Hari yang dinantikan telah tiba, bergetar jantung Huda melangkah masuk ke dalam Masjid Al- Salam, dia mengenakan dress berwarna putih dan veil di atas kepala sambil memegang bunga tangan. Huda jalan seiring dengan neneknya sambil mempimpin tangan wanita ini. Kemudian dia duduk di atas bantal pengantin yang disediakan untuknya.
"Cantik la kawan aku hari ni." Kata Amirah sambil membetulkan veil yang di pakai Huda.
"Aku takut la." Ujar Huda sambil memegang erat tangan Amirah, bergetar jantungnya menanti ketibaan Faizal dan keluarganya.
"Eleh, takut ke suka? Kau suka kan?" Huda ketawa mendengar kata-kata Amirah. Mestilah dia suka kerana akan bernikah dengan orang yang dia sayang.
Beberapa orang tetamu hadir untuk memeriahkan lagi majlis pernikahannya ini. Atok telah bersedia di sebelah tok kadi untuk menikahkannya, hanya Faizal dan keluarganya yang masih belum muncul.
"Assalamualaikum.. Selamat pengantin baru Huda. Makcik ni Ibu Hud, nenek Huda minta makcik temankan Huda di sini katanya supaya ada aura keibuan." Kata Puan Rohaya sambil duduk di sebelah Nek Jah, dia dan Huda bersalaman. Cantik dan berbudi bahasa gadis ini. Patutlah Hud sayang, tetapi kasihan anaknya itu kerana wanita yang dia sayang ini akan bernikah dengan kawan baiknya.
"Terima kasih makcik sebab sudi datang. Hud mana?" Tanya Huda mencari susuk tubuh lelaki itu. Dia memandang ke arah tempat duduk golongan lelaki, tetapi dia tidak nampak susuk tubuh lelaki bernama Hud. Dia tidak pasti kenapa dia berasa sebak saat teringat lelaki itu.
"Sekejap lagi ada la tu, mungkin lambat kot." Balas Puan Rohaya, hakikatnya dia tidak tahu sama ada anaknya itu akan datang sini ataupun tidak. Kuat ke hati Hud untuk melihat wanita yang dia cinta bernikah dengan lelaki lain? Kalau dia tak kuat untuk menghadapinya.
"Siapa Hud?" Tanya Amirah berminat dengan lelaki bernama Hud. Kenapa entah jiwanya bergetar mendengar nama tiga huruf itu. Sakit hati dia bila ramai lelaki mahu mendekati Huda, dia harap Hud hanya lelaki biasa tidak sehebat Faizal. Amirah berasa seperti pernah mendengar nama itu, tetapi di mana?
"Anak makcik tu la, aku dengan dia kawan biasa je." Jawab Huda, dia hanya anggap lelaki itu kawan biasa walaupun lelaki itu kerap menjadi penyelamatnya.
Berdebar perasaan Huda apabila melihat susuk tubuh mama Faizal melangkah masuk ke dalam masjid ini, tetapi kenapa wanita itu sendirian? Mana Faizal dan juga keluarganya yang lain?
"Saya datang sini bukan la untuk meraikan pernikahan ini tetapi nak membatalkannya kerana saya tak nak bermenantukan perempuan yang tak bermaruah dan dah tak suci tu.!" Herdik Jamilah iaitu mama kepada Faizal Asyraf.
Terkedu Huda mendengar kata-kata mama Faizal dia bingkas bangun daripada tempat duduknya. Menitis air matanya apabila maruahnya dipersendakan.
"Makcik jangan nak fitnah saya! Saya masih ada maruah diri dan masih ada kehormatan lagi. Kalau makcik nak batalkan pernikahan ni saya boleh terima tetapi jangan hina maruah saya di hadapan semua orang." Marah Huda tetapi di masih menjaga nada suaranya supaya tidak terlalu tinggi, dia masih ada perasaan hormat pada wanita ini.
"Dekat mana maruah kau? Dekat kaki? Orang kalau dah buat salah mana nak mengaku, kau ingat aku tak tahu ke kau dah pernah tidur dengan ramai lelaki! Lepas tu nak menjadikan anak aku pak sanggup, betul tak? Perempuan kotor, hina dan jijik macam kau ni tak layak untuk anak aku!!" Ujar Jamilah dengan nada suara yang kasar.
Beberapa orang tetamu di dalam masjid ini memandang Jamilah dan Huda silih berganti. Mereka berbisik sesama mereka.
"Saya bukan perempuan macam tu. Semua tu fitnah! Saya berani bersumpah semua itu fitnah." Ujar Huda sambil menangis teresak-esak, Huda menoleh memandang neneknya yang menangis sambil bersandar pada bahu Puan Rohaya. Sakitnya perasaannya di hina di hadapan semua orang.
YOU ARE READING
AKU UNTUK DIA|MUHAMMAD HUD (C)
RomanceAKU UNTUK DIA|MUHAMMAD HUD Jika dia permaisuri, aku panglimanya♥️ Bagi Leftenan komander Muhammad Hud Mencintai Huda Dahlia ialah kewajipanya. ❗️Cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun sudah meninggal dunia ❗️Cerita ini 100% has...