Matanya tak lepas memandang wajah sang tunang yang sedang leka makan. Apa ingat perempuan je ke yang suka makan, lelaki pun sama okey. Apabila sang tunang terasa diperhatikan segera lelaki itu mengangkat kepala memandang tepat ke arahnya, wanita itu hanya mampu melemparkan senyuman manis.
"Why?"soal Iskandar apabila Mawar memandangnya tanpa berkelip.
"Takde lah. Saya cuma rindu awak, 3 bulan tak jumpa."jawab Mawar lembut.
"Ala, sweetnya tunang saya ni. I miss you too, baby. Tapi awak okey ke tunang awak ni kulit dah tanned macam ni?"soal Iskandar sekadar bergurau.
"Sayang, saya tak kisah pun lah rupa awak macam mana. Asalkan awak setia dengan saya je."ujar Mawar.
"Insya Allah, sayang. Hati saya milik awak sorang."
Tersenyum manis Mawar mendengar ayat manis yang keluar dari mulut Iskandar. Perutnya seakan ada rama-rama yang berterbangan. Lelaki itu pandai mengambil hatinya. Mana lah dia tidak jatuh cinta hari-hari dengan lelaki itu.
"Sudah sayang. Cepat makan tu, nanti teman saya ke kem sekejap okey."tutur Iskandar lagi. Dia mahu ke kem untuk menyelesaikan tugasnya sebentar.
"Sorry, sayang."
Mawar tersengih sebelum meneruskan suapannya yang terhenti. Iskandar juga turut melakukan hal yang sama. Mereka makan dengan tenang tanpa sebarang gangguan.
Mawar hanya menunggu Iskandar di dalam kereta, sudah hampir setengah jam lelaki itu di dalam kem. Sementara menunggu sang tunang menyelesaikan tugas, Mawar membuka Ipad miliknya untuk memeriksa emel dari setiausahanya.
Telefon yang ada di tempat pemandu segera dicapai setelah kedengaran bunyi notifikasi WhatsApp. Terus sahaja Mawar membuka aplikasi tersebut sebelum chat dari sang ayah dibuka.
My king
Angah, dekat mana?Me
Ada dekat kem bah. Kenapa tu?My king
Kamu tak ke pejabat ke? Nasib lah abah tak kesana dengan mama tadi.Me
Hehe, tak abah. Akak half day. Harini Is balik. Jadi akak keluar dengan dia. Ada apa abah?My king
Oh, nanti ajak dia ke rumah. Dinner sekali malam ni. Tu je lah, nanti malam baru abah bagitau kamu.Me
Baiklah abah. Roger and out.Terus sahaja Mawar keluar dari aplikasi tersebut. Tak lama kemudian, Iskandar membuka pintu kereta sebelum memboloskan diri kedalam perut kereta.
"Done with your work, sayang?"soal Mawar sambil menutup Ipad yang berada di atas pahanya itu.
Iskandar sekadar mengangguk.
"Who texted you?"soal Iskandar datar.
"Abah, yang. Dia ajak dinner malam ni."jawab Mawar.
Iskandar mengangguk tanda faham.
"Nak ke mana lepas ni?"soal Mawar.
"Mana-mana je sayang."tutur Iskandar sebelum kereta dipandu keluar dari kawasan kem.
"Window shopping, please."pinta Mawar sambil mengerdip matanya beberapa kali.
"Anything for you, baby."
_______
Malam itu riuh rumah keluarga Mawar apabila kesemua ahli keluarganya berkumpul. Habis sahaja kerja petang tadi kesemua adik beradik Mawar berkumpul di rumah ayah mereka. Sempat mereka menunaikan solat maghrib bersama-sama dan diimamkan oleh Iskandar.