1

20.2K 586 16
                                    

⚠ WARNING CERITA INI MENGANDUNGI UNSUR MATURED, KEGANASAN, PENDERAAN, RAPE, KATA-KATA CARUTAN YANG MELAMPAU.

If you agree to read then you may continue..

***

MIKHAEL menunggu dengan sabar kehadiran gadis yang dicintainya sepenuh hati, sekali-sekala jam berjenama Rolex ditangannya dipandang sekilas. Sudah hampir 30 minit berlalu sejak waktu yang ditetapkannya untuk bertemu namun bayangan insan yang ditunggu-tunggu sejak tadi masih belum muncul.

Mikhael segera meminta pelayan untuk mengisi kembali air putih di dalam gelas kacanya yang sudah kosong.

Sejujurnya Mikhael sedang gugup sekarang ini, dia takut jika apa yang dirancang dan yang diharapkannya tidak berjaya. Sekali-sekala tangannya turut melonggar bow tie yang terikat kemas di lehernya. Disebabkan rasa gugup yang melampau-lampau, lehernya terasa tersepit sehingga membuatkan dia rasa sukar hendak bernafas.

Iphone 13 Pro Max segera diangkat, chat kekasihnya dibuka. Malangnya pesanan yang dihantar 15 minit lalu hanya dibaca tanpa dibalas oleh gadis tersebut. Mikhael cuba berfikiran positif, mungkin kekasihnya sedang sibuk memandangkan gadis tersebut sudah berjaya memiliki butik pakaian sendiri di usia 20 tahun. Mikhael bangga dengan kejayaan sang kekasih.

Mikhael masih menunggu bersabar, lagipula dia tidak mungkin mampu terasa hati dengan gadis tersebut memandangkan rasa cinta yang besar terhadap si gadis. Apa sahaja yang dilakukan oleh si gadis, tidak kira berapa besar atau banyak melukakan sekeping hatinya, Mikhael akan ikhlas memaafkan gadis yang dicintainya.

Bagi Mikhael, kekasihnya adalah segalanya.

Akhirnya setelah hampir 45 minit menunggu, bayang orang yang ditunggu-tunggu akhirnya muncul. Perlahan-lahan senyuman mekar di bibir merah jambu miliknya, Mikhael segera bangkit dan menarik kerusi buat si gadis untuk melabuhkan punggung.

"Eloise, you busy ke?" Soal Mikhael lembut sambil mengarahkan salah seorang pelayan untuk menghidangkan jus kegemaran kekasihnya iaitu smoothie strawberry. Gadis itu sekadar mengeluh perlahan dan mengangguk, wajah gembira Mikhael dipandang malas.

Gelas panjang yang berada di hadapannya digapai lalu disisip sedikit smoothie kegemarannya.

"Kenapa nak jumpa I ni Mikha? You tahukan kerja I dekat butik tu banyak sangat. Kalau setakat nak ajak jumpa makan macam ini, lebih baik jangan bazirkan masa I." Ujar Eloise sedikit sebal membuatkan senyuman Mikhael sedikit memudar. Namun dia sudah terbiasa dengan layanan kasar Eloise kepadanya sejak setahun yang lalu. Dia sendiri tidak mengerti dengan perubahan Eloise, sebelum ini layanan gadis itu sentiasa lembut dan manis.

Mikhael cuba berfikiran positif, mungkin kerja membuatkan kekasihnya sedikit bad mood.

"Bukan. I tak ajak you makan malam ni untuk bazirkan masa you. Sebenarnya I ajak you makan malam ni sebab I ada something untuk tanyakan pada you." Mikhael menggengam erat poket seluarnya yang berisi cincin kotak baldu.

Sebelah tangannya bergerak mengapai tangan Eloise lalu diggengam erat telapak tangan gadis tersebut, anak matanya dalam merenung ke dalam milik Eloise. Gadis itu yang seakan menangkap maksud Mikhael segera merentap tangannya.

"What do you mean Mikhael?" Soalnya serius, Mikhael segera mengeluarkan kotak baldu tersebut lalu bangkit dan melutut di hadapan Eloise, segera tangannya menghulurkan kotak baldu tersebut di hadapan gadis itu. Mikhael merasakan debaran yang melampau saat ini, akhirnya perkara yang sudah lama dia impikan akhirnya dilakukan iaitu melamar Eloise untuk menjadi isterinya.

"What the fuck is this Mikhael?" Eloise segera menolak kasar kotak cincin baldu tersebut sehingga terlepas dari tangan Mikhael dan terjatuh di atas lantai. Mikhael terkedu, dia terkejut dengan perbuatan Eloise.

MRS MATTHEO KNIGHTWhere stories live. Discover now