BoBoiBoy: Boleh jelaskan lagi sekali?
Kavan,anak datuk bandar Harstoa menuduh BoBoiBoy menyerang Liam,Reebe dan Abel semasa mereka membantu menangkap Bram bersama kumpulan perompak.
Kavan: Macam saya katakan,kenapa kamu serang mereka? Mereka cuma nak membantu kamu.
Lily: Membantu? Mereka sengaja cari pasal adalah!
Kavan: Rasanya ada sedikit salah faham. Mereka bertiga cuma ingatkan kamu semua supaya sentiasa berjaga-jaga dan hormat senior kamu.
Lond: Tapi,kami tak bersalah dalam hal ni. Mereka bertiga yang mulakan dulu.
Kavan: Ya. Cara mereka bergaul agak kasar tapi mereka berniat baik.
Gopal: *bisik* Dia saja nak bagi kita naik angin!!!
Yaya: Haah! Geramnya aku...!!!
Fang: Sekejap. Mereka bertiga ni bekerjasama dengan perompak ni semua! Mereka bukannya nak bantu kami tangkap mereka.
Kavan: Oh~? Tapi itu apa yang saya dengar. Atau,saya tersilap?
Lily nampak ada seseorang berhampiran pintu masuk,mendengar setiap perbualan mereka.
Lily: "Dia ni kan...!!!"
Kavan: Baiklah. Apa kata kita selesaikan tanpa bergaduh? Saya tak nak kamu semua cedera sebelum Rock King datang ke sini.
Ying: Selesaikan?
Kavan: Ya. Kamu cuma perlu minta maaf saja pada mereka. Dan saya akan lupakan perkara ni.
BAM!!
Semua mata tertumpu pada Gill yang bangun dan campak kerusi ke belakang.
Gill: Hei,anak manja.
Gill keluarkan pedang dan halakan ke arah Kavan. Dia letak pedang tu betul-betul depan muka dia.
Gill: Kau jangan nak mengarut!!! Takde siapa yang bersalah tapi kenapa kami yang kena minta maaf!?!
Kavan: Saya faham kemarahan kamu semua. Memang susah nak akui kesilapan kamu depan orang ramai.
Gill: Kau...!!!!
BoBoiBoy: Sudah. Simpan pedang kau.
Gill: Apa kau merepek ni?!?!
BoBoiBoy bangun dan berjalan ke arah Gill dan turunkan tangannya.
BoBoiBoy: Sudah.
BoBoiBoy kemudiannya berjalan ke arah Kavan. Liam buat muka di belakang Kavan,mengejek BoBoiBoy dan pengembara yang ada di situ. Mereka semua rasa macam nak baling dia masuk gaung.
BoBoiBoy: *bow* Untuk semua pengembara yang ada di sini,saya betul-betul minta maaf.
Kavan: *smile* Macam tulah! Baiklah, kamu bertiga maafkan mereka.
Liam: Ya,ya. Apa-apa je...
Kavan: Mari kita pergi. Kita perlu bersedia untuk berhadapan Rock King.
Kavan berjalan keluar dari rumah tumpangan. Sebaik saja Kavan keluar, Liam ambil botol berisi berisi air dan tuang atas kepala BoBoiBoy.
Liam: Itu habuan kau sebab hormat pada senior kau.
Semua orang terdiam melihat BoBoiBoy dituang air atas kepalanya. Liam berjalan pergi dengan gelak tawa kuat diikuti Reebe dan Abel.
Gill: Mereka tu....eee...!!
Lond: Tch! Biar aku-
BoBoiBoy: Cukup.
YOU ARE READING
BOBOIBOY: THE CROWNED KING
FanfictionBoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBoy: Apakah?!! Sebuah kemalangan menyebabkan BoBoiBoy dan kawan-kawan dihantar ke dunia lain. Dunia fa...