3

37.8K 1.5K 120
                                    

"Ya Allah Ya Tuhan ku, sembilan tahun aku berdoa perkara yang sama supaya aku dijodohkan dan ditemukan dengan hamba MU yang bernama Huda Dahlia kerana aku yakin aku sangat mencintai dia. Ya Allah Ya Tuhan ku jika dia memang jodoh ku,Engkau mempermudahkan la urusan pertemuan aku dan dia dengan apa pun cara yang terbaik bagi MU dan saat itu Engkau letakkan la rasa cinta di dalam hatinya untuk aku. Ya Allah Ya Rahman, Engkau kekalkan rasa cinta ku pada dia untuk selamanya sehingga memang yakin dia bukan lagi jodoh untuk ku. Amin Ya Rabbal alamin.." Berdoa Hud usai menunaikan solat fardhu zohor. Sampai sahaja di pengkalan TLDM, dia terus menuju ke rumah untuk berehat.

Lama Hud bertafakur di atas sejadah dia melutut sambil tunduk memandang ke arah sejadah, sesekali dia melepaskan keluhan. Dia sendiri tidak pasti kenapa perasaan cintanya terhadap Huda Dahlia tak pernah padam sejak 9 tahun yang lalu walaupun mereka tidak pernah bertemu sebaik sahaja dia berpindah ke Sabah sejak dia berumur 18 tahun.

Hatinya nekad mahu mencari Huda Dahlia, dia mahu melamar gadis itu seandainya gadis itu bukan hak milik orang lain, tetapi jika dia sudah berpunya hatinya perlu pasrah dan redha melepaskan perasaannya ini.

Telefon bimbitnya berlagu menandakan dia menerima satu panggilan masuk. Nama Ibu tertera pada skrin telefon bimbitnya.

"Assalamulaikum... Ibu, sihat ke? Tahu-tahu je angah sudah ada dekat darat." Hud akui ibunya ini memang mempunyai deria rasa yang kuat. Belum sempat dia memaklumkan yang dia sudah ada di rumah, wanita ini terlebih dahulu menghubunginya.

"Alhamdulillah, sihat. Mestilah ibu tahu anak ibu ada dekat mana. Ibu nak beritahu ni yang ibu dan abah balik ke kampung nenek, Kg Seri Chempaka. Abah nak tinggal dekat sini, sebab nak jaga rumah nenek. Ingat lagi tak jalan balik sini?" Hud terkejut mendengar kata-kata ibu, Kg Seri Chempaka adalah tempat dia membesar dan bersekolah serta di sana la tempat tinggal Huda Dahlia. Adakah ini jawapan doanya?

"Mesti la ingat ibu, sebab angahkan bersekolah di sana. Esok pagi selepas subuh angah bertolak ke sana. Dah berapa lama ibu dengan abah balik ke sana?" Hud melangkah menuju ke balkoni rumah kondominiumnya ini, angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa sangat menenangkan perasaan sesiapa yang merasainya.

"Sebulan lebih juga la, angah lama sangat dekat tengah laut sampai ibu dan abah pindah pun tak tahu. Cuba la kurangkan sikit duduk atas laut tu, nanti lambat la ibu nak terima menantu." Bebel Puan Rohaya di hujung talian, Hud mengukir senyuman mendengar kata-kata ibunya. Setiap kali bercakap dengan ibu pasti wanita ini akan selit soal jodoh. Bukan dia tidak mahu berkahwin tetapi apa yang dia cari masih tidak ditemui lagi.

"Angah duduk tengah laut tu pun soal kerja ibu, menjaga keamanan negara. Nantilah angah berkenalan dengan sesiapa yang ada dekat tengah laut tu, kalau ada yang berkenan angah bawa balik jumpa ibu ya." Balas Hud sengaja mahu mengusik ibunya.

"Angah ingat ibu tak tahu ke siapa je yang ada dekat tengah laut tu. Nak bawa ikan apa jumpa ibu? Meh sini ibu buat masak gulai. Budak ni kan orang serius dia boleh pula main-main."Bebel Puan Rohaya lagi geram dengan sikap Hud yang tak pernah serius apabila dia bercakap soal jodoh.

Hud ketawa mendengar kata-kata ibunya, wanita itu sendiri tahu yang dia hanya berkenalan dengan pasukannya, senjata, musuh dan juga ikan di dalam laut. Mana ada masa dia mahu berkenalan dengan sesiapapun, lagipun di dalam hatinya sudah ada seseorang yang bertakhta mana mungkin dia menggantikannya.

"Ibu pun tahukan angah mana ada masa untuk semua itu dan ibu tahukan di dalam hati angah ada nama siapa." Ibu dia la tempat dia meluahkan perasaan, wanita ini juga tahu yang dia sedang menunggu seorang perempuan yang bernama Huda Dahlia.

"Ibu tahu, tetapi sampai bila angah nak tunggu dia? Dah sembilan tahun angah tunggu dia, nak tunggu tahun ke sepuluh baru nak putus asa ke?" Sindir Puan Rohaya, yang mula risau memikirkan anaknya ini yang masih menanti seseorang sejak 9 tahun lalu.

AKU UNTUK DIA|MUHAMMAD HUD (C)Where stories live. Discover now