BAB 4

6.2K 312 7
                                    

MATA Amsyar terbuka luas apabila mendengar alarm telefonnya berbunyi nyaring tidak mahu tunggu lama terus dia bangkit untuk menunaikan solat Fajr dan membaca kitab suci bagi umat Islam. Selesai tugasnya sebagai hamba Tuhan dia akan bersiap-siap untuk bekerja kerana ada perkara yang perlu dia selesaikan sebelum bergerak pergi ke Turki untuk misi kemanusiaan.

Apabila keluar dari kuatersnya keningnya berkerut lebat apabila melihat Khai yang sudah terpacak di pagar dengan semangatnya.

"Dan aku Kahar Kapla High Council." Jeritnya kuat sehingga kucing yang lalu dihadapannya terperanjat.

"Kau dah kenapa pagi-pagi jadi gila macam ni." Tanpa salam terus disergah Khai yang berangan menjadi Kapla.

"Haish kau ni dah kenapa terkejut aku."

Amsyar hanya menjulingkan mata lalu berjalan meninggalkan Khai. Dalam kepalanya hanya perlu bekerja dan menyiapkan diri untuk misi tersebut. Khai tidak tunggu lama terus mengikut langkah Amsyar di jeling wajah dingin tak berperasaan milik Amsyar.

"Kau ada masalah ke?" Tidak tunggu lama terus Khai menyoal Amsyar kerana dia kenal sahabatnya itu seperti apa. Kalau wajah dah ketat waktu pagi mesti ada sesuatu terjadi.

"I'm okay."

"I know you are not. Bro tells me aku tahu kau ada masalah, aku mungkin tak boleh jadi penasihat yang baik tapi aku boleh jadi pendengar yang setia mendengar masalah kau."

"Kau ke yang bagitahu Mejar Sheikh tentang keluarga aku?" Tidak mahu biar soalan difikiran dibiar tanpa jawapan Amsyar terus menyoal Khai.

Ini kerana Khai sahaja yang mengetahui siapa dirinya kerana dia sudah menceritakan semuanya kepada Khai.

Terkejut Khai apabila disoal sebegitu.

"Aku tak akan pernah cerita dekat Mejar Sheikh, aku jumpa dia pun tak. Kenapa?" Perasaan ingin tahu muncul.

"Aku dicutikan sebab keluarga aku. Sebab keluarga aku berpengaruh dan Mejar risau itu memberi kesan kepada unit kita." Kata Amsyar berakhir dengan keluhan.

Tidak henti-henti hatinya beristighfar dan cuba berfikir baik dan mengambil hikmah tentang apa yang terjadi kepada dirinya tetapi mengapa tidak boleh.

"Bro aku yakin semua ni ada hikmah percayalah cakap aku. Allah tak akan menguji hambaNya tanda ada sebab yang kukuh."

"Susah lah Khai. Kau sendiri tahukan yang ni pekerjaan yang aku suka tapi jadi macam ni kau rasa aku boleh terima ke?" ayat terakhir diberi dengan tanda soal.

"Macam ni lah. Kau cuti panjang ni kau rehatkan minda dan badan kau. Fikir apa yang patut kau buat waktu cuti tu." terang Khai lalu mereka berjalan untuk pergi ke tempat kerja mereka.

Amsyar dan Khai boleh melihat kesemua pelatih perempuan memandangnya dengan pandangan yang lain ada yang berbisik antara satu sama lain tidak lupa juga para pelatih lelaki. Khai sudah pelik dengan pelatih tersebut sehingga Della muncul di depan mata mereka berdua.

"Mejar." Tabik Della.

"Yes. Ada apa kami boleh tolong?" Jangan bermimpi bahawa Amsyar akan bertanyakan soalan kerana dia tidak rasa ingin bercakap terutamanya dengan wanita.

"Macam ni Mejar. Saya dapat tahu yang Mejar Denniz dan Mejar Khai ni ada something." Pernyataan dari Della berjaya membuat mereka berdua berkerut kening lalu memandang antara satu sama lain.

"Ada apa?"

"Ada orang sebarkan yang Mejar Denniz dengan Mejar Khai suka sama suka." Mahu tersedak Amsyar dan Khai mendengar kata-kata Della.

Ada juga manusia yang menabur fitnah tanpa mencari bukti yang kukuh hanya kerana mereka berdua duduk serumah dan rapat. Ini kalau pihak atasan tahu memang mereka dapat ganjaran istimewa.

Khai melihat Amsyar yang sudah ketap rahang tangan juga dikepal menjadi buku lima.

"Pasangan sejoli dah mai." Jerit satu suara dan dia juga menepuk tangan kuat. Jeritannya itu berjaya mengamit perhatian Amsyar dan Khai tidak lupa juga pelatih yang berada di situ.

"Iman kau nak apa?" soal Khai dengan nada kegeraman tidak lupa tangan dikepal menjadi penumbuk hanya tunggu masa untuk ditumbuk muka di hadapannya ini.

Amsyar sudah dapat mengagak ini kerja siapa yang menabur fitnah di kem tersebut. Sudah tentu Iman Al-Muadzam tengok senyuman sinis di wajah Iman pun dia sudah dapat agak. Iman berjalan menuju ke Amsyar.

"My abe nyit apa khabar?" Iman sengaja menguji kesabaran Amsyar apabila menggelarkan Amsyar sebegitu.

"I'm better than you. Tak cukup lagi ke kena bantai dalam gelanggang nak kena bantai dekat sini pulak?" soal Amsyar tenang walauun dalamanya sudah menggelegak.

Disaat seperti ini untuk berlawan dengan orang seperti Iman ini dia perlu tenang dan bersahaja kerana itu adalah bukti dia tidak mengambil tahu tentang Iman. Tiada guna jika dia bertarung lidah dengan orang yang tidak memberi faedah sedikit pun kepadanya.

"Kau tu yang nanti kena bantai dengan aku." Yakin atau riak Iman berkata seperti itu hanya diri sendiri yang tahu.

Amsyar tidak lama terus mengukir senyuman ngeri membuatkan kesemua disitu meremang bulu roma.

"Dog always be a dog." Setelah itu Amsyar berpaling dan terus beredar dari kawasan tersebut.

Tidak perlu dia melayan manusia yang hanya ada hati busuk dan dengki.

AMSYAR hanya tekun meneliti kertas kerja yang perlu di hantar kepada pihak atasan. Kertas kerja untuk persiapan ke Turki dan pada petang ini juga dia ada latihan sebelum bersiap sedia pergi Turki minggu hadapan. Tidak Amsyar perasan akan cepatnya masa berlalu sehingga dia sendiri sedar azan di telefon pintarnya yang menandakan sudah masuk waktu Zuhur.

Tidak mahu tunggu lama terus Amsyar mengemas kertas yang bersepah di atas mejanya dan bersiap-siap untuk menunaikan solat Zuhur di surau kemnya. Segala tanggapan negatif kepadanya hari ini dibiarkan dan dianggap seperti angin yang berlalu.

Tiba sahaja di surau kemnya semua memandangnya seperti dia seorang pembunuh yang ingin bertaubat di pandang hina tetapi Denniz Amsyar tetap Denniz Amsyar tidak menghiraukan dan mengambil saf untuk solat.

Khai yang baru tiba mengambil tempat bersebelahan Amsyar, Khai hanya menepuk bahu Amsyar untuk menyalurkan kekuatan kepadanya itu sahaja yang dia boleh bantu.

Selesai solat Zuhur berjemaah mereka akan ada latihan untuk menyiapkan stamina dan kecekalan untuk misi kemanusiaan kini kerana ia agak mencabar bagi mereka.

"Bro kau okey ke tak ni?" soal Khai apabila melihat wajah dingin milik Amsyar selalu dengannya ada lah juga sepatah dua kata ini senyap terus dari pagi sehinggalah petang nak balik ke kuaters pun senyap juga.

Geleng kepala Amsyar apabila mendengar soalan dari Khai. Bermakna dia tak okey dan dia memerlukan seseorang untuk meluah dan pastinya bukan Khai orang yang dia benar-benar percaya iaitu Tuan Denniz Aymar ayahnya sendiri.

Apakan daya dia tidak boleh berjumpa dengan ayahnya asbab kerja dan ayahnya juga sibuk dengan pekerjaanya juga. Kalau mereka dekat sudah pasti dia berjumpa dan mendakap tubuh milik ayahnya itu.

Dia boleh berjumpa dengan keluarganya apabila hari keberangkatannya ke Turki.

Khai menepuk bahu Amsyar lalu Amsyar memandang dengan muka yang penuh tanda soal lalu kening dijongketkan tanda mengapa.

"Aku ada Amsyar. Kau ada masalah lain selain dari dekat kem ni kan?" Tepat tekaan Khai apabila dia melihat wajah keruh milik Amsyar.

"Dah agak dah."

"Mind to share? Aku bukan bagus bab beri nasihat ni tapi bab mendengar insyaallah aku okey."

"Nah tak apa." tolak Amsyar mentah-mentah.

"Betul ni?"

"Super sure."

TBC

Veleno will kill people who touch and eat it. You eat or touch Veleno that's mean you ready to be killed.

Beauty ExistenceWhere stories live. Discover now