BAB 12

5.4K 298 27
                                    

HARI untuk mereka berangkat pulang ke Malaysia menjadi huru hara kerana Amysar yang bergaduh dengan Iman. Amarah sudah tidak boleh dibendung apabila teringat kata-kata Iman tempoh hari.

"Apa masalah kau setan!" jerit Iman sambil mengelap darah di tepi bibirnya.

"Kau lah masalah aku! Bukan aku tak tahu yang kau buat benda tak elok dekat Ammara!" tempik Amsyar.

"Kau ingat aku gila sangat ke nak buat dekat Turki! Kalau aku nak buat aku buat dekat Malaysia lah!" Jawab Iman berani tanpa gentar sedikit pun kerana dia tidak salah. Tidak salah buat apa dia perlu takut. Berani kerana benar.

Khai dan Ibrani menahan Amsyar dari terus memukul Iman. Mereka tidak tahu mengapa Amsyar seperti dirasuk syaitan sehingga sanggup memukul Iman nasib tidak kritikal sahaja.

Hanya sebab Ammara dia jadi seperti ini. Amsyar yang jenis dingin dan tidak peduli akan seorang yang bergelar wanita menjadi gila. Ini bukan Mejar Denniz Amsyar yang mereka kenal.

Tidak tahu mengapa tetapi pegangan Khai dan Ibrani kepada Amsyar boleh terlepas apabila Amsyar menyentak saat Amsyar ingin menumbuk Khai ada satu tangan yang menghalang. Kesemua di situ bagai tidak percaya dengan apa yang mereka lihat.

"Tak-tak mungkin." Khai bahkan kesemua di situ ternganga dan terkejut.

Amsyar lagi lah terkejut dengan apa yang dia lihat sekarang ini. Mustahil ayahnya berada di sini! Wajah bengis milik Tuan Denniz membuat Amsyar berasa takut dan menarik buku limanya dari di pegang oleh Tuan Denniz.

"Are out of mind?" soalan itu seperti menahan amarah yang bakal melanda.

"What are doing here?" soal Amsyar yang sedaya upaya menahan amarah dari terletus di hadapan Tuan Denniz.

"Blair tells me everything." Balas Tuan Denniz bersahaja.

"And you come here for this?"

"Nah I'm here to meet my client but I don't know this happened."

Tuan Denniz mendekatkan bibirnya di telinga Amsyar dan berbisik sesuatu.

"Jangan cari pasal Denniz Amsyar sudahlah kamu tu kena cuti sebab keluarga kita, ini nak kena tindakan tatatertib ke?" bisikan dari Tuan Denniz berjaya membuat Amsyar berfikir dengan baik.

Beristighfar Amsyar dan meraup wajahnya apabila dia bertindak mengikut emosi sedangkan ayahnya selalu mengajar dan memberi nasihat dahului akal barulah emosi tetapi dia emosi mendahului akal.

"Balik nanti tahu lah nasib kau Amsyar."

Disaat ini Amsyar sudah menelan air liur kesat kerana sudah tahu apa yang dia akan dapat daripada ayahnya. Hadiah yang paling istimewa.

"She will go with me." Putus Tuan Denniz.

Amsyar sudah tahu siapa hanya menganggukan kepala. Kalau ada ayahnya sudah pasti Ammara akan selamat. Dia yakin ayahnya akan menjaga Ammara sebaik mungkin.

"Thanks." sepatah Amsyar berkata tetapi cukup membuatkan hatinya lega apabila ayahnya ingin membawa Ammara pulang bersamanya.

Sejurus itu Tuan Denniz meninggalkan Amsyar dan kesemua yang berada di situ untuk pulang ke tanah air dengan menaiki pesawat peribadinya. Amsyar hanya memandang kepergian ayahnya dan sekarang dia rasa macam nak marah dekat Blair perlu ke memberi tahu ayahnya tentang perkara ini.

Walau ayahnya berada di Turki atas urusan kerja sekalipun tidak perlu rasanya dia memberi tahu kerana dia ingin menyelesaikan masalah itu sendiri.

"Wow hensem eh ayah kau." Kata Aiman.

Beauty ExistenceWhere stories live. Discover now