TW// attempted SA
━━━
EZALEA TERASA KAKU.
Sampai nya dia di dorm, gadis itu terus baring dan menyembunyikan diri di bawah selimut. Maya masih di bilik isolasi, jadi Ezalea memang sendirian dalam bilik itu.
Dalam keadaan berselimut itu, gadis itu tertidur. Dan bila matanya terbuka kembali, Ezalea sedar dirinya sedang bermimpi.
Mimpi yang ngeri. Mimpi yang sebenarnya memori yang telah lama dia cuba lupakan.
Ezalea yang pada waktu itu di tingkatan tiga sedang berjalan pulang dari pusat sumber. Yalah, exam dah nak dekat. Dia belajar sehingga tak sedar pun hari dah gelap. Cikgu yang bertugas terpaksa menyuruhnya pulang ke dorm kerana hendak balik ke rumah.
Ezalea pun memulakan perjalanan pulang ke dorm dengan buku-buku yang disimpan ke dalam tote bag. KEMBOJA kan asrama perempuan, jadi dia tidak berapa risau untuk berjalan bersendirian.
How naive, Zalea.
Baju sweatshirt dan seluar trek yang dipakainya memang labuh, tambah lagi dengan cuaca musim hujan— kononnya dapatlah tahan sejuk.
Terdengar bunyi siulan dari belakang. Langkahnya terhenti sejenak. Ezalea memandang sekilas dari bahunya dan terlihat sekumpulan pelajar KUDRAT berjalan ke arahnya.
"Fuh, barang baik malam ni mat!"
"Rezeki kita hari ni, wey."
"Adik cantik, nak ke mana tu sorang-sorang?"
Langkahnya makin laju menghala ke dorm. Langkah mereka turut menjadi laju mengekorinya. Ezalea membelok ke kanan, hanya untuk hampir melanggar seorang pelajar lelaki yang sengaja memotong jalannya.
Empat orang lelaki.
Dia seorang saja.
"Tumpang lalu, eh bang? Nak balik dorm ni," Ezalea cuba untuk berlalu pergi namun lengannya digenggam dan dia ditolak ke belakang.
Mereka membuat bulatan mengelilinginya. Tiada jalan keluar untuk dia. Panik mula menyelubungi diri dan mereka pula makin merapatkan jarak.
"Takpelah, lepak lah sekejap," kata salah seorang daripada mereka sambil bermain dengan ikatan rambutnya.
"Kita have fun dulu la," sambung rakannya pula yang merampas beg Ezalea dan membalingnya ke tepi.
Dia dikepung ke sudut kecil tepi blok.
"Abang, apa benda ni bang? Dahlah, saya nak balik dorm je ni," Ezalea cuba menahan getaran suaranya namun jelas terlihat keresahan gadis itu.
Lemah. Dia lemah sangat di waktu itu.
"Kenapa nak berebut? Kita orang nak have fun je, takde apa pun," kata seorang daripada mereka dengan senyuman sinis.
Ini bukan gurauan di antara teman.
YOU ARE READING
HARAM, project: high council
Fanfiction"Biar rasa ini, Hanya sekadar engkau tahu; Aku ada bila perlu." abdul kahar x fem!oc