Huda duduk di atas pangkin sambil mendongak memandang ke langit, bulan purnama cantik menghiasi langit malam. Kejadian siang tadi betul-betul menguji iman dan kesabarannnya, jika Hud ada pasti dia tak akan terseksa seperti itu.
"Muhammad Hud." Entah kenapa dia menyebut nama lelaki itu, dia keliru saat ini. Kekadang dia berasa sangat merindui lelaki itu kekadang berasa menyampah dengan mamat miang tu.
Sebuah kereta perodua Myvi memberhenti di perkarangan rumah Tok Aki. Kereta siapa pula tu? Berkerut dahi Huda memandang ke arah kereta itu.
"Hai..Lama tak nampak kau berniaga nasi lemak, dah berhenti meniaga ke sejak berkahwin dengan abang army." Tegur Amirah sambil melangkah mendekati Huda.
"Aku tak sihat la, esok baru nak mula berniaga. Cantik kereta, baru beli ke?" Tanya Huda berminat dengan kereta baru Amirah.
"Orang hadiah kan. Pakwe aku hadiahkan pada aku, dia pun tentera macam Hud. Dia kenal tau Hud tu, dia ada la cerita pasal Hud tu. Tapi aku serba salah la nak cerita pada kau." Ujar Amira menceritakan tentang kekasih rekaannya itu.
"Sejak bila kau ada pakwe? Tak cerita dekat aku pun. Pakwe kau cerita apa pasal Hud?" Perasaan ingin tahu Huda membuak-buak saat ini, apakah cerita yang di maksudkan oleh Amirah?
"Pakwe aku pangkat biasa je tak macam suami kau. Hmm..Tak nak la cerita, nanti suami kau kata aku ni mulut longkang sebab pecahkan rahsia dia. Mana suami kau?" Tanya Amirah mencari susuk tubuh tentera kacak itu, kereta dia tiada di depan rumah. Bermakna lelaki itu mesti tiada di rumah.
"Dia pergi berlayar dua tiga bulan. Cepat la cerita rahsia apa yang aku tak tahu ni?" Merengek Huda ingin tahu cerita yang dimaksudkan Amirah itu.
"Kalau aku cerita ini kau jangan terkejut pula. Sebelum kau tangkap cintan dengan dia, kau kena tahu perangai dia yang sebenar. Pakwe aku tu cakap Hud ni kaki perempuan, selepas dia melafazkan cinta dekat perempuan dan mereka terima. Dia akan tinggalkan perempuan tu terkontang kanting. Tetapi tu dulu la, mungkin sekarang dia dah berubah." Ujar Amirah sambil memeluk bahu Huda. Dia mengukir senyuman sinis melihat riak wajah Huda yang berubah saat mendengar ceritanya. Dia tak akan membenarkan Huda hidup bahagia. Selagi boleh menjatuhkan Huda dia akan membuat sehingga Huda jatuh tak boleh bangun kembali.
Huda tergamam mendengar kata-kata Amirah patutlah lelaki itu miang semacam, rupanya dia dah biasa melakukannya pada semua perempuan. Huda berasa dia tidak patut meletak harapan yang tinggi pada lelaki itu.
"Aku sebagai kawan kau aku tak nak kau terluka lagi. Kau dengan Faizal macam mana? Dah settle ke masalah kauorang berdua?" Sekarang ni rancangan Amira adalah menyatukan Huda dan Faizal, kemudian memisahkan Huda dan Hud.
"Aku dah tak ada apa-apa dengan Faizal. Aku kena teruskan kehidupan aku dengan Hud, walaupun kekadang aku rasa terpaksa." Ujar Huda sayu, mengenangkan dikelilingi lelaki yang hanya mahu mempermainkan perasaannya saja.
"Kalau kau tak sanggup hidup dengan Hud minta je cerai, aku rasa dia akan senang melepaskan kau sebab kauorang berdua kan kahwin paksa je. Betul tak?" Kata Amirah sengaja mahu menjadi 'Syaitan' meruntuhkan rumah tangga Huda. Baginya Huda memang mudah termakan hasutannya kerana hanya dia saja yang mahu bersahabat dengan perempuan miskin ini.
Huda hanya membisu mendengar kata-kata Amirah, tidak pernah terlintas di fikirannya dia mahu meminta cerai pada Hud. Tetapi dia harus bersedia jika lelaki itu yang akan meninggalkannya kerana dia bukan lah sesiapa yang istimewa untuknya.
Kapal Bunga Mas 5 sudah pun melepasi sempadan Sabah - Filipina. Hud berdiri di dek kapal sambil melihat bulan purnama di hadapannya, dia meletak tapak tangan pada dadanya. Dia tak pasti kenapa perasaannya berdebar saat ini. Perasaan rindu pada Huda juga tiba-tiba menjadi sangat dalam.
YOU ARE READING
AKU UNTUK DIA|MUHAMMAD HUD (C)
RomanceAKU UNTUK DIA|MUHAMMAD HUD Jika dia permaisuri, aku panglimanya♥️ Bagi Leftenan komander Muhammad Hud Mencintai Huda Dahlia ialah kewajipanya. ❗️Cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun sudah meninggal dunia ❗️Cerita ini 100% has...