Hud melangkah keluar daripada kereta dan menuju ke pintu di sebelah Huda. Dia membuka pintu kereta untuk isterinya, tetapi wanita itu masih tidak keluar daripada kereta malah memandang wajahnya lama.
"Awak kata nak pergi kedai? Kenapa kita ke rumah nenek pula? Nenek suruh saya tidur rumah awak la." Kata Huda yang masih kaku di dalam kereta.
"Tadi kita dah pergi kedai, selepas pergi ke kedai kita balik sini. Sebab saya nak ajak awak tidur sini, saya nak makan nasi lemak sotong campur paru." Ujar Hud sambil mengenyit mata kepada Huda dan terukir senyuman di bibirnya.
Huda mengetap bibir mendengar kata-kata Hud, lelaki ini ada niat tersembunyi rupanya.
"Bilik saya kecil tau. Lepas tu tak ada katil hanya ada tilam nipis je, kenapa tak tidur rumah awak yang selesa tu? Kenapa awak nak juga tidur rumah atok yang kecil ni? Nanti awak tak selesa." Bebel Huda, dia sebenarnya tidak mahu tidur di rumah nenek kerana biliknya kecil, mesti nanti dia kena tidur rapat dengan Hud. Dia tidak bersedia untuk itu.
"Kesayangan abang lupa ke yang abang ni tentera. Apa la sangat setakat tidur bilik kecil dan tilam nipis tu. Sedangkan atas batu dalam air pun abang pernah tidur. Jom kita masuk ke dalam rumah." Ajak Hud sambil menghulur tangan kepada Huda.
Huda lupa yang dia berkahwin dengan tentera, setakat tidur di rumah atok ni tak mencabar baginya. Huda menyambut tangan Hud, dia menggenggam erat tangan suaminya ini.
Tiba-tiba sebuah kereta lamborgini berhenti perkarangan rumah atok ini. Hud dan Huda terkejut melihat Faizal keluar daripada kereta itu. Huda melangkah laju ke arah Faizal.
Pang! Satu penampar hinggap di pipi lelaki itu, puas hatinya dapat menampar muka Faizal.
"Apa salah saya sampai awak sanggup buat saya macam ni, Faizal Asyraf?!" Tanya Huda dengan nada suara yang marah.
Hud mendekati Huda yang sedang naik hantu itu, kalau di biarkan boleh terbang kereta lamborgini Faizal.
"Saya memang nak berkahwin dengan awak tetapi mama tak bagi saya datang. Kalau saya bernikah juga mama akan isytihar saya anak derhaka. Huda tolong la maafkan saya. Jom kita kahwin lari." Ujar Faizal merayu kepada Huda bersungguh-sungguh.
Huda tergamam mendengar kata-kata Faizal, nampaknya lelaki ini tidak tahu yang dia sudah berkahwin dengan Hud.
"Semasa dia di hina mak kau, mana kau pergi? Untuk pengetahuan Huda Dahlia adalah isteri aku, Dia hak milik aku." Kata Hud nada suara serius sambil berdiri di hadapan Faizal, dia merenung tajam ke arah lelaki ini.
Tiba-tiba satu penumbuk hinggap di tepi bibir Hud.
"Kau ni kawan tak guna tahu tak?! Kawan makan kawan. Manusia jenis apa kau ni!" Jerkah Faizal.
Hud ingin membalas menumbuk Faizal tetapi Huda menghalang dia berdiri di hadapan Hud.
"Jangan tumbuk dia." Ujar Huda sambil mendepa tangannya. Dia risau jika Hud menumbuk Faizal, boleh cedera parah lelaki ini.
Hud mendengus kasar melihat Huda menghalang dia daripada menumbuk lelaki tak guna ini.
"Aku berkahwin dengan dia sebab menyelamatkan maruah dia yang kau permainkan! Aku tak akan khianat kawan sendiri kalau kau tak mulakan dulu." Kata Hud nada suaranya meninggi.
Huda terkejut mendengar kata-kata Hud, jadi betul la lelaki ini berkahwin dengannya hanya kerana perasaan kasihan.
"Apa sekali pun alasan kau, kau tak patut berkahwin dengan dia! Kau patut nasihat kan aku yang sedang keliru sebab tak tahu nak buat apa semasa terima cerita buruk tentang Huda. Bukan kau berkahwin dengan dia!" Marah Faizal ingin menumbuk Hud lagi, tetapi di halanh oleh Huda.
Berkerut dahi Hud mendengar kata-kata Faizal, buat apa dia nasihatkan penyangak ni baik dia berkahwin dengan gadis kesayangannya ini.
"saya tak sangka awak percaya fitnah yang orang lemparkan pada saya. Awak tahu tak perasaan saya sakit sangat semasa mama awak menghina maruah saya di hadapan orang ramai. Awak balik la, antara kita dah berakhir. Saya dah tak nak ada urusan dengan awak." Ujar Huda sebelum menyusun langkah meninggalkan Hud dan Faizal di situ. Huda mengesat air mata yang mengalir , dia perlu melupakan Faizal kerana kini dia ialah isteri kepada Muhammad Hud.
"Kau dah dengar kan apa Huda cakap. Balik la apa lagi, kau jangan berani nak kacau dia, sebab aku akan pastikan kau dan lanun kau tertangkap." Ujar Hud sambil mengukir senyuman sinis kepada Faizal.
"Berani kau ugut aku? Aku nak kau menceraikan Huda sekarang juga!" Arah Faizal dengan nada suara marah.
"Selagi aku bernyawa Huda hak milik aku, tiada sesiapa dibenarkan rampas dia daripada aku." Tegas Hud. Kemudian dia melangkah pergi meninggalkan Faizal yang sedang meroyan ini. Malas dia mahu melayan mamat yang kurang kasih sayang ini.
Hud mendekati Huda yang sedang membasuh pinggan di sinki. Dia memeluk isterinya daripada belakang dagunya di letak di atas bahu Huda.
Huda terkedu dengan perbuatan Hud.
"Awak, apa ni? Malu la atok dan nenek nampak nanti." Ujar Huda terkejut dengan perbuatan Hud. Dia meronta-ronta ingin lelaki itu melepaskannya.
"Biarlah atok dan nenek nak tengok. Baru la diaorang tahu cucu menantu dia ni romantik." Ujar Hud sambil menghadiahkan satu kucupan di pipi Huda.
Tergamam Huda dengan perangai mamat miang ni, dah la sesuka hati je peluk orang lepas tu cium pun sesuka hati dia je.
"Sesuka hati awak je kan? Cium saya. Bukan nak minta izin dulu" merungut Huda, geram dengan sikap selamba Hud.
"Kena minta izin ya? Abang nak cium cinta, boleh?" Sindir Hud, kemudian dia mencium pipi Huda berkali-kali sehingga wanita itu berasa rimas.
"Dah la tu Hud, awak ingat pipi saya ni apa nak cium tak berhenti." Marah Huda lagi apabila Hud mencium pipinya tanpa henti, dia malu jika atok dan nenek melihat adegan mereka ini.
"Esok kan abang nak pergi jauh, abang takut rindu terlalu dalam sebab tu abang nak cium cinta non stop." Ujar Hud sambil memeluk erat tubuh Huda daripada belakang. Dia tidak tahu kerinduan apa yang akan dia alami nanti.
Huda sebak mendengar kata-kata Hud, esok dia akan hidup tanpa lelaki ini di sisi. Dia kena kuat menghadapi dugaan sendirian, penyelamatnya tiada untuk membantunya.
Faizal memukul stereng keretanya sekuat hati, dia tidak puas hati apabila Hud berani mengugutnya. Berani betul lelaki itu bermain dengan api, Faizal mendail nombor telefon seseorang.
"Hello, bila kita nak mulakan rancangan kita ni? Aku tak sabar nak hapuskan Laftenan komander yang belagak tu." Ujar Faizal kepada seseorang.
"Sikit je lagi, rancangan terbesar kita akan terlaksana. Kau jangan risau kali ini dia tak akan selamat." Kata lelaki di hujung talian
"Haish aku tak sabar nak tengok kubur dia ni, aku nak tabur bunga tahi ayam atas kubur dia." Ujar Faizal sambil ketawa besar.
Lelaki itu turut ketawa besar mendengar kata-kata Faizal.
"Kali ini pertukaran kita adalah Mudi, kita kena pastikan mereka pulangkan Mudi kita." Ujar lelaki yang menjadi dalang utama kepada rancangan terbesar mereka.
"Betul tu kita dapatkan balik Mudi, harap Mudi tak bocorkan rahsia kita." Kata Faizal yang risau rahsia mereka di bocor oleh Mudi.
"Aku percaya Mudi tu, kali ini kita tak akan gagal. Kita akan dapat semua yang kita nak, kapal, Hud dan duit." Ujar lelaki misteri si hujung talian ini . Dia tak sabar untuk meraih kekayaan berbillion itu.
Faizal mengukir senyuman sinis, dia tak sabar mahu memegang duit yang berjuta. Selepas itu dia akan mengelilingi dunia dan akan mencari perempuan cantik untuk menemaninya.
YOU ARE READING
AKU UNTUK DIA|MUHAMMAD HUD (C)
RomanceAKU UNTUK DIA|MUHAMMAD HUD Jika dia permaisuri, aku panglimanya♥️ Bagi Leftenan komander Muhammad Hud Mencintai Huda Dahlia ialah kewajipanya. ❗️Cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun sudah meninggal dunia ❗️Cerita ini 100% has...