20

31.1K 1.1K 138
                                    

"This is Alpha leader. Ship is secure, all hostage safe, one suspect missing." Suara Hud di tengah-tengah deck Kapal IR 67 mengejutkan Lan, Yeap dan Dos. Mereka pantas memandang Bilal dan Burn yang sedang ketawa sambil naik ke atas kapal.

"Kurang ajar kau kan. Tipu kita orang." Ujar Yeap geram dengan Bilal dan Burn kerana tidak menipu mereka tidak menjumpai Hud.

"Mana ada tipu, tak cakap pun Tuan Hud hilang. Dia kan Shark mestilah hebat dalam laut, tetapi masa kitaorang jumpa dia, dia pengsan. Nasib baik cepat sedarkan dia, bila sedar je dia terus je naik ke atas kapal ikut arah lain." Ujar Bilal menceritakan detik mereka menjumpai Hud pengsan akibat daripada kecederaan dia yang agak serius itu.

"Lemah semngat aku ingat dia hilang. Kalau tak habis la kita nak kena jawab Leftenan kesayangan Tuan Rashid hilang." Kata Dos gelisah mengenangkan jika Hud betul-betul hilang di dalam lautan. Habis mereka semua kena marah dengan Komander Rashid.

Komander Rashid mundar mandir di atas deck kapal Bunga Mas 5 sambil memandang ke arah Lan, Bilal, Yeap, Burn dan Dos.

"Macam mana boleh terlepas ni?" Tanya Komander Rashid dengan nada suara agak serius.

"Selepas dia baling smoke grenade ke arah kami dia terus menghilangkan diri." Balas Bilal

"Sepatutnya kamu PASKAL tak akan terkesan dengan smoke grenade tu. Tak akan nak harapkan Alpha leader kamu saja!" Marah Komander Rashid, sambil melihat ke arah Hud yang sedang menerima rawatan. Doktor menasihati supaya Hud berehat untuk beberapa minggu jika di teruskan juga takut kecederaannya semakin teruk.

"Tetapi kami berjaya tangkap Rangga, lagi satu Tuan lelaki bertopeng tu hebat la macam bekas komando." Kata Yeap cuba menenangkan hati Komander Rashid yang sedang marah.

"Nasib baik kamu bawa balik si Rangga kalau tidak semua saya hukum bersihkan kapal malam ni." Kata Komander Rashid tegas. Nasib la mereka ada bawa balik lanun yang dikehendaki, cuma lelaki misteri itu sukar untuk di kenal pasti.

"Pihak atasan meminta kamu berpatah balik ke Malaysia untuk proses penyembuhan kamu, kerana beberapa bulan lagi kita akan pergi berperang." Kata Komander Rashid kepada Hud yang sedang menerima rawatan pada pehanya yang koyak akibat tikaman lelaki misteri itu.

"Baik Tuan. Saya akan berehat secukupnya untuk menghadapi perang yang lebih besar." Jawab Hud bersungguh-sungguh. Wajah Huda terbayang-bayang di fikirannya saat ini.

Huda menyusun bekas yang berisi sambal nasi lemak ke dalam kereta sorong buruk ini. Dia mengikat dengan kemas supaya tidak ada yang tertumpah.

"Betul ke kamu nak pergi meniaga dengan menolak benda ni?" Tanya Nek Jah yang sedang memerhati Huda menyusun barang di dalam kereta sorong itu.

"Betul la nek, tak jauh pun 500 meter je. Lagipun Huda nak naik apa lagi? Ini saja yang ada. Huda gerak dulu ya nek." Ujar Huda sambil tunduk bersalaman dengan neneknya , tangan wanita ini di kucup dengan penuh kasih sayang.

Huda menolak pelahan-lahan kereta sorong ini meninggalkan perkarangan rumah Tok Aki untuk meniaga nasi lemak di gerainya yang terletak di hadapan Sekolah Kebangsaan Seri Chempaka. Huda mengesat peluh yang mengalir, sesekali dia berhenti kerana kepenatan. Huda menarik nafas lega apabila dia sampai juga di gerai nasi lemaknya. Dia mengemas dedaun yang berteraburan, kemudian dia menyusun beberapa bekas sambal nasi lemak di atas meja.

"Assalamualaikum.. Makcik nak nasi lemak apa?" Tanya Huda ramah apabila muncul dua orang wanita di hadapannya.

"Aku nak tengok apa perempuan murahan ni letak dalam nasi lemak dia sampai lelaki aku suka sangat tu. Aku dengar cerita kau letak ubat guna-guna untuk sedapkan nasi lemak kau." Ujar Makcik Limah sinis, dia sakit hati apabila suaminya kerap memuji nasi lemak Huda sedap daripada yang lain. Apabila di siasat rupanya ada letak benda bukan-bukan.

"Muka baik tetapi perangai. Teruk, bukan setakat perempuan murah tetapi hati kotor." Kat Makcik Timah pula sambil tangannya membuka semua penutup sambal dan di campak ke atas tanah.

Huda tergamam mendengar kata-kata wanita di hadapannya ini, dia tak pernah pun melakukan perkara syirik itu.

"Sumpah makcik saya tak pernah pun ambil benda syirik tu, saya berniaga ikhlas. Semua yang makcik dengar tu fitnah, saya tak buat perkara macam tu. Makcik jangan la hina saya macam tu saya ada maruah diri lagi." Ujar Huda bersungguh-sungguh sambil mengesat air mata yang mengalir. Sakit perasaannya apabila di hina seperti ini.

" Orang kalau buat jahat mana nak mengaku. Kalau tak ada angin manakan pokok bergoyang, aku dengar cerita kau ni daripada sumber yang paling rapat dengan kau tahu tak. Banyak sangat cerita buruk aku dengar pasal kau ni, kalau la anak si Jamilah tu jadi kahwin dengan kau mesti kami tak tahu kau ni perempuan jalang sebenarnya!!" Herdik Makcik Limah sambil terbalikkan bekas yang berisi telur goreng.

"Makcik! Cakap la apa makcik nak cakap tetapi jangan nak usik barang- barang saya. Saya dah penat kena hina, caci." Ujar Huda sambil mengutip telur goreng yang berterabur di atas tanah, menangis teresak-esak Huda mengenangkan kena buang semua telur ini.

"Timah dia marah kita la. Berani kau melawan orang tua kan?!" Tengkin Timah sambil menunjal kepala Huda. Kemudian dia mengambil bekas sambal kerang dan di buang ke atas tanah

"Makcik!!! Jangan la buat makanan macam ni." Marah Huda sambil menarik tangan Makcik Timah daripada terus membuang sambal kerangnya tetapi tubuhnya di tolak kasar hingga jatuh ke atas tanah. Berdarah tapak tangan Huda akibat terkena kaca halus yang ada di atas tanah ini.

"Perempuan murah macam kau tak layak berniaga! Semua makanan ni ada hantu kena buang supaya orang kampung tak kena jampi kau!" Jerkah Limah sambil menolak semua bekas sambal nasi lemak Huda jatuh ke atas tanah sehingga tiada satu pun.

" Apa dosa saya dengan makcik sampai buat saya macam ni! Kenapa mesti nak buang makanan yang tak bersalah ni. Kalau marah saya pukul saya bukan buang makanan ini semua!" Tegas Huda yang sedih melihat sambal nasi lemak yang dia masak sejak pukul 4 pagi berterabur di atas tanah.

Pang! Satu penampar hinggap di pipi kanan Huda, kemudian di pipi kiri Huda pula. Huda terkedu, pedihnya pipinya saat ini.

"Dosa kau pada aku ialah kau jampi suami aku menggunakan nasi lemak kau ni. Makanan kotor macam ni tak layak ada dekat kampung ni!" Kata makcik Limah dengan nada suara yang tinggi, sakit telinganya mendengar Huda guna pelaris untuk sedapkan nasi lemaknya, apabila suami memuji nasi lemak Huda dia semakin sakit hati.

"Sumpah demi Allah saya tak pernah pun buat semua itu. Semuanya fitnah!! Saya tahu saya miskin tetapi saya ada agama lagi. saya tak akan membuat benda syirik itu." Ujar Huda bersungguh- sungguh sambil menangis mengharapkan makcik Limah dan Timah mempercayainya.

"Kau jangan nak berlakon baik dan suci hakikatnya kau tu kotor. Kau tu tak layak tau duduk dekat kampung ni,dasar perempuan jalang! Nak pikat suami orang dengan nasi lemak kotor!" Kata makcik Timah sambil menolak kasar tubuh Huda sehingga jatuh ke atas jalan tar yang agak panas ini. Berdarah lagi tapak tangan Huda, menangis teresak-esak Huda saat in

"Aku bagi amaran jangan berani kau jual nasi lemak lagi. Ini balasan sebab kau sibuk nak mengorat suami aku, aku benci penyondol macam kau." Ujar Makcik Timah kasar sambil menyepak belakang Huda berkali-kali. Limah turut membantu Timah memukul Huda.

"Sakit makcik.. sakit.. sakit.." Meraung Huda kesakitan akibat belakangnya di sepak oleh dua orang wanita ini. Mereka tidak memperduli rayuan dan tangisan Huda, mereka menyepak Huda berkali-kali tanpa belas kasihan.

Beberapa kenderaan yang lalu langsung tidak berhenti membantunya. Dia sangat berharap ada seseorang muncul untuk membantunya saat ini.

"Muhammad Hud.. balik la cepat.. saya dah tak larat menahan kesakitan ni.." Rintih Huda saat menahan kesakitan akibat di sepak dua orang wanita ini, dia terbaring di atas jalan tar ini sambil menangis teresak-esak. Sakitnya hanya Allah yang tahu.

AKU UNTUK DIA|MUHAMMAD HUD (C)Where stories live. Discover now