29

28.7K 1K 104
                                    

Pang!! Satu penampar hinggap di pipi Amira, dia memegang pipi yang berasa pedih itu, gara-gara video pengakuan Makcik Timah yang tersebar itu pipinya di tampar seperti ini. Amira. Merenung tajam memandang Faizal, sesuka hati saja lelaki ini menamparnya.

"Sakit la!" Marah Amira apabila Faizal sesuka hati menampar pipinya.

"Aku lagi sakit hati tahu tak?! Macam mana boleh jadi macam ni? Aku nak Hud tinggalkan Huda dan kau nak Huda kena halau daripada kampung ni! Kalau nama dia dah clear bila masa pula Hud nak tinggalkan dia! Aku bayar kau mahal, aku belikan kau kereta tetapi benda kecil macam ni pun kau tak boleh settle ke?" Ujar Faizal tak puas hati kerana rancangannya memiliki Huda musnah macam itu saja.

"Semua ni Hud punya kerja la. Kau ingat dia nak biarkan je isteri dia kena fitnah? Dia percayakan isteri dia, tak macam kau tak percaya Huda." Sindir Amira sinis, kalau dia tahu Huda akan dapat lelaki lebih baik daripada Faizal dia akan biarkan saja Huda berkahwin dengan syaitan ni.

Pang! Satu lagi penampar hinggap di pipi Amira kali ini tepi bibirnya pula berdarah

"Tu balasan sebab mulut tu lancang sangat, kau yang hasut aku sampai aku termakan kata-kata kau. Kau tu sepatutnya perangkap si Huda sampai Hud ceraikan dia, tak akan itu pun aku nak beritahu. Cuba guna otak tu sikit, tak akan la itu pun aku nak ajar!" Jerkah Faizal yang sakit hati kerana Amirah masih gagal memisah Huda dengan Hud. Dia mahu bekas tunangnya kembali supaya hidup Hud menderita dan juga kerana dia masih mencintai Huda.

"Kau ingat senang ke aku nak mendekati Huda, bila Hud sentiasa ada di sisi dia. Aku akan guna cara lain supaya Huda berambus daripada kampung ini dan masa tu dia mesti nak dapatkan belah kasihan kau.Sebab sekarang Hud tak ada di sisi dia, jadi senang la kerja aku."Kata Amirah penuh yakin, dia akan pelahan-lahan menjatuhkan Huda sehingga gadis itu tidak mampu untuk bangun lagi.

"Aku tak kisah kau nak buat apa, janji Huda datang merayu pada aku dan mahu kembali cinta aku." Kata. Faizal sambil mengukir senyuman sinis, dia tak sabar mahu memiliki. Huda semula dan membuat. Hud menderita kerana dendam diia terhadap lelaki. Itu sangat dalam.

"Kenapa kau berdendam dengan Hud? Tak akan la sebab Huda?"

"Sebab dia kacau kerja aku, dia dah tangkap orang-orang aku, sekarang ni. Kerja-kerja lanun aku jadi huru hara disebabkan oleh dia." Kata Faizal tidak puas hati, Hud telah menyebabkan dia rugi besar, dia sangat berdendam dengan lelaki itu.

Amira terkejut mendengar kata-kata Faizal, dia tak menyangka rupanya Faizal adalah seorang lanun, memang ada rupa lanun pun lelaki ini.

"Hud tu tentera apa? Hebat sangat ke dia?" Tanya Amira berminat. Ingin tahu tentang lelaki berwajah ala arab itu.

"PASKAL pasukan khas TLDM, pangkat dia Laftenan komander. Dia di gelar. Shark di dalam tentera, dia sangat dikenali oleh semua lanun terutamanya ketua aku yang sangat mengenali dia."

Amirah kagum dengan lelaki bernama Hud apabila mendengar cerita Faizal, daripada dulu dia admire dengan lelaki itu. Jika dia memiliki Muhammad Hud dia akan menjaga lelaki itu sebaik mungkin.

Usai menunaikan solat subuh, Huda mencapai. Al.Quran terjemahan yang dihadiahkan. Hud kepadanya, tiba-tiba sampul surat berwarna coklat jatuh daripada dalam Al Quran ini. Satu nota yang tetulis di hadapan sampul surat ini menarik perhatiannya.

"Kepada permaisuri cinta hati abang, Huda Dahlia.
Abang sedekahkan duit ini untuk cinta belanja sepanjang abang tak ada di sisi cinta. Guna la sebaiknya cinta ku, jika duit ini dah nak habis tandanya abang akan balik. Abang mencintai cinta seumur hidup abang."

Daripada Panglima mu
Muhammad Hud

Menitis air mata Huda membaca nota yang di tinggalkan Hud untuknya, dia mencium lama sampul surat itu. Rindunya dia pada lelaki yang bernama Muhammad Hud.

AKU UNTUK DIA|MUHAMMAD HUD (C)Where stories live. Discover now