Hud mundar mandir di hadapan Adam dan Haikal di perkarangan rumah Tok Aki ini. Dia sedang memikirkan sesuatu macam mana nak 'ajar' dua manusia yang telah mengfitnah isterinya. Sakit hatinya selepas melihat rakaman video yang di beri Adam kepadanya. Tak padan dengan Tua tetapi mengfitnah orang mengalahkan hidup lagi 1000 tahun.
"Angah dah ada idea. First thing kena buat kita kena pinjam kereta ibu dan cari lipas." Kata Hud sambil melangkah menuju ke keretanya.
"Lipas? Why lipas?" Tanya Adam hairan, apa kena mengena lipas dalam misi membongkar dalang mengfitnah Huda.
"Ikut je la." Kata Hud sambil memulakan pemanduannya, dia tak sabar mahu menjalani misinya ini. Dia akan memastikan nama Huda bersih sebelum dia berlayar.
Berkerut dahi Huda melihat Hud tergesa-gesa bersama Adam dan juga Haikal. Ke mana pula lelaki itu mahu pergi? Seperti merancang satu rancangan besar tetapi dia sendiri tidak pasti apa rancangan mereka.
Hud memandu kereta Axia Puan Rohaya mengekori sebuah kereta Wira Makcik Timah sehingga di sebuah kawasan sunyi dia memintas kereta itu menyebabkan Makcik Timah brek mengejut.
Adam dan Haikal mengurut dada mereka, Hud memandu kereta Axia Ini seperti sedang memandu kereta formula one. Bagai nak tercabut jantung mereka kerana terkejut saat Hud memintas kereta Makcik Timah ini.
"Pakai topeng dan bawa lipas tu." Arah Hud tegas sebelum melangkah keluar daripada kereta.
Adam dan Haikal yang telah bersedia memakai topeng, melangkah keluar daripada kereta mengekori Hud menuju ke kereta Makcik Timah.
"Kauorang ni siapa? Ha?!" Tanya Makcik Timah gelisah apabila melihat tiga orang lelaki bertopeng berdiri di tepi pintu keretanya.
"Aku nak kau mengaku kau yang fitnah Huda." Arah Hud tegas, di tangannya telah bersedia dengan satu plastik kecil lipas.
"Bila masa aku fitnah Huda perempuan tu memang jahat. Dasar perempuan jalang." Ujar Makcik Timah sinis, dia tak akan mengaku tentang kejahatannya.
"Kau degil kan?" Hud meletak due ekor lipas hidup di atas riba Makcik Timah.
"Arghhh!! Lipas!! " Jerit Makcik Timah ketakutan, dia menolak lipas tu ke bawah kerusi.
"Kau ingat aku takut lipas ke? Aku tak takut la." Ujar Makcik Timah nada suara kasar, dia ketakutan sebenarnya apabila melihat lipas berkeliaran di dalam keretanya.
"Kau still tak nak mengaku? Okay tak apa." Kata Hud Sinis dia menuang satu bag plastik yang di penuhi liaps hidup di atas riba Makcik Timah.
"Arghhh!!! Arghhh!!! Aku geli!!! Tolong la bagi aku keluar daripada kereta ni!!" Jerita Makcik Timah menjerit ketakutan, dia ingi keluar daripada kereta tetapi tiga orang lelaki bertopeng ini menghalang pintu keretanya sehingga dia tak boleh keluar daripada kereta ini. Lipas berkeliaran di atas ribanya membuatkan dia berasa ingin pengsan.
"Aku mengaku, aku fitnah Huda sebab aku dengki dengan dia. Aku fitnah dia pada orang kampung dan Cikgu Sulaiman. Huda baik aku yang jahat sebab fitnah dia." Kata Makcik Timah ketakutan dia menepis lipas yang datang mendekatinya. Dia menangis teresak-esak di dalam kereta ini.
"Kau buat atas arahan siapa?"
"Tak ada arahan sesiapa, aku yang nak fitnah Huda sebab dengki sebab nasi lemak Huda laku daripada nasi lemak aku dan dengki dia ingin berkahwin dengan Faizal." Kata Makcik Timah sambil menangis, dia tak boleh mengaku atas arahan Amira kerana nanti dia akan di bunuh oleh gadis itu.
"Okay dah rakam." Kata Adam setelah selesai merakam pengakuan Makcik Timah dan di hantar ke dalam group whatsapp serta di dalam media social supaya video ini viral.
YOU ARE READING
AKU UNTUK DIA|MUHAMMAD HUD (C)
RomanceAKU UNTUK DIA|MUHAMMAD HUD Jika dia permaisuri, aku panglimanya♥️ Bagi Leftenan komander Muhammad Hud Mencintai Huda Dahlia ialah kewajipanya. ❗️Cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun sudah meninggal dunia ❗️Cerita ini 100% has...