BAB 20

5.8K 299 27
                                    

AMSYAR menyarungkan kasut roda ke kaki Ammara apabila dia melihat Ammara hanya memegang kasut roda tersebut tanpa ada sebarang niat untuk memakainya. Setelah siap dia memakaikan Ammara kini giliran dirinya.

"Boleh berdiri tak?" soal Amsyar.

Ammara menggeleng kerana ini kali pertama dia memakai kasut roda dan akan bermain. Risau juga takut jatuh tersungkur di jalan nanti. Amsyar menghulurkan tangan dan Ammara menyambut.

"I will teach you. Slowly."

"Berjalan macam biasa tapi lutut ni rendahkan sedikit dan cuba berjalan perlahan-lahan. Abang tengok." Ajar Amsyar.

Ammara cuba ikut ajaran Amsyar dan untuk kali pertama dia jatuh tetapi itu tidak akan menunjukkan dia akan mengalah. Dia cuba dan tetap cuba.

Amsyar memegang tangan Ammara dan menunjukkan cara yang sesuai untuk berjalan menuggunakan kasut roda. Berkali-kali juga dia jatuh tetapi sebab dia tidak mudah mengalah dan dorongan dari Amsyar dia terus belajar dan tetap belajar sehingga dia boleh bermain kasut roda dengan baik.

"Cepat belajar dan tak pernah putus asa. This is I love about my lovely wife." Puji Amsyar lalu dia memegang tangan Ammara.

Mereka bermain kasut roda sekitar Putrajaya dan berhenti di hadapan jambatan untuk melihat pemandangan masjid Putra. Cantik sungguh reka bentuk masjid tersebut. Ammara hanya menikmati angin yang menampar wajahnya. Angin malam di Putrajaya sungguh nyaman sudahlah sunyi dan jauh dengan kesesakan lalu lintas.

Indah lagi bila berada di sisi Amsyar. Wajahnya di toleh ke tepi untuk melihat Amsyar. Bila dia lihat Amsyar boleh dia cakap dia sudah jatuh cinta dengan Amsyar.

"Know what this is my first time, saya main kasut roda." Kata Ammara.

Amsyar terus menoleh kepada sang isteri dan pandangan mereka tersabung antara satu sama lain.

"Tahu." Sepatah sahaja Amsyar berkata lalu membetulkan tudung Ammara yang sudah terselak di bahagian dada.

"Jom lumba siapa sampai dekat motor abang. Dia menang dan pemenang boleh minta apa sahaja yang dia suka." Kata Ammara teruja.

"Okey."

Dengan kiraan dari satu hingga tiga mereka berlumba untuk sampai ke Mahkamah Istana dimana tempat Amsyar memarkirkan motorsikalnya. Ammara bukan mudah mengalah dia berlari laju untuk ke sana.

Sampai di lampu merah bagi pejalan kaki mereka berhenti itu kalau teruskan juga mahu mencari maut. Ammara tiba-tiba mendapat satu idea yang boleh tahan lasak. Apabila lampu hijau Ammara berlari laju dia fikir dia boleh tinggalkan Amsyar di belakang tetapi dia silap kerana Amsyar sudah berada di sisinya siap kenyit mata.

Ada lagi satu lampu isyarat pejalan kaki sebelum mereka selamat sampai ke Mahkamah Istana lampu tersebut berwarna merah tetapi Ammara terus pergi tanpa hiraukan lampu tersebut.

Amsyar sehingga terkejut dengan tindakan mengejut Ammara sehingga terbeliak matanya.

"Ammara Qalisha are out of mind!" jerit Amsyar.

Ammara yang mendengar hanya menjelirkan lidah sekarang ini dia sudah menang dan dia boleh minta apa yang dia nak. Apabila melihat wajah Amsyar terus dia tersengih tidak bersalah. Dia tahu Amsyar sedang menahan marah. Ammara mencium pipi Amsyar sebagai tanda minta maaf.

"Abang bukakan kasut roda, boleh tak?" pinta Ammara dan mengerdipkan matanya.

Amsyar hanya menurut nak marah pun tiada guna. Dia bersyukur tiada kereta yang melintas kalau tidak dia tidak boleh bayang nasib isterinya.

Beauty ExistenceWhere stories live. Discover now