BAB 9

447 18 0
                                    

"AKU kenal Haider, dia takkan lepaskan kau begitu sahaja. Walaupun dia dah direman, aku tak rasa dia akan menyerah kalah macam tu sahaja. Haider dia agak berpengaruh. Dia manusia yang penuh dengan trick dan strategi." Suara garau itu menyentuh cuping telinga lagi.

Kaki yang menampan tubuh, semerta menjadi lembik. Tubuh sudah pun selamat melorot jatuh ke bawah. Dalam keadaan mencangkung, wajah aku sembamkan pada peha. Tangan di sisi mula mengenggam seluar yang dipakai. Mencengkam kuat fabrik tersebut. Bibir bergetar halus. Airmata mencurah-curah gugur dari pelupuk mata.

Mengapa... aku mahu selamatkan orang lain aku kini terkena tempias pula? Batinku menjerit kuat pada ketika ini. Rasa benci pada diri mula menyelimuti hati. Tangan yang mengenggam seluar tadi kini sudah pun mengepal tumbukan. Tumbukan itu aku bawa ke dada lalu diketuk kuat di situ. Marah kepada diri sendiri.

Andailah aku tidak gatal-gatal naik ke rooftop cafe itu pada malam tersebut, pasti semua ini tidak akan terjadi kan?

"Sekarang kau tahu kan macam mana rasanya? Do you think I'll accept it with pleasure?" Suara garau itu sudah berubah keras. Kedua anak matanya berdesis garang.

Otak sudah tidak mampu berfikir apa-apa lagi. Kosong. Selagi persoalan mengenai apa kaitan wanita yang dimaksudkan Haider dengan diriku, selagi itu aku akan rasa seperti aku ini orang bodoh yang terperangkap dalam situasi yang dirasakan tidak masuk akal ini.

"Stay with me. No matter what happen, I'll take a bullet for you it if came to that. Dan aku bersumpah atas nama Allah, walau seperit mana ujian yang dihadapi, aku akan lindungi kau."

Perlahan-lahan wajah aku angkat. Wajah itu aku pandang. Lama.

Dia gila ke apa? Setelah dia kata dia menyesal kenal aku, kali ni dia mahu bantu aku pula. Dia salah makan ubat ke apa? Ke dia ada masalah kecelaruan identiti?

"Are you kidding me? Tadi awak suruh saya lupakan awak sebab awak menyesal kenal saya. Ini awak nak bantu saya pula, kapten?" soalku sinis.

Luth menggali nafas lalu dihembus tenang. Tangannya yang bersilang di dada akhirnya jatuh ke sisi dengan gerakan yang perlahan. Sepasang matanya ditombak ke dalam anak mataku. Tiada lagi renungan dingin seperti tadi. Yang tinggal cuma renungan yang ikhlas.

"Marry me, I will take care of you more than my life."






SEJAK tadi aku tidak mampu untuk melelapkan mata. Suara lelaki itu berlagu-lagu di kotak fikiran seperti kaset yang dimainkan berulang kali.

Nafas aku tarik dalam-dalam lalu dihembus perlahan. Kipas yang ligat berpusing di siling aku perhatikan dengan pandangan mata yang kosong. Sejak pulang dari rumah Cik Pah Kuih tadi, langkah kaki ini terus dibawa ke dalam bilik tidurku.

Tubuh sudah selamat dihempas ke tilam. Sejak tadi juga bayangan kipas berputar laju menjadi imej yang menyapa layar mata. Namun, jasadku sahaja yang berada di sini, fikiranku entah terbang hilang ke mana. Mungkin terbang bersama bait-bait aksara yang terpacul dari bibir separa tipis itu tadi.

Dada yang bergelodak pelbagai emosi sebentar tadi aku pegang erat. Degupan kencang di situ aku rasai jelas di bawah telapak tangan. Nampaknya, jantung aku juga tidak mampu bertenang pada saat ini.

Lockdown Moment (TERBIT)Where stories live. Discover now