Gopal: Tambah garam sikit....lepas tu kita tambah lada hitam sikit....dan siap! Mushroom soup dengan garlic bread pertama di dunia ni! Yahoo!!
Tiba-tiba....
Iragan: Korang!!!!! Aku dah datang!!
Gopal: Erk!!?
Gopal buka pintu dan lihat Iragan yang datang ke rumah bersama Deomena. Iragan meletakkan badak dengan dua tanduk hitam dan ekor menyerupai belantan yang dibawanya untuk mereka di hadapan Gopal.
Gopal: Dey! Apasal kau bawak raksasa besar ni datang rumah kitorang!?!
Deomena: Iragan ni cakap dia nak datang sini lagi. Aku tak boleh biarkan dia datang seorang diri jadi aku teman dia.
Iragan: Kebetulan,kami nampak raksasa ni berkeliaran dalam hutan sekitar sini.
Gopal: Dan kau ingat ini akan jadi hadiah untuk kami?
Iragan: Lebih kurang....
Gopal memandang raksasa di hadapannya. Raksasa tu sama besar dengan sebuah bas dan kulitnya kertas menyerupai batu.
Gopal: Keras jugak kulit badak ni!
Deomena: Korang tengah buat sesuatu ke? Harap kami tak mengganggu korang....
Gopal: Hm? Taklah. Kami tengah bersedia nak ke ibu kota. Ada majlis penganugerahan sebab kalahkan Rock King.
Iragan: Nak ikut....?!
Deomena: Tak boleh!!
Iragan: Ceh....
Gopal: Kenapa kau nak datang? Kau bukannya ada urusan dengan diorang.
Iragan: Aku nak makan masakan kau lah! Aku rindu rasa ketam sebelum ni!!
Gopal: Itu je? Kejap ya....
Gopal masuk dalam rumah dan keluar semula dengan tong besi yang besar. Dia buka tong tu dan....
Iragan: *terliur* Wah~!!!
Gopal: Aku dah sediakan awal-awal selepas kau balik! Mana tahu kalau kau nak datang lagi ke?
Iragan: Terima kasih!!
Iragan peluk Gopal dan ambil tong berisi bebola ketam dan makan seorang diri.
Deomena: *facepalm* Budak ni!!! Maaflah kalau susahkan kau....
Gopal: Takpe! Aku tahu dia mesti suka masakan aku!
Deomena: Hm.....kau cakap kau nak ke ibu kota kan?
Gopal: *nod*.
Deomena: Aku ada nasihat nak bagi pada korang semua. Jangan terlalu percayakan sesiapa yang kau kenal. Walaupun kawan kau.
Gopal: Eh?
Deomena: Aku akan terangkan kalau aku ada masa. Mari! Kita balik!!!
Iragan: *dalam tong* Okey...!!!
Deomena angkat tong tu dan terbang balik ke Lembah Naga. Gopal memandang mereka berdua terbang pergi dan tengok badak raksasa di hadapan rumah.
Gopal: Dey!!!!!!
Deomena berada tinggi di udara, bersama Iragan yang sibuk makan bebola ketam.
Deomena: Kenapalah dengan kau ni? Gelojoh betul!!!
Iragan: Biarlah! Bukan selalu dapat makan makanan macam ni!
Deomena: "Menyesal aku bawak dia datang." Jadi? Kau ada hidu apa-apa dari dia?
Iragan keluar dari tong bersama bebola ketam di tangannya.
Iragan: Dia.....tak ada bau mana pada dia.
Deomena: Macam mana dengan yang lain?
Iragan: *geleng kepala* Bukan mereka je,seluruh rumah mereka tak ada bau mana. Pelik betul....
Deomena: Sebab mereka bukannya manusia biasa. Atau....patut ke aku cakap mereka bukannya dari dunia ni?
Iragan: Huh...?
Deomena: Mereka datang dari dunia mereka ke sini dengan kaedah yang tak diketahui. Aku tak tahu macam mana mereka buat.
Iragan: Jadi....adakah mereka musuh? Ataupun tidak?
Deomena: Aku tak pasti. Tapi kita kena berjaga-jaga dengan Rivanoa buat masa sekarang.
Mereka berdua terbang balik ke Lembah Naga dengan pantas.
SKIP TIME
Hari yang dinantikan telah tiba. BoBoiBoy dan kawan-kawan akan ke ibu kota bersama Mieruko dan Lily. Mereka semua berkumpul di hadapan Guild Pengembara,menunggu ketibaan kenderaan yang datang untuk bawa mereka ke ibu kota.
Mieruko: Saya tak dapat bersama kamu semua sebab saya ada urusan dengan Guild Pengembara di sana. Lily akan gantikan saya.
Lily: "Patutlah aku kena ikut sekali. Ingatkan dapat lari."
Gopal: Urm....kenapa kita tak pergi dengan kereta kuda guild je?
Mieruko: Pihak istana hantar pengangkutan terbaik mereka untuk kamu semua. Mereka takkan benarkan kamu nak kereta kuda biasa.
BoBoiBoy: Apa yang istimewa kenderaan kami ni?
Mieruko: *smirk* Tunggu dan lihat.
Seketika kemudian,kelihatan sebuah kenderaan bergerak masuk ke dalam bandar menuju ke Guild Pengembara. BoBoiBoy dan kawan-kawan ternganga melihat kenderaan yang datang untuk bawa mereka.
Gopal: Huh...!?!?!?!?!
Yaya: Seriuslah!?!
Kenderaan di hadapan mereka nampak macam kereta kuda. Tapi ia ada enjin di hadapannya dengan sejenis kristal besar sebagai sumber tenaga,tuil yang digunakan untuk menggerakkan kenderaan tersebut dan paip besi di belakang yang mengeluarkan asap semasa ia bergerak. Ada empat tayar di hadapan dan empat tayar di belakang.
Pemandu kereta kuda turun bersama tiga orang pengawal memakai baju perisai menyapa mereka dengan hormat.
Lily: *gulp* "Mesti mama yang hantar ni!!"
Ying: Haiya! Apa semua ni!?
Mieruko: Kenderaan paling canggih yang hanya dimiliki keluarga diraja. Goldstar Carriage hanya boleh digunakan atas keizinan pihak istana.
Fang: "Biar betul?"
BoBoiBoy: "Seriuslah kenderaan ni? Macam...."
BBB,G,Y,Y,F: "Kereta biasa je...??"
Lily dan Mieruko letak barangan mereka dalam kompartmen yang disediakan dan naik kenderaan tu. BoBoiBoy dan kawan-kawan naik Goldstar Carriage dan pengawal berbaju besi duduk di belakang. Kenderaan itu bergerak meninggalkan Themalt menuju ke ibu kota untuk majlis penganugerahan mereka.
Mieruko: Kenderaan ni boleh bergerak lebih laju dari kereta kuda biasa. Kita akan tiba di ibu kota lebih cepat dari yang dijangka.
BoBoiBoy melempar pandangan ke luar,melihat pemandangan di luar berubah seiring kelajuan kenderaan yang dinaikinya.
BoBoiBoy: "Ibu kota.....apa agaknya yang ada di sana?"
(Author: Author nak skip perjalanan mereka dan fokus pada K.Kaizo pulak.)
YOU ARE READING
BOBOIBOY: THE CROWNED KING
FanfictionBoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBoy: Apakah?!! Sebuah kemalangan menyebabkan BoBoiBoy dan kawan-kawan dihantar ke dunia lain. Dunia fa...
Ch47: Manners And Etiquette
Start from the beginning