana-mana tanpa di'jaga' oleh teman lelaki kau," kata Isaac sambil merenung wajah Hessa lama.

"Mana bodyguard kau?" soal Hessa sambil memandang sekeliling lelaki itu. Selalunya Isaac bersama pengawal peribadi namun hari ini lelaki itu sendiri.

"Aku tak mahu lelaki tadi ganggu urusan kita," tegas Isaac tanpa menjawab soalan Hessa. Gadis itu memandangnya tanpa perasaan.

"Jangan risau aku tak ada teman lelaki untuk ganggu pergerakan aku," balas Hessa senada. Sungguh dia tidak suka perangai Isaac yang tidak begitu melayan pertanyaannya. Mahu potong sahaja percakapanya.

"Good... by the way Mikael tu bukan bodyguard aku tapi my personal assistant. He's my best friend," kata Isaac setelah melihat wajah cemberut milik Hessa apabila dia tidak menghiraukan pertanyaan gadis itu.

Hessa membuka langkahnya apabila tiada apa lagi yang mahu dibincangkan lagipun dia tidak betah berlama-lama bersama Isaac. Lelaki itu mempunyai aura tersendiri yang membuatkan dia merasa lain apabila bersama lelaki itu.

"Datang ke Jazel's Building untuk cari aku. Aku sentiasa ada di situ," kata-kata Isaac membuatkan langkah Hessa terhenti. Kening Hessa ternaik.

"Jazel's Building?" soal Hessa sambil merenung wajah Isaac. Sungguh dia tidak tahu apa-apa soal lelaki itu macam mana dia mahu tahu di mana terletaknya Jazel's Building lagipun dia tidak berminat untuk tahu soal lelaki itu.

"That's my place. My comfort place. Jangan risau aku tak sendirian di sana. Ada ramai orang awam di sana jadi kau tak perlu takut," jelas Isaac sambil merenung wajah gadis yang kekeliruan itu.

"Kalau kau ikut semua kata-kata aku kemudian aku akan layan kau dengan baik," kata Isaac supaya gadis itu yakin yang dia tidak akan apa-apakan gadis itu.

Hessa anggukkan kepalanya mengerti. "Aku akan cuba yang terbaik tapi janji dengan aku jangan gugat status Aidan..." pinta Hessa setelah lama mendiamkan diri.

Isaac merenung gadis itu lama lalu dia anggukkan kepalanya.

Semoga FloraDaniella jadi penulis berjaya. Aminnn🤍

Instagram: floradaniella_

Jazel's Warning Where stories live. Discover now