Kristal hitam itu mengeluarkan cahaya terang yang menerangi seluruh tempat. Seketika kemudian,cahaya menghilang dan kristal tu berpecah menjadi lima kristal yang lebih kecil.
Gopal: Eh?! Bukan Demon Lord eh?!
Fang: Bukanlah! Kau ni kan...!!!
Gopal: Ehehehe...sorry!
Yaya mendarat dan memandang kristal hitam terapung di hadapannya.
Yaya: Kristal apa ni...?
BoBoiBoy: Pelik.....kenapa ada kristal macam ni dalam badan Rock King? Kristal magik dia ke?
Gopal: Bukanlah. Kristal magik sepatutnya saiz bulat atau bujur. Tapi kristal ni tak macam tu.
Ying: Hm....apa kata kita guna (Appraisal)?
Gopal: Memang kita patut buat dari tadi.
Mereka memeriksa kristal tersebut dengan skill (Appraisal) mereka.
Crystal Of Monarchy
•Kristal khas yang terkandung dalam badan raksasa yang kuat dan berbahaya.
•Asal-usul kristal ini hanya boleh dilihat oleh sesiapa yang mengalahkan raksasa yang merupakan perumah kristal ni.
•Sebaik saja raksasa dikalahkan, kristal ini memberikan autoriti yang sama seperti raksasa perumah.Gopal: *teruja* Biar betul!?? Hebatlah kristal ni..!!!
Ying: Tapi.....kenapa dia kata raksasa perumah?
Yaya: Haah. Kristal ni gunakan Rock King sebagai perumah,lebih kurang macam....parasit?
BoBoiBoy: Kita boleh kaji kristal ni lepas kita balik ke Themalt.
BoBoiBoy nak simpan kristal tu dalam (Storage System) tetapi,baru saja dia pegang kristal tu,kristal tu bertukar jadi debu dan masuk ke dalam badan BoBoiBoy.
BoBoiBoy: Ha!?
Bukan BoBoiBoy saja,kristal lain turut masuk ke dalam badan kawan-kawannya. Terdapat corak di belakang tangan mereka yang menyerupai lingkaran biru gelap.
Gopal: Aiyoyo! Aiyoyo! Apa ni!?!
Fang: Kenapa kristal ni masuk dalam badan kita!?!
Yaya: Erh....tak boleh keluarkan!!
Mereka berlima panik selepas kristal tu masuk ke dalam badan mereka. Tiba-tiba,pandangan mereka gelap dan mereka terbaring tak sedarkan diri.
BoBoiBoy dan kawan-kawan berada di tempat yang gelap. Tiada apa di sekeliling mereka,hanya kegelapan yang tak berpenghujung saja menemani.
Gopal: AAAAAAH!!!! Kita dah mati ke?! Janganlah!! Aku belum kahwin lagi!!!
DUSH! DUSH!
Fang: Mulut kau takde insuran betul!!
Yaya: Kita bukannya mati! Kita masih hidup!
Gopal: Aduh....
BoBoiBoy: Tempat apa ni? Eh?
Ada pintu besar muncul di belakang mereka. Di pintu itu,ada lambang naga dengan bintang mengelilinginya.
Ying: Pintu apa ni?
Lingkaran biru gelap di tangan mereka bereaksi dengan pintu tersebut.
YOU ARE READING
BOBOIBOY: THE CROWNED KING
FanfictionBoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBoy: Apakah?!! Sebuah kemalangan menyebabkan BoBoiBoy dan kawan-kawan dihantar ke dunia lain. Dunia fa...