Huda melangkah masuk ke dalam bilik dan mendekati Hud yang sedang memeriksa barang-barangnya sebelum di bawa masuk ke dalam bonet kereta. Dia menggenggam erat tangan Hud dan mencium tangan suaminya ini.
"Awak janji kan akan balik pada saya?" Tanya Huda nada suara sayu, air mata menitis membasahi pipi Huda.
"Abang janji cinta abang akan balik pada cinta. Abang tak akan pernah meninggalkan cinta hati abang ni." Kata Hud bersungguh-sungguh sambil mengesat air mata yang mengalir di pipi Huda. Hatinya tak kuat melihat Huda menangis seperti ini, berat hatinya mahu meninggalkan isteri kesayangannya ini tetapi demi tanggungjawab pada negara dia kena lawan perasaan itu.
Huda tidak pasti kenapa perasaannya kali ini terlalu berat untuk melepaskan Hud pergi. Sedangkan dia tahu lelaki ini pergi untuk menunaikan tanggungjawab kepada negara.
"Kenapa setelah awak beri saya kebahagiaan, awak mesti pergi jauh meninggalkan saya? Awak tahu tak saya dah mula mencintai awak tetapi saat perasaan cinta itu mula nak mencambah awak pula nak tinggalkan saya." Ujar Huda menangis teresak-esak, lama dia mencium tangan Hud.
Hud mengukir senyuman mendengar kata-kata Huda, akhirnya dia mendengar juga perkataan keramat itu
"Abang pun mencintai cinta, abang pergi untuk berkerja dan abang janji abang tak akan pergi lama. Abang akan balik pada cinta." Hud mengucup lama ubun-ubun Huda, dia menahan air mata daripada mengalir membasahi pipinya. Jika dia lemah Huda pasti akan lagi lemah.
"Tetapi saya tak kuat untuk melepaskan awak pergi." Huda memeluk erat tubuh Hud dan membenam wajahnya pada dada sasa Hud, dia akan merindui bau suaminya ini dan jugaa rindu Hud memeluk ciumnya.
Hud membalas pelukan Huda, dia membelai rambut Huda dan mengucup lama kepala Huda.
"Kalau cinta rindu sebut nama Muhammad Hud abang akan mengubati rindu cinta daripada jauh, kan abang selalu pesan kepada cinta. Berdoa kepada Allah supaya mengubati rindu yang amat dalam itu dengan cara terbaik bagiNya. Cinta jangan sedih macam ni, nanti abang tak boleh nak bekerja dengan tenang. Kenapa ni? Apa yang membuatkan cinta risau sangat ni?" Tanya Hud gelisah melihat Huda yang menangis tak berhenti, dia tidak jemu mengesat air mata Huda yang tak berhenti mengalir.
"Saya takut saya tak boleh hidup tanpa awak, saya takut saya tak kuat bila awak tiada di sisi saya. Saya takut akan kehilangan awak." Ujar Huda nada suara sedih dan semakin laju air matanya mengalir.
"Sebenarnya cinta lagi kuat daripada abang, cinta mampu menghadapi caci maki orang tanpa abang di sisi cinta. In Shaa Allah cinta tak akan kehilangan abang, cinta tolong doakan abang ya?" Kata Hud sambil mengucup tangan Huda dengan penuh kasih sayang.
Hud menadah tangan kanan dan meletak tapak tangan kiri atas kepala Huda.
"Bismillahirahmannirahim.. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkau berikanlah ketenangan hati kepada isteri ku Huda Dahlia. Jangan biarkanlah dia terus keresahan dan kesedihan, tanamlah kekuatan di dalam hatinya untuk teruskan kehidupan di kala aku jauh daripadanya. Aku mohon pada mu lindungi dia saat aku tiada di sisinya kerana aku terlalu mencintainya. Sesungguhnya Engkau memperkenankan la doa ku ini. Amin Rabbal Alamin." Hud berdoa supaya jiwa Huda lebih tenang saat ini. Usai berdoa Hud mengucup dahi, dan mengomol kedua pipi Huda kali ini isterinya tak melawan hanya kaku membiarkan Hud lakukan apa saja padanya.
"Mana isteri abang yang kuat melawan ni? Tak melawan pun abang cium pipi dia macam tu." Kata Hud sambil mencuit hujung hidung Huda.
"Sebab nanti saya tak rasa ciuman itu untuk beberapa bulan, saya nak membiarkan ciuman ini menjadi kenangan manis." Balas Huda, kemudian dia pula mengucup lama pipi Hud, dia berasa tidak mahu melepaskan ciuman ini.
YOU ARE READING
AKU UNTUK DIA|MUHAMMAD HUD (C)
RomanceAKU UNTUK DIA|MUHAMMAD HUD Jika dia permaisuri, aku panglimanya♥️ Bagi Leftenan komander Muhammad Hud Mencintai Huda Dahlia ialah kewajipanya. ❗️Cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun sudah meninggal dunia ❗️Cerita ini 100% has...