TUAN ANIQ 16

1.3K 76 7
                                    

Aeyra membuka matanya perlahan-lahan. Terasa sedikit berat dan pening di kepala. Bebola mata meliar memandang ke sekeliling.

"Ye aku bayar! Tolonglah jangan libatkan adik aku. Dia tak ada kena mengena lah!" keras suara Arif bercakap dengan seseorang di hujung talian.

Aeyra terkedu. Abangnya ada berhutang ahlong kah? Bibirnya bergerak-gerak ingin berkata sesuatu namun tekaknya terasa kering dan perih. Tidak terkeluar suaranya jadi dia hanya mampu merenung Arif yang sedang membelakanginya.

"Ini antara kau dengan aku je! Adik aku tak terlibat!" suara Arif meninggi sedikit.

Tubir mata Aeyra terasa berat. Hatinya dihimpit perasaan sebak yang tidak terkata. Hidupnya dan Arif sangatlah susah setelah kematian orang tua. Namun, dia tidak menyangka Arif bertindak meminjam dari ahlong.

Aeyra hanya mampu membiarkan air matanya membasahi pipi. Tubuhnya belum dapat bergerak. Terasa lenguh dan sengal mungkin kerana terlalu lama terbaring.

Perbualan Arif didengarinya dengan jelas dan dia kini yakin abangnya itu memang berhutang dengan ahlong dan dirinya menjadi cagaran kerana Arif tidak mampu membayar hutangnya kembali.

Tidak lama selepas itu Arif menamatkan panggilan. Lelaki itu kelihatan tertekan dengan situasi sekarang. Rambut pacaknya diramas perlahan sebelum menoleh memandang Aeyra.

Arif tergamam.

"Eya." Arif terketar ketar apabila melihat air mata Aeyra yang berlinangan. Dia pasti adiknya itu mendengar butir perbualannya dengan Kelvin.

Perlahan kakinya menapak merapati Aeyra. Tangan gadis tersebut yang masih disambung dengan glucose disentuh lembut.

"Aku mintak maaf. Aku bodoh." hanya itu yang mampu diperkatakan. Dia memperakui silapnya.

Aeyra tersenyum pahit lalu menggeleng perlahan. Dia sedar abangnya melakukan itu semua untuk dirinya. Demi membesarkan dan memberinya pendidikan yang baik.



🌹



Aniq memandang sekilas jam di tangan sebelum meneruskan langkah menuju ke arah bilik pejabatnya. Tempat Aeyra yang kosong hanya dijeling.

Selepas kejadian tempoh hari, Sabrina telah dibuang kerja. Tindakan tatatertib telah diambil apabila jelas sekali perbuatannya itu kelihatan disengajakan melalui rakaman kamera litar tertutup.

Sabrina ada membuat rayuan agar dirinya diberi peluang namun tidak diendahkan Aniq.

Aeyra tidak patut dikasari atau dilukakan oleh sesiapapun kecuali dirinya. Gadis itu miliknya!

Kini hampir 4 hari Aeyra terlantar di hospital namun sekalipun belum pernah Aniq menjenguknya. Dia tidak mahu terserempak akan Arif. Jijik untuk bersemuka dengan lelaki itu.

Aniq tersandar pada kerusinya sambil mengimbau kembali peristiwa di kolam tersebut.

Jeritan Aeyra yang kuat disertai bunyi kocakan air kolam tersebut mengejutkan para tetamu yang ada berhampiran termasuk Aniq.

Tambahan pula air kolam tersebut bertukar merah dan tiada langsung suara meminta tolong kedengaran.

Dan ketika itu, kebetulan Aniq menjadi saksi kejadian tersebut. Tanpa berfikir panjang, dia terjun ke dalam kolam mendapatkan Aeyra yang telah pun pengsan tidak sedarkan diri.

Aeyra dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. Annual dinner yang sepatutnya menjadi malam yang indah bertukar menjadi malam penuh tragedi.

Waris Aeyra dihubungi pihak hospital melalui maklumat yang diberi Aniq dan setelah itu dia tidak lagi mengikuti perkembangan Aeyra.

Aniq kini kembali pusing memikirkan Tania yang tiba-ii ingin mempercepatkan perkahwinan mereka sedangkan sebelum ini, gadis itu menolak untuk dijodohkan.

Sedang Aniq mengelamun, bilik pejabatnya diterjah seseorang.

"Fiq, where have you been?"

Aniq yang sedang mengelamun terus tersedar ke alam nyata. Dia mendongak memandang Tania yang sedang merenung dirinya tajam.

"I call you dari semalam you tak angkat-ii!" bebel Tania dengan nada suara yang agak tinggi.

Aniq merengus kasar. Memang tak angkat lah sebab kau tu menyerabutkan kepala!

"Hey!" Tania menepuk kuat meja kerja Aniq apabila lelaki itu langsung tidak mengendahkan dirinya.

"Eh perempuan!" Aniq terus menyinga. Dia berdiri dari kerusi.

"Kau jangan nak tunjuk perangai dengan aku! Aku tak ada masa lah nak layan!" Aniq menepis fail-ii di atas mejanya sehingga berselerakan dan jatuh ke lantai. Dan setelah itu, dia terus menapak keluar.

Tania mendengus geram. Dia masih tidak berpuas hati. Langkah Aniq diekori.

"Faeyz Fiqkri!" jerit Tania. Seisi pejabat terkejut dengan jeritan tersebut. Masing-ii memanggung kepala melihat apa yang terjadi.

Langkah Aniq terhenti tatkala nama tersebut meniti di bibir Tania. Dia menoleh memandang gadis tersebut.

"And one more thing, Fiqkri dah mati!" ucapnya keras.

"Aku Aniq." Aniq terus menapak pergi meninggalkan pejabat.

Ya, baginya Faeyz Fiqkri telah lama mati. Insan lemah tersebut telah terkubur bersama-sama arwah ibunya. Yang ada kini hanyalah Aniq!

Tania mendencit geram. Dia kemudiannya memandang para kakitangan Aniq yang sedang merenung ke arahnya.

"Kau orang pandang apa? Buat kerja lah!" jerit Tania sebelum turut menapak pergi.




🌹



Tania merenung Arif yang sedang duduk di hadapannya kini.

"Apa kena dengan you ni hah? Dulu you beria janji dengan I macam-ii, sekarang macam ni pulak?" Tania melepaskan keluhan kasar sebelum menyedut jus tembikainya.

"Nia, you faham bahasa tak? I tak ada apa-ii! I tak ada duit! Gaji I cukup-ii untuk tanggung makan minum I dengan adik I je!" Arif berterus terang.

"Macam mana I nak jaga you? I nak bagi makan pasir?"

"Tu! Anak dalam perut tu! You ingat nak besarkan dia senang ke? Kos bersalin apa bagai! Pampers, susu, baju, you ingat I banyak duit ke?" Arif merengus kasar.

Tania meletuskan tawa kecil. Arif terkedu melihat Tania yang sepertinya hilang kewarasan akal.

"Arif, you buat lawak eh?" soal Tania dengan nada sinis.

"Kalau betul you tak mampu, kenapa sampai benih you ada dalam rahim I? For what? You sentuh I tapi you tak ada niat nak kahwin?" Tania merenung Arif dengan pelbagai rasa di hati.

"Nia, tu semua atas kerelaan you. I tak pernah paksa pun. Kita buat suka sama suka." ujar Arif tanpa rasa bersalah.

"Tapi..." kata-ii Tania kemudiannya dipintas Arif.

"You yang bagi, sekarang you nak salahkan I?" Arif tersenyum sinis.

"You ingat eh. I masih simpan gambar-ii nudes yang you send dekat I hari-ii. So, jangan cuba-ii nak cari hal dengan I." Arif terus bangun dari duduknya.

Tania terkedu. Dia hilang kata-ii.

Sebelum berlalu, Arif menambah lagi.

"Jangan sampai I jadikan you pornstar." Arif memberi amaran lalu melangkah pergi meninggalkan Tania yang sudahpun digenangi air mata.

Tania menyentuh perutnya yang masih kempis. Terdapat satu nyawa di situ. Ianya milik Arif namun lelaki itu kini tidak mahu bertanggungjawab malah telah mengusir Tania pergi dari hidupnya.

Dia kini tiada pilihan selain menurut perjodohan keluarga yang sedikit sebanyak akan menyelamatkan dirinya.

Namun, Aniq kelihatannya menolak perjodohan tersebut menjadikan dirinya agak gusar.

TO BE CONTINUE

TUAN ANIQWhere stories live. Discover now