21

30.6K 1.1K 118
                                    

Tiba-tiba sebuah kereta proton X70 berhenti mengejut di tengah jalan raya nerdekatan dengan Huda yang sedang terbaring di atas jalan tar ini. Seorang lelaki keluar daripada kereta dan berlari ke arah Huda yang terbaring di tepi jalan.

Kelam kabut makcik Timah dan Limah masuk ke dalam kereta apabila ada sebuah kereta berhenti di tengah jalan raya ini, mesti mahu membantu Huda. Timah memecut laju keretanya kerana ketakutan di bawa ke balai poils. Dia tidak mahu tidur di dalam lokap.

"Ya Allah, cinta kenapa ni? Apa dah jadi ni?" Tanya Hud gelisah sambil membantu Huda untuk bangun. Huda memeluk erat tubuh Hud, dia membenam wajahnya pada dada sasa Hud sambil menangis teresak-esak.

Hud membalas pelukan Huda, dia mengucup lama kepala Huda. Semakin erat pelukan Hud apabila mendengar tangisan Huda semakin kuat.

"Apa dosa saya sampai mereka sanggup hina, caci saya macam ni? Kenapa hidup saya macam ni? Saya tak kuat menghadapi dugaan ini, Hud." Huda memandang tepat ke wajah Hud, air mata tidak berhenti mengalir daripada tadi.

Hud mengelap air mata Huda yang mengalir dengan jari jemarinya, dia tak sangka Huda menderita saat dia tiada disisinya. Siapakah yang kejam menabur fitnah itu? Sehingga isterinya disakiti seperti ini.

"Allah tak akan meletak sesuatu ujian yang berat pada hambaNya melebihi had kemampuan mereka. Allah tahu cinta mampu menghadapi dugaan ini, sebab itu ia ini diturunkan pada cinta dan abang akan temani cinta hadapinya. Abang akan sentiasa ada untuk cinta." Ujar Hud cuba menenangkan perasaan Huda saat ini, dia mengucup ubun-ubun Huda.

"Jangan menangis lagi, abangkan dah ada dekat depan cinta. Abang akan ubati setiap kesakitan, cinta." Kata Hud bersungguh-sungguh tangan Huda di kucup lama.

Huda merenung lama wajah Hud, kesakitan yang di alami tadi tiba-tiba hilang entah ke mana saat Hud muncul di hadapannya. Apakah jampi lelaki ini pakai? Sehingga dia berasa sangat tenang apabila di sampingnya.

Hud memandang ke arah gerai Huda yang bersepah itu, dia melepaskan keluhan kasar. Sakit hatinya melihat kekejaman itu. Dia akan pastikan orang yang mengfitnah Huda akan mendapat balasan daripadanya.

"Cinta masuk ke dalam kereta dulu, abang nak kemas apa yang patut." Kata Hud sambil membuka pintu kereta untuk Huda, dia perlu mengalihkan kereta yang dia parking di tengah jalan raya ini.

"For you, bunga dahlia untuk Huda Dahlia." Huda terkejut melihat tiga kuntum bunga dahlia yang Hud hulur kepadanya sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kereta. Dia sangat menyukai bunga ini, sebak Huda melihat bunga dahlia yang cantik ini.

"Terima kasih, cantik bunga ni. Saya suka." Huda mencium lama bunga dahlia segar yang wangi ini.

"Cinta suka abang tak?" Tanya Hud cuba meneka hati Huda, dia berharap di dalam hati Huda ada namanya.

"Berikan saya masa untuk mengenali awak. Maaf Hud saya perlukan masa." Balas Huda, perasaannya bercampur baur saat ini, apa yang diceritakan Amirah semalam membuatkan Huda sukar membuka hati untuk Hud kerana dia takut Hud hanya kasihani dirinya saja bukan benar-benar cinta.

Hud mengukir senyuman mendengar kata-kata Huda, dia akan sabar menanti isteri kesayangannya ini.

"Take your time, cinta." Kata Hud sambil mengucup tangan Huda. Tak lama kemudian dia melangkah keluar daripada kereta ini untuk mengemas apa yang patut di gerai Huda.

Hud mencekak pinggang melihat kekejaman telah mereka lakukan kepada Huda. Dia tekad mahu mencari seseorang mulut puaka yang telah menyakiti hati isterinya itu.

Setelah selesai mengemas di gerai Huda, Hud mula perasan sesuatu. Mana motorsikal Huda? Dia hanya nampak ada kereta sorong buruk di sini. Hatinya mula berasa ada sesuatu tak kena yang berlaku pada isterinya itu.

AKU UNTUK DIA|MUHAMMAD HUD (C)Where stories live. Discover now