BAB 8

5.4K 292 17
                                    

NASIB tiada orang lalu lalang kalau ada mungkin sudah mereka fikir Amsyar ingin melakukan sesuatu yang kurang sopan kepadanya.

"Aku cakap sebab aku yakin mereka ada niat tak baik dekat kau Ammara. Tolong lah dengar."

"Aku tak akan dengar cakap kau! Kau nak cakap si Iman dengan Qash tu ada niat jahat kan. Apa yang dia orang boleh buat? Bunuh aku? Atau rogol aku? Kau cakap lah!" desak Ammara

Amsyar sudah beristighfar panjang apabila didesak sebegitu oleh Ammara. Tangannya memegang kedua-dua bahu Ammara lalu Ammara memandang Amsyar dengan pandangan membunuh.

"Aku lelaki aku tahu dan mereka memang ada niat tak baik dekat kau. Trust me for once." Pinta Amsyar jikalau diminta untuknya melutut dia akan melutut.

Dia tidak tahu mengapa dengan hatinya ini tetapi yang dia tahu dia perlu melindungi Ammara dengan semampunya kerana kuat hatinya menyatakan bahawa akan terjadi benda yang tak baik kepada diri Ammara cuma masa dan tempat sahaja dia tidak tahu.

"Aku memang tak akan pernah percaya kau." Pengangan tangan Amsyar di bahunya dilepaskan dengan kasar.

"Kalau sebab aku tak minta maaf sekarang aku minta maaf. Sorry for what I have done to you."

"Kau fikir sebab tu ke? Bukan sebab tu lah Amsyar..." jeda seketika kata-kata Ammara lalu dia menarik nafas sedalam mungkin sebelum berkata.

"Aku tak akan pernah dengar cakap kau sebab kau ni teruk! Perangai tak ubah seperti iblis. Kau cakap kau macam baik tapi sebenarnya kau lebih teruk dari si Iman tu dan yang paling aku benci sebab kau adalah kau sanggup tuduh kawan baik aku iaitu Qash nak buat benda buruk dekat aku."

"Aku ni lebih kenal dia dari kau jadi jangan nak cakap benda bukan-bukan dekat Qash ataupun Iman." Sambung Ammara.

"Lagi?" soal Amsyar.

"Iman dah bagitahu aku semua benda yang kau nak dekat dengan aku sebab badan aku je kan? Kau nak ratahkan?" tuduh Ammara.

Amsyar yang mendengar sudah tercengang memang pandia sungguh Iman menabur fitnah kepada dirinya. Tangannya di raup ke wajah tampan miliknya.

"Ammara Qalisha trust me aku memang cakap aku teruk tapi aku tak pernah terfikir nak rosakkan perempuan."

Pernyataan dari Amsyar berjaya membuat Ammara menyungging senyuman begitu sinis lalu tangan disilangkan ke dada.

"Ooo ya ke? Habis tu Blair tu siapa yang kau duk sedap peluk dan bawa atas katil?"

"Aku fikir askar ni baik lah jugak tapi aku silap rupanya lagi teruk ya?" sinis sahaja Ammara bersuara lalu pergi meninggalkan Amsyar yang sudah kelat sahaja wajahnya.

Ammara tersenyum puas apabila melihat wajah kelat milik Amsyar akhirnya dia sudah keluarkan apa yang patut dikeluarkan biar si Amsyar tahu yang dia bukan perempuan yang bukan mudah untuk jatuh ke dalam dakapan lelaki itu.

Tiada guna memilik wajah tampan sekiranya perangai tidak seiring dengan wajahnya. Saat Ammara berjalan menuju ke arah kanak-kanak yang tercedera itu dapat dia lihat Khai sedang mendukung dan menenangkan bayi yang sedang menangis.

Khai memandangn Ammara dengan penuh tanda soal tetapi hanya sekejap apabila dia melihat wajah milik Amsyar berjalan menuju ke arahnya dengan wajah yang sukar ditafsir.

Memang dari dulu lagi sukar ditafsir wajah Amsyar itu.

"Kau pergi mana?" soal Khai yang masih setia mendukung bayi perempuan tersebut.

"Pergi panggil doktor Ammara Qalisha." Amsyar sudah bercakap gaya formal kerana cukup sahaja di sini.

Biar semua tamat di sini dia dan Ammara tiada hubungan melainkan hubungan formal. Saat tugas mereka tamat, maka tamatlah juga hubungan mereka sebagai ahli pasukan dan sukarelawan di sini.

Beauty ExistenceWhere stories live. Discover now