7

10.4K 500 32
                                    

TUBUH genit Orked yang sedang tertidur pulas dipandang lama sebelum baldi berisi air sejuk disambut dari pemberian orang suruhannya lalu dicurahkan ke atas Orked yang masih lena diulit mimpi. Tercungap-cungap gadis itu sendiri, wajahnya jelas kelihatan terkejut. Mattheo pantas menyeringai sinis sebelum wajah bengisnya dipasang.

"Good morning little beast." Sapanya mesra namun berbaur kejam, Orked terlihat sudah bangkit dan memeluk kedua belah lutut kakinya, gadis itu mengigil kesejukan dek kerana curahan air sejuk yang diberikannya sebentar tadi.

Kerusi besi ditarik lalu diletakkan di hadapan Orked sebelum tulang punggungnya dilabuhkan di hadapan gadis itu. Kakinya disilangkan di atas satu lagi kakinya lalu tubuhnya dihamparkan ke kerusi besi yang sedang didudukinya.

Sempat Mattheo berpeluk tubuh sambil memerhatikan setiap inci tubuh Orked yang sedang kelihatan seakan takut terhadapnya.

"Dua hari aku tinggalkan kau, nampaknya kau dah selesa dengan rumah baru kau ni." Wajah Orked yang terlihat comot diperhatikan dalam, kesan sisa darah kelihatan di mana-mana. Tambahan lagi, keadaan Orked yang benar-benar terlihat selekeh membuatkan hatinya berasa senang meskipun dia belum cukup puas hati. Orked seharusnya lebih menderita dari ini!

Orked menggeleng perlahan, wajah bengis Mattheo tidak berani dipandang. Lelaki yang memukulnya menggunakan tali pinggang beberapa hari lalu kembali semula, dia takut. Dia takut jika lelaki itu akan bertindak menyakitinya lagi.

"So.." Mattheo bangkit dari kerusi besi tersebut lalu berhenti tepat di hadapan Orked yang sedang mengigil kecil sebelum dia mencangkung di hadapan Orked. Kesan pipi Orked yang masih kelihatan sisa lebam yang semakin memudar disentuh perlahan, Orked segera mengalihkan pandangannya. Mereka bukan mahram jadi sentuhan lelaki itu haram bagi dirinya.

Mattheo mengetap gigi rapat saat Orked berani mengelak sentuhan darinya.

Pipi Orked pantas dicengkam kuat sehingga gadis itu terdongak memandang ke arahnya.

"Siapa benarkan kau untuk mengelak dari sentuhan dari aku?! Kau jijik ke aku sentuh kau?" Jerkah Mattheo kuat, matanya tajam menikam anak mata Orked yang sudah terlihat berair. Orked menggeleng bersama takungan yang hampir pecah.

"K-kita bukan mahram, encik. H-haram." Mattheo berdecit perlahan sebelum tertawa sinis. Tanpa dijangka, Mattheo segera merentap tudung bawal yang terbalut kemas di kepala Orked sehingga meninggalkan hanya sekadar anak tudung yang masih melindungi auratnya. Orked pantas menghalang lehernya dari dilihat oleh Mattheo, tubuhnya berengsot ke belakang untuk menjauhi Mattheo.

Namun Mattheo lebih tangkas, anak tudung yang dipakai Orked ditarik sehingga terbuka aurat yang selama ini dijaga dari pandangan ajnabi. Air mata Orked mengalir di saat dia gagal. Gagal untuk melindungi maruah dirinya. Tidak cukup sekadar itu, Mattheo pantas merentap rambut lurus milik Orked sehingga kulit kepala gadis itu terasa seakan ingin tercabut. Pedih.

Orked dipaksa memandang dirinya.

"Aurat? Haram? Macam mana dengan sekarang? Kau masih mampu ke nak acah menjaga aurat kau? Perempuan sundal dan sial macam kau nak menyebut tentang aurat dan hukum-hakam dengan aku? Tuhan sendiri jijik nak dengar kata-kata itu dari bibir kau." Hina Mattheo sinis, genggaman pada rambut Orked semakin diperketatkan sehingga air mata Orked semakin deras mengalir kerana rasa sakit yang melampau-lampau.

"S-sakit encik.. tolong lepaskan saya. Ampunkan saya encik," rayu Orked bersama esakan, tangan Mattheo cuba dipegang tetapi lelaki itu terlebih dahulu menepis tangannya.

"Jangan sentuh aku dengan tangan murahan kau tu sial!" Herdik Mattheo kuat, langsung tidak pedulikan Orked yang kesakitan. Dia hanya pentingkan rasa puas sekarang ini. Entah mengapa, setiap kali memandang wajah gadis ini. Mattheo akan mengingat kembali memori di malam terakhir Mikhael berbual dengan dirinya sebelum lelaki itu pergi untuk selamanya.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now