"Najjah!" Apabila dia mendengar seolah-olah ada yang memanggil namanya, Najjah terus berpaling ke belakang. Dia berasa terkejut dengan kehadiran Danish.
"Kau buat apa kat sini, Danish? Kau sorang je ke?" Mata Najjah mencari kelibat Nurul. Hatinya tiba-tiba berasa rindu dengan sahabatnya itu.
"Aku nak cari something untuk decorate rumah baru aku. Aku sorang je lagipun Nurul ada kat rumah. Kau pula buat apa kat sini?" Danish mendekati sahabat isterinya.
"Aku jalan-jalan je kat sini. Saja nak cari ketenangan. Tak sangka terserempak dengan kau kat sini." Najjah memandang Danish. Jujurnya dia masih terkesan dengan pengakuan Danish dan Nurul.
"Najjah, aku nak tanya sikit, boleh?" Danish dan Najjah duduk di kerusi berdekatan. Senang sedikit untuk mereka berbual.
"Kau nak tanya apa, Danish? Penting ke soalan kau tu?" Najjah memandang ke hadapan untuk mengelakkan matanya bertembung dengan mata lelaki itu.
"Bagi aku penting sebab aku nak tahu kau masih marah ke dengan kejadian dulu. Aku tak sanggup nak tengok kau dengan Nurul gaduh lama-lama." Danish bertanya sambil melihat pengunjung.
"Sejujurnya aku masih marah sebab korang berdua rahsiakan benda ni dari aku. Tapi kalau marah lama-lama pun tak ada gunanya sebab benda pun dah jadi."
Walaupun hatinya masih sakit tetapi dia cuba untuk menerima semuanya dengan hati terbuka.
"Aku nak minta maaf sekali lagi dekat kau sebab aku yang minta Nurul rahsiakan benda ni. Kau tahukan hubungan kami dulu macam mana. Kami dulu dah berkawan dari kecil lagi dan sampai la kami besar.
Kami berdua pun tak ada perasaan cinta sebab kami memang anggap hubungan kami ni sebagai sahabat je. Aku pula dulu ada girlfriend dan Nurul tahu benda tu. Dia pun ok je dan sokong hubungan aku tapi girlfriend aku pula yang cemburu tengok aku dengan Nurul terlalu rapat." Danish ketawa kecil apabila dia teringat kenangan dahulu.
Najjah pula hanya mendiamkan diri kerana dulu dia tahu Danish ada teman wanita tetapi dia tidak tahu pula yang lelaki itu akan kahwin awal.
"Waktu tingkatan 5, tiba-tiba je girlfriend aku ajak kahwin awal sebab dia takut aku kena rampas dengan orang lain. Pada mulanya aku tak setuju dengan cadangan dia tapi bila dia pujuk aku banyak kali, aku terpaksa beralah dan ikut cadangan dia untuk kahwin tahun tu juga." Danish menarik nafas dan menghembus. Dia cuba menenangkan dirinya untuk menyambung ceritanya.
"Mak ayah aku memang tak bagi aku kahwin awal sebab masa tu aku masih muda dan kau bayangkan budak umur 17 tahun nak jadi suami orang. Kelakar kan? Tapi tu la aku tetap berdegil nak teruskan rancangan aku dengan Nisha untuk kahwin dan diorang pun terpaksa ikut sahaja walaupun aku tahu diorang tak rela.
Bila sampai je hari perkahwinan tu, tiba-tiba Nisha lari dari rumah. Waktu tu memang kelam kabut sebab takkan nak batalkan macam tu je so keluarga aku dan keluarga Nurul dah decide untuk gantikan Nurul sebagai pengantin perempuan. Mula-mula Nurul tak setuju tapi bila keluarga dia pun tak berhenti pujuk dia so dia pun terpaksa ikut cakap family dia.
Kami berdua pun kahwin sebab nak jaga aib keluarga aku dan aku yang minta kat Nurul untuk rahsiakan perkahwinan kami sebab aku tak bersedia. Dia pun setuju dengan cadangan aku sebab dia juga tak bersedia dengan semua ni. Tapi alhamdulillah setelah hampir setahun perkahwinan kami dan kami mengenali hati budi masing-masing, akhirnya aku dengan Nurul jatuh cinta dan aku dah janji dengan diri aku untuk sentiasa jaga Nurul.
Jadi aku nak minta tolong sangat-sangat dekat kau, tolong maafkan Nurul sebab dia tak bersalah dalam hal ni. Kawan kesayangan kau tu asyik nangis rindukan kau sampai aku dah tak tahu nak pujuk dia macam mana." Danish tergelak apabila dia teringat minggu lepas. Susah juga dia mahu menghentikan isterinya dari menangis.
Najjah tersenyum dan dia tahu hati sahabatnya itu hati tisu. Mudah menangis walaupun orangnya sangat ceria.
"Aku cuba untuk maafkan korang berdua dan terima kasih sebab kau dah explain semua kat aku. Sekarang aku dah faham dan kau bagi aku masa ok?" Najjah memandang wajah Danish semula.
"Tak apa, Najjah. Kau ambillah masa berapa lama untuk kau fikir dan aku nak cakap thanks juga sebab kau sudi dengar explanation aku." Danish memberi senyuman kepada Najjah.
Najjah juga membalas senyuman Danish. Hampir sahaja dia cair melihat senyuman lelaki itu tetapi dia cuba menyedarkan diri. Nasib baik dia sudah ada Ikram, kalau tidak pasti dia sudah suka dengan suami orang.
"Aku nak tanya, kau dah terfikir ke nak sambung belajar kat mana? Ataupun kau nak cari kerja dulu sementara tunggu keputusan STPM?" tanya Danish kepada Najjah.
"Aku tak tahu lagi, Danish. Aku tak terfikir lagi nak sambung belajar atau nak kerja dulu. Tapi yang pasti aku nak rehat sekejap otak aku ni. Aku nak bercuti dulu." Danish hanya mengangguk mendengar penerangan Najjah.
"Oklah Najjah, aku nak balik dulu. Aku rasa Nurul mesti tunggu lama kat rumah tu. Aku pergi dulu ye." Danish bangun dari kerusi.
"Danish, tolong kirim salam aku dekat Nurul. Cakap kat dia yang aku rindu sangat kat dia." Danish hanya tersenyum mendengar kata Najjah.
"Insya Allah aku akan sampaikan pesanan kau tu. Tapi kau ingat nasihat aku ni, jangan gaduh lama-lama dengan Nurul." Najjah tersenyum dan mengangkat ibu jarinya membalas kata Danish. Dia menghantar pemergian lelaki itu melalui ekor mata.
TBC
Sorry kalau kita lambat update...keinginan nak tulis tu ada tapi tulah mood nak tulis yang takde🤣apa2 pun thank you sebab support cerita MDR ni🫶🏻
YOU ARE READING
Mrs. Danish Rayyan (C)
RomanceDua sahabat baik yang selalu bersama sejak dari kecil lagi, itulah Danish Rayyan dan Nurul Nafisa. Dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah, mereka sering bersama sehingga orang menyangka mereka bercinta walhal mereka hanya berkawan sahaja...