Ini setan-setan yang terlepas kandang.

Ezalea lantas menyepak lelaki dihadapannya yang terus menunduk menahan sakit. Namun tiga orang yang lain terus mencapai dan menahannya daripada lari. Sekuat mana pun Ezalea mencuba, dia tidak ada kekuatan tiga orang lelaki bergabung.

Jadi the next best thing— dia menjerit.

Mulutnya ditekup namun dia sempat menggigit tangan itu dan menjerit lagi.

"Lepaslah sial!"

Kakinya terangkat-angkat untuk menyepak dan cuba meloloskan diri namun tidak berjaya juga.

"Hoi!"

Sergahan itu membuat semua pergerakan mereka terhenti sejenak. Dalam kelalaian mereka, Ezalea menolak genggaman mereka dan lari keluar dari sudut kecil itu.

Dadanya naik turun dengan laju dek kerana nafasnya yang tak keruan. Degupan jantungnya terasa seperti dah naik ke telinga. Sebelahnya bajunya yang dah tertarik sehingga menunjukkan bahunya ditarik semula ke atas dan rambutnya yang dah lama terburai diraup ke belakang.

Kelibat beberapa pelajar form 5 KUDRAT membuat pelajar lelaki tadi sedikit gerun namun mereka cuba untuk menyembunyikan nya.

"Adik?" Arshad, budak form 5 yang baru sampai dengan tiga orang rakannya menyapa Ezalea terlebih dahulu namun mengekalkan jaraknya. "Adik okay?"

Gadis itu memandangnya kosong. Nafasnya masih tercungap dan matanya berair. Tangannya menggeletar dan apabila mereka berempat melihatnya dengan lebih jelas— mereka tahu apa yang hampir terjadi.

Arshad— dan rakan-rakannya; Hadi, Irfan dan Kimie— menjeling kasar empat lelaki tadi.

Yang mengepung Ezalea budak form 4. Yang datang tepat pada masanya pula High Council pada tahun itu.

Hadi merupakan Kapla tahun itu. Lelaki itu mengetap rahangnya tatkala melihat keadaan gadis yang hampir sahaja teraniaya tadi.

"Shad, Kimie," Hadi memanggil. Suaranya membuat semua orang terdiam. "Bawa adik ni balik dorm dia. Make sure dia sampai dalam selamat."

Kedua mereka mengangguk. Kimie mengutip bag yang di atas lantai— bag Ezalea yang dibaling sebentar tadi— dan mengemas buku yang terkeluar. Dia menyandang bag itu ke bahunya dan Arshad mengajak Ezalea pergi.

Gadis itu was-was. Mereka faham mengapa. Namun kedua mereka memberinya senyuman lembut dan ikhlas dan memastikan untuk mengekalkan jarak mereka agar dia boleh selesa.

Akur dengan arahan Kapla mereka, Ezalea sampai ke pintu dormnya dengan selamat. Bagnya diambil semula dan dia sempat mengucap terima kasih dengan suara yang masih bergetar.

Keesokan harinya, empat orang pelajar form 4 itu dipulau. Hadi dan Irfan dah habis bantai mereka malam sebelumnya. Berjalan pun tempang olehnya.

Ezalea pula masih dalam keadaan trauma. Maya dan Cecilia belum lagi tahu apa yang jadi, dan mereka juga tidak memaksanya untuk bercerita. Biarlah dia beritahu dalam masa dia sendiri.

Ahli High Council tahun itu memerhati gerak geri Ezalea. Malahan, Hadi telah pergi ke meja tiga orang gadis itu dan duduk makan dengan mereka.

Memang bergoncang KUDRAT dan KEMBOJA bila mereka sedar yang ahli High Council tahun itu bermesra dengan gadis-gadis junior.

Sepanjang tahun itu, Ezalea, Maya dan Cecilia berada di bawah jagaan High Council. Persahabatan mereka terjalin walaupun Hadi, Arshad, Irfan dan Kimie telah habis sekolah.

Sejak kejadian itu, Ezalea meminta Hadi mengajarnya seni mempertahankan diri. Bila Hadi tidak sibuk dengan kerja sekolah atau High Council, dia akan mengajar Ezalea berlawan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 27, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HARAM, project: high councilWhere stories live. Discover now