Tubuhnya kaku melihat kejadian di depan mata. Jantungnya terasa ingin berhenti berdegup melihat si suami tersenyum gembira tetapi senyuman itu bukan untuknya. Nurul ketawa kecil melihat orang yang berada di samping lelaki itu. Pasangan itu nampak bahagia betul!
Air matanya turun tanpa sedar dan Nurul benci dengan keadaannya saat ini. Mengapa dia harus berasa sakit melihat pasangan itu bahagia?
"Sebab ni ke abang berubah? Sebab ni ke abang abaikan Nurul? Mana janji abang yang dulu? Mana janji abang nak setia dengan Nurul dan jaga cinta kita? Abang cakap hanya Nurul yang ada dalam hati abang tapi sekarang ni apa?" Nurul mengetap bibir apabila dia teringat janji mereka berdua sebelum dia bertolak.
Dia menyapu air mata dengan kasar walaupun air mata itu masih mengalir. Sungguh hatinya sangat terluka saat ini bila lelaki itu sudah mula mungkin janji setia mereka. Dia perlahan-lahan mendekati pasangan bahagia itu.
"Abang..." Dengan tangisan yang masih bersisa, Nurul memanggil suaminya. Pasangan itu berhenti ketawa dan mula memandang ke arahnya.
Nurul berasa ingin menangis semula melihat pandangan kosong itu. Pandangan itu sudah berbeza dan tiada pandangan cinta untuknya lagi.
Nisha memandang sinis dan ketawa jahat di dalam hati melihat gadis itu. Dia memeluk lengan Danish dan menunjukkan senyuman sinis. Nurul mengenggam kedua-dua tangannya menahan sabar melihat perlakuan gadis tak cukup akal ini.
"What are you doing here? Nurul tak sepatutnya ada kat sini. Kenapa Nurul balik?" Danish hanya memandang wajah isterinya dengan perasaan kosong. Malah dia hanya membiarkan bila Nisha memeluk erat lengannya.
"Seriously, abang? Abang tanya kenapa Nurul balik sini? Nurul balik sebab Nurul rindukan suami Nurul tapi what is this, abang? Apa maksud semua ni?!" Nurul menghempas beg tangannya ke bawah. Dia tidak peduli dengan pandangan orang ramai janji dia dapat lepaskan semua perasaannya.
"Lower your voice, Nurul Nafisa. Semua orang tengah pandang kita sekarang ni." Danish memperlahankan suaranya sambil matanya melihat orang di sekitarnya yang masih memandang mereka. Tiba-tiba dia berasa malu bila mereka jadi tumpuan orang ramai.
"Eh Nurul, kau dah kenapa? Kau tak malu ke duk terjerit-jerit kat sini? Tolonglah jaga sikit maruah kami ni." Nisha memintal hujung rambutnya dan membuat muka. Tapi hatinya senang bila suaminya sudah tidak membela gadis itu lagi.
"Kau diam, Danisha! Apa masalah kau ek? Kenapa kau rampas Danish dari aku?" Nurul menuding jari ke wajah Nisha. Tangannya rasa ringan je sekarang ni tapi dia cuba menahan sabar.
"Eh perempuan. Kau yang rampas Danish dari aku. Kau lupa ke kau yang suruh aku tinggalkan Danish dulu?" Nisha menepis tangan Nurul. Dia tidak boleh kalah dengan gadis itu.
"Apa yang kau merepek ni? Bila masa aku suruh kau tinggalkan Danish? Bukan ke kau memang berniat nak tinggalkan dia dulu?" Nurul dilanda kehairanan dan sumpah bila masa dia suruh perempuan gila ni tinggalkan Danish? Dia yakin ada sesuatu yang tidak kena.
"Kau lupa atau kau buat-buat lupa? Kau sendiri yang ugut aku untuk tinggalkan Danish supaya kau boleh kahwin dengan dia kan?" Nisha terasa ingin ketawa melihat muka terkejut Nurul. Dia berasa gembira kerana akhirnya Danish percaya dengan cerita palsunya.
"Kau jangan nak fitnah aku, Nisha. Aku tak pernah suruh pun kau buat benda macam tu. Buat apa aku ugut kau kalau aku pun nak tengok Danish bahagia dengan pilihan dia? Selama korang bercinta, aku sentiasa sokong hubungan korang. Tak pernah terlintas sikit pun aku nak halang."
Nurul menangis teresak-esak. Dia berasa kecewa bila Nisha sanggup fitnah dia sampai macam ni. Gadis itu terdiam mendengar kata Nurul.
"Abang percaya ke apa yang Nisha cakap? Jadi selama ni abang abaikan Nurul dan mungkir janji kita hanya sebab abang percaya benda yang tak betul?" Dada Nurul sesak bila suaminya itu hanya diam sahaja dan tidak menafikan apa yang dia kata.
"Sampai hati abang buat Nurul macam ni. Kenapa abang tak tanya Nurul dulu? Kenapa abang mungkir janji setia kita? Kenapa abang?" Sayu sahaja suara Nurul bila melontarkan soalan-soalan itu. Dia memukul dada lelaki itu beberapa kali.
"Enough, Nurul. Abang minta maaf kalau apa yang abang lakukan sekarang ni buat Nurul terluka. Tapi abang buat semua ni demi kebaikan kita." Danish memegang kedua-dua tangan Nurul bagi menghentikan tindakan gadis itu. Badan Nurul lemah bila dengar ayat suaminya.
'Demi kebaikan kita?' Kebaikan apa jika perkara ini telah membuat hatinya terluka. Dia menangis sekuat hati bila tangan itu sudah tidak mengenggamnya lagi dan berlalu pergi bersama orang lain. Dia menunduk ke bawah dan melepaskan tangisannya di situ tanpa menghiraukan orang di sekelilingnya.
"Nurul. Hey bangun. Nurul Nafisa!" Tiba-tiba ada satu jeritan di tepi telinganya. Nurul terus bangun dari mimpi itu dan duduk mencari nafas.
"Nurul, kau ok tak? Kenapa kau nangis sambil tidur?" Laila dilanda kerisauan bila melihat wajah gadis itu menangis tadi. Tak tahu la apa yang dimimpikan oleh gadis ini.
"Aku menangis ke?" Nurul cuba memegang wajahnya dan ternyata benar ada sisa air mata di situ. Sejujurnya dia masih terkejut dengan apa yang terjadi tadi seolah-olah mimpi itu macam betul-betul terjadi.
"Ye kau menangis. Kau mimpi apa sampai menangis teruk macam ni?" Laila tarik Nurul rapat ke arahnya dan memeluk erat tubuh gadis itu. Dia tahu pasti gadis itu mimpi buruk sehingga membuat dia menangis dalam tidur.
"Aku mimpi suami aku kahwin lain, Laila. Aku rasa mimpi tu macam betul-betul terjadi." Nurul masih dibayangi mimpi itu. Badannya menggigit bila teringat pandangan kosong Danish kepadanya.
"Nurul, mimpi tu semua mainan tidur. Kau janganlah fikir sangat. Apa kata sekarang ni kau tidur balik dan tenangkan fikiran kau tu. Kau stres sangat ni." Laila membaringkan Nurul semula dan mendodoikan gadis itu.
"Thank you, Laila. Kau selalu ada untuk aku." Perlahan saja suaranya ketika ini. Nurul mula berasa mengantuk semula apabila didodoi oleh Laila. Dia benar-benar berharap ini semua mimpi dan berharap cinta mereka tetap utuh walau apapun berlaku. Dia tidak mahu kehilangan suaminya dan cinta mereka.
YOU ARE READING
Mrs. Danish Rayyan (C)
RomanceDua sahabat baik yang selalu bersama sejak dari kecil lagi, itulah Danish Rayyan dan Nurul Nafisa. Dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah, mereka sering bersama sehingga orang menyangka mereka bercinta walhal mereka hanya berkawan sahaja...