BAB 34

3.8K 187 27
                                    

PENING! Itu yang dia boleh katakan sekarang apabila Khai mengajar Ammara yang bukan-bukan. Sekarang ini dia pelik, macam mana Khai tahu nak goda dia sedangkan diri sendiri pun belum kahwin.

"Ooo macam tu. Baguslah! Nanti saya cuba." Kata Ammara lalu tersenyum kemenangan. Memang habislah Amsyar malam ni.

"Kan. Tengoklah siapa. Khai si bijak pandai macam kancil." Puji Khai. Ini lebih kuah dari nasi budak ni.

"Bijaklah sangat." Kutuk Amsyar perlahan sehingga Khai menyiku sahabatnya itu. Ada sahaja! Bagilah dia peluang untuk puji diri sendiri.

"Abang," meleret suara Ammara memanggilnya.

Amsyar pula terus memandang si isteri dan tidak lupa diberi senyuman kepada Ammara.

"Ya sayang, nak apa?" soalnya lembut. Khai pula, sudah buat muka jijik. Geli betul dengan si Amsyar, tadi bukan main serius bila dengan bini macam kucing.

"Nanti nak pergi kedai buku boleh?" soal Ammara lembut. Nak pujuk cik suami mestilah kena lembut! Tidak boleh kasar-kasar nanti apa pun tak jalan. Mood hilang, buku pun terbang.

Amsyar yang sudah tahu apa yang Ammara mahu hanya mengangguk tanda setuju. Dia memang tak boleh menafikan lagi minat Ammara kepada novel, bahkan dia juga membaca novel kalau ada masa. Jadi dia hanya bersetuju sahaja kalau Ammara ingin pergi ke kedai buku.

Syurga bagi pecinta buku dan lagi syurga bila orang dia sayang menyokong apa yang dia minat. Dia memang tak boleh nak marah kalau Ammara asyik bercerita tentang lelaki fiksi sudah memang lumrah kalau wanita itu sendiri minat, kerana lelaki fiksi lebih romantik, penyabar dan hijau sehijau hutan.

Andai dia boleh jadi lelaki seperti itu.

"Abang," panggil Ammara.

"Ya?"

"Mari makan. Makanan dah sampai."

"Oo okey." Dengan lafaz Bismillah barulah Amsyar makan. Waktu makan dia perasan yang Ammara macam pelik. Perasaan dia atau memang Ammara nampak pelik?

Boleh dia katakan yang Ammara sedang gelisah tapi sebab apa? Untuk apa Ammara gelisah? Adakah sebab kerja dia gelisah seperti ini?

Makin lama makin banyak persoalan diminda Amsyar apabila melihat perangai Ammara yang seperti itu.

"Sayang okey?" soal Amsyar.

"Saya okey. Kenapa tanya macam tu?" soal Ammara perlahan.

"Sayang nampak gelisah tu yang abang tanya sayang okey atau tak." Balas Amsyar. Ammara segera melarikan matanya saat dia melihat Amsyar memandangnya dengan pandangan yang redup.

Mengapa baginya pandangan itu seperti membakar dirinya? Membakar hatinya dan seolah-olah dia benci akan pandangan itu. What is wrong with me?!

Amsyar yang perasan hanya berfikiran positif mungkin emosi ibu mengandung barangkali. Jadi dia hanya diam dan menikmati makanan yang dipesan. Seketika dia terpandang Khai yang sedang merenung Ammara dengan pandangan yang dia tajam. Ini dah kenapa pula?

"Kau kenapa?" soal Amsyar.

"Tak ada apa-apa." Itu sahaja balasan dari Khai yang membuatkan Amsyar lagi pelik.

SELEPAS selesai makan destinasi yang mereka tuju sudah pastinya kedai buku MPH ini kerana banyak buku yang menarik serta popular ada di kedai buku tersebut. Kata sahaja buku apa sudah pasti ada, tinggal mahu pilih dan bayar sahaja.

Ammara pula sudah menghilang di sebalik rak buku dan sudah pasti Amsyar akan menunggunya tetapi kalau sudah lama sangat memang dicari sampai jumpa.

Khai pula sudah menguap panjang sambil melihat jam di telefon pintar. Nampak gayanya masih lama lagi untuk Ammara keluar dari kedia buku itu. Bila agaknya dia boleh pulang? Dia sudah penat.

Beauty ExistenceWhere stories live. Discover now