Yes dah nak cuti! Woohoo!!
—-
**Kai's POV**
"Awak nak bawa saya pergi mana ni?" Ae Hee bertanya. Saya hanya menarik tangannya untuk pergi ke belakang sekolah.
"Kai..." Ae Hee mengeluh lagi.
"Kai. I am asking you!" Ae Hee meninggikan suaranya.
Saya hanya senyap dan terus menariknya.
Kami sudah sampai di belakang sekolah dan saya melepaskan tangannya.
Ae Hee memandang saya dengan tidak puas hati.
"Apa tadi tu?" Saya terus bertanya.
"Apa, apa?" Ae Hee bertanya.
"Tadi. Dengan In Yung." Saya membalas.
"Haa. Kenapa dengan In Yung?"
"Kenapa awak tuduh dia tidur dengan Jackson?"
"Saya tak tuduh dia. Itu perkara betul."
"Perkara betul? Maksud awak.. In Yung dengan Jackson memang betul-betul.. buat..."
"Yes. Everything is a yes."
Tak mungkin. Tak mungkin In Yung dan tak mungkin Jackson sanggup...
"Awak betul-betul pasti ke Ae Hee?" Saya bertanya lagi.
"100% sure!"
"Macam mana awak boleh tahu semua ni? Awak tahu dari siapa?"
"Kai. Could you please stop all of this question? Kenapa awak nak tahu sangat ni? Awak dah tak percayakan saya ke?" Ae Hee membalas. Saya agak terkejut.
Suasana senyap untuk seketika. Saya hanya memandangnya.
"A-Awak dah tak cintakan saya lagikan?" Ae Hee bersuara.
"Ae Hee—"
"Awak dah mula suka dekat perempuan tu kan?" Ae Hee bertanya lagi.
"Ae Hee sa—"
"Awak tahukan apa yang keluarga Hee Young pernah buat dekat saya dulu? Awak tahu semuanya, kan? Tapi, kenapa awak masih tak percayakan saya dengan apa yang saya buat sekarang ni? Kalau awak dah tak sayang saya lagi, baik kita stop je semua benda ni. Termasuk hubungan kita."
Saya terus mengambil tangannya dan memusingkan dia supaya dia pandang mata saya. Dia menangis. Saya yang buat dia menangis.
"Ae Hee! Saya cintakan awak. Awak seoarang! Faham tak? Hanya awak yang saya cinta dan saya akan sentiasa ada dengan awak! So please jangan buat macam ni? Please Ae Hee.. Please?" Saya merayu.
Saya sudah sampai sejauh ini untuk berhentikan semua yang saya dah buat.
Saya mengelap air mata Ae Hee dan mengusap pipinya. Dia tersenyum dan memegang tangan saya.
"Awak." Ae Hee bersuara.
"Humm?" Saya menjawab tersenyum.
"Saya tak sabar sangat nak hidup bahagia dengan awak." Ae Hee bersuara lagi.
Betul ke apa yang saya baru dengar ni? Betul ke Ae Hee yang cakap semua ni? Hati saya mula berdegup laju. Ya. Saya sudah fikir semasak-masaknya.
"Ae Hee. Saya akan habiskan semuanya esok." Saya tersenyum.
***
**Hee Young's POV**
"Hari ni abang dengan Encik Han(Driver keluarga Hee Young) pergi airport sekejap ambil client daddy bawa pergi jumpa dengan co-CEO syarikat daddy tu." Chen memberitahu di dalam telefon.
YOU ARE READING
Ya, Saya Terima.
Fanfiction-Si Nerdy sedar yang dia tidak akan pernah bercinta kerana penampilannya yang buruk dan biasa. Tapi Si Nerdy tak pernah sedar yang lelaki dia suka selama ini mengharap yang Si Nerdy mempunyai perasaan yang sama terhadapnya. -Si Pembuli suka kepada...