Huda memandang sekeliling bilik Hud, dia di paksa oleh nenek untuk bermalam di sini. Aduhai nenek ini, dia dah la tengah berperang dengan mamat itu kena pula tidur sebilik dengannya. Huda kagum melihat bilik seorang lelaki sangat kemas dan teratur, dia melangkah mendekati meja tulis Hud. Replika kapal perang tersusun rapi di atas meja ini, ada juga replika kapal selam. Ada satu tag nama menarik perhatian Huda, MUHAMMAD HUD (Leftenan komander) bulat mata Huda membaca jawatan lelaki itu. Boleh tahan tinggi juga pangkat suaminya ini, eh? Jap. Kenapa tiba-tiba dia mengaku suami pula ni? Dia boleh terima Hud ke? Huda menggeleng kepala, dia tidak akan mudah menerima sesiapa saja di dalam hidupnya.
"Apa yang kesayangan abang tengok tu?" Suara garau itu mengejutkan Huda. Dia memusingkan badannya kebelakang, tergamam Huda melihat Hud hanya memakai tuala, lelaki itu pasti baru lepas mandi kerana keadaan badan yang lembab dan rambut yang basah.
"Kenapa tengok abang macam tu? Cinta terpikat ke?" Tanya Hud sambil kedua-dua tangannya memegang meja di belakang Huda dan membongkokkan badannya supaya sama tinggi dengan Huda.
Huda menelan air liur, dia sudah terperangkap. Dia memandang ke arah lain kerana berdebar melihat Hud tidak berbaju, aduhai eight pack lelaki itu sangat menggoda. Macam mana dia nak melarikan diri ni?
"Tak ada makna la saya nak terpikat, sejak bila awak bahasa kan diri abang ni? Dan sejak bila nama saya cinta?" Tanya Huda hairan apabila Hud tiba-tiba menukar gelaran diri dan memanggilnya dengan panggilan cinta.
"Sejak cinta menjadi isteri abang. Kesayangan abang tak nak mandi ke? Or nak abang mandi kan?" Tanya Hud sambil mengenyit mata kepada Huda. Sengaja dia mahu menyakat isterinya kerana dia suka melihat wajah Huda yang kegelisahan ini.
Tergamam Huda mendengar kata-kata Hud, lelaki ini sengaja mahu menakutkannya. Haish kenapa la dia terperangkap dalam hidup mamat gatal ini.
"Awak jangan gatal sangat boleh tak? Pergi la pakai baju, awak ingat seksi ke pakai macam ni." Ujar Huda gelisah apabila tubuh Hud yang terdedah ni semakin rapat dengannya.
"Tak seksi ke? Kalau macam tu abang take off my towel, supaya cinta nampak keseksian abang." Bisik Hud di telinga Huda.
Bulat mata Huda mendengar kata-kata Hud, laju tangannya memukul dada sasa lelaki ini. Huda menggigit lengan sasa Hud kerana terlalu geram, lalu Huda melarikan diri menuju ke bilik air, sempat dia menjulur lidah kepada Hud.
"Arghh! Sakit la, cinta." Merungut Hud menahan kesakitan apabila Huda menggigit lengannya.
Hud mengejar Huda, dia menangkap lengan isterinya itu dan menarik Huda rapat ke dadanya. Lalu pinggang Huda di peluk erat.
"Apa awak ni? Lepas la.. lepas la Muhammad Hud." Huda meronta-ronta ingin Hud melepaskan dirinya. Dada sasa lelaki itu di pukul berkali-kali.
"Abang akan lepaskan cinta tetapi cinta kena cium pipi abang dulu." Ujar Hud sambil mengukir senyuman nakal kepada Huda.
Huda mengetap bibir dan mengecilkan mata apabila mendengar kata-kata Hud, Lelaki ini memang sangat miang dan suka mengambil kesempatan.
"Kalau saya tak nak cium awak?"
"Abang cium cinta, tapi bukan cium dekat bibir je tetapi seluruh badan." Balas Hud sambil mengenyit mata kepada Huda.
Bulat mata Huda mendengar kata-kata Hud. Haish lelaki ini kan memang tertelan ulat bulu la. Dia punya gatal dah tahap maximum.
"Yela saya cium pipi awak tetapi awak kena pejam mata.." Kata Huda meletak syarat jika Hud mahu dia mencium pipi lelaki itu.
"Okay, abang pejam mata." Kata Hud sambil memejamkan matanya, dia menunggu Huda mencium pipinya.
YOU ARE READING
AKU UNTUK DIA|MUHAMMAD HUD (C)
RomanceAKU UNTUK DIA|MUHAMMAD HUD Jika dia permaisuri, aku panglimanya♥️ Bagi Leftenan komander Muhammad Hud Mencintai Huda Dahlia ialah kewajipanya. ❗️Cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun sudah meninggal dunia ❗️Cerita ini 100% has...