CHAPTER 3 : PERKENALAN

3.7K 112 0
                                    

Hari ini genap seminggu aku duduk dekat sini.Dan seminggu ni jugakla ramai jugak yang sudah mula keluar kerana tidak tahan dengan latihan yang diberikan.

Aku?Macam biasa.Still belum ada kawan.Kitorang memang akan dilatih asing mengikut jantina.Tak mendapatla aku nak cari lelaki yang tolong aku haritu.Cumanya pegawai je kadang bertukar lelaki dengan perempuan sesuai mengikut latihan

Nasi yang berada di dulang aku kuis perlahan.Harini punya lauk,sup sayur kubis,ikan kembung,tembikai.Memang macam makanan dekat asrama dulu.Nasi disua ke dalam mulut sambil memerhati sesetengah pelajar lain yang gembira bersembang dengan rakan mereka.

Takpe,aku dah biasa macam ni.

Habis sahaja lauk di dulang aku ingin berangkat pergi namun ada seorang pegawai yang datang kearahku.

"cik Mayra?"aku memandang ke atas.

"ye?"

"leftenan Harris nak jumpa"aku tersedak tapi sempat ditahan agar tak nampak obvious

Sumpahla?!!Mamat yang aku dah lama nak cari tu,baru nak muncul?

Dulang diletakkan di dalam besen lalu aku menuruti langkah pegawai perempuan dihadapanku ini.Kenapa tiba tiba dia nak jumpa aku pulak ea?Ha lagi satu,kenapa daddy beriya pulak suruh aku jumpa dia?Haish,,pelik ni.

Setibanya di hadapan sebuah bilik,pintu diketuk lalu pegawai tersebut mengarahkan aku untuk masuk.

Gulp.Takkan aku masuk sorang?Sebelum benda buruk berlaku baik aku masuk cepat.

"err..assalamualaikum"mataku dihiasi dengan pemandangan belakang tubuh milik Leftenan Harris yang dari hari pertama aku dah macam org gila nak cari dia.Ceh pemandangan konon.

Tepat sahaja dirinya memusingkan kerusi miliknya,mata aku secara auto terbeliak.Tidak ku duga..

"a..awak?!"Weh,ni la pegawai yang suka cari pasal dengan aku tu.Lelaki itu tersenyum sinis ke arahku.

"jadi..kaula Mayra?"aku mengetap bibir.Mamat poyo ni rupanya.Aku punyala beria mencari,rupanya dah muncul depan aku sebelum ni.Aku dah tak senang duduk.

"dudukla dulu,aku ada benda nak cakap"aku teragak-agak pada mulanya.Aduuu kenapa tiba tiba aku gugup ni.

"kau memang nak terus berdiri kat situ sampai kaki kebas ke?"aku menjeling dirinya lalu aku terus melabuhkan punggungku di atas kerusi berhadapan dengannya.Harris agak berasa puas selepas melihat aku yang perlu patuh padanya.

"ehem.Cepatla cakap,saya ada banyak lagi benda nak uruskan ni"acahku.Padahal latihan untuk hari ni dh habis.

"kau..kenal aku?"

soalan apa yang dia tanya ni?Aku nak mencari pun susah,inikan kenal?memang takla.Dia ingat dia femes sangat ke

"sorryla, kalau awak femes dah lama saya kenal awak"aku hanya bercakap tetapi mata memandang tempat lain.Tahla weh,aku rasa gerun pulak tengok dia.

"kau nak cakap aku tak femes la ni?hurm?"aku memandang si dia.Dah tu?Takkan aku pulak nak kena femeskan kau?Hurh

"Mungkin..disebabkan kau budak baru,so kau tak kenal aku dengan lebih mendalam lagi.Tapi yang pasti,aku ni.."aku menunggu ayat yg bakal keluar drpd mulutnya yang acah perasan itu.

"aku agak terkenal dalam kalangan tentera..dan aku harap kau tak terkejut untuk menerima fakta pasal tu"harris mengukir senyuman sambil tangannya memeluk tubuh.

"tch,perasan"kataku berbisik perlahan.

"By the way , walaupun kau secara rasmi dah menjadi tunang aku ,tapi aku tak boleh gunakan alasan tu untuk berlembut dengan kau sepanjang tempoh kau berada dalam camp ni"

"ada saya ki-..."kejap.Aku rasa aku macam ada tersalah dengar.

"awak cakap apa?tunang?"aku membuat muka tidak percaya dan ketawa perlahan.Harris hanya memerhati kelakuan aku yang berubah secara drastik itu.Anak sape la ni..

"pft,HAHAHA apa yang awak merepek ni?Sejak bila pulak awak tu jadi tunang saya?"aku ketawa tidak menghiraukan namun tidak bagi Harris.

Mukanya tetap dingin dan beku.Macam tak jumpa mana lawaknya...

"puas dah gelak?"aku mengelap sisa airmataku apabila keadaan tidak mengizinkan aku untuk berbuat sedemikiam.

"ehem..saya tak tau awak merepek apa,tapi tolonggglaaa..jangan nak mereka reka cerita?saya tak suka orang yang suka claim tanpa resit ni"

"kau rasa kenapa daddy suruh kau cari aku?"aku terdiam lalu cuba memikirkan jawapan.

Eh kejap..dia panggil ayah aku..Daddy?!

"k..kenapa-"kata kataku terus dicantas lalu Harris berdiri malah terus memakai kaca mata hitam miliknya.

"cik Mayra Adelia Binti Zafril Aryan"aku melihat kearahnya yang menyinsing lengan bajunya.

"push up 100 times dekat padang"aku ternganga tidak percaya.

"Apa ni awak!Latihan hari ni-"

"denda sebab kau memperlekehkan aku."aku menggenggam hujung bajuku erat.Mana aci!

"kalau aku yang sampai sana dulu,aku suruh kau buat sampai 1000 kali"ugutnya.Kurang asam punya mamat.Hurh!

"Ok fine! Saya buat!"aku terus berlari menuju ke padang seperti yang disuruh.Padahal dalam hati ni dah menyumpah seranah pasal dia tu.

'Tak guna punya leftenan.Mentang-mentang kau boleh label aku,kau nak amik kesempatan pulak?tch..takpe kau tunggu'

🐺

"88!"jeritku sambil push up di atas tanah dan di bawah sinaran matahari yang terik ini

"Aku tak dengar!kuat lagi!"leftenan Harris memang takde belas kasihan.

"89!"jeritku sekuat hati

"Aku tak dengar!Ulang dari awal!"aku menahan geram.Habis tanah ni dah terburai jadi mangsa cengkaman aku.

Tengah aku lelah laksanakan denda tu,ramai pula yang menjadi pemerhati.Kurang ajar betulla mamat ni.Dia memang sengaja nak malukan aku kan!

"59!"

"60!"

"61!"

sedang aku cuba nak menamatkan tiba tiba dada aku rasa sesak.Aku cuba mendaratkan tubuhku di atas rumput padang sambil tangan kananku naik memegang dada yang menjadi senak tiba tiba.

"Kau buat apa?Belum habis lagi la"aku diam.Diam sebab aku tengah menahan sakit.Kenapa tiba tiba ni..

"Mayra Adelia"

Aku menggeleng kepala,aku sumpah dah tak larat,dengan sakit ni lagi..

akhirnya aku kalah.Aku terbaring meniarap kemudian aku mengiring untuk cuba menstabilkan keadaanku.

"Ssstt...s..sakit"aku memejam mataku erat.

"Mayra!"leftenan Harris yang agak terkejut itu juga datang menghampiriku.

"Hey,kau sengaja nak curi tulang kan?"aku hanya menggeleng sambil tanganku cuba menumbuk numbuk dadaku.Dia ni memang nak aku mati ke apa

Leftenan Harris yang melihat mukaku sudah berubah pucat menjadi terkaku.Tak pernah dia mendenda pelajarnya sehingga jadi macam ni..

"Mayra..Mayra!Kenapa dengan kau ni?!"Aku tidak larat untuk memberi sebarang respons kepada Leftenan Harris.Dada aku terlalu sesak.Sehinggala pemandangan aku menjadi gelap gelita.

"Mayra?Mayra bangun!Haish"

Tanpa berfikir panjang,leftenan Harris mengangkatku dan terus  berlari anak untuk menuju ke bilik rawatan.

🐺


HARRIS XAVIER'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now