Perasaan sedih hanya mampu aku pendam, tidak elok untuk titiskan air mata pada hari pengebumian seseorang yang kita sayang. Fikiran menerowong situasi terakhir di hospital kelmarin.
Tit.
Tit.
Tit.
Kayyisah melihat kearah pernafasan yang tertera pada mesin atur pernafsan. Dada puan Farhana berombak kuat. Gadis itu seperti mayat hidup, dia buntu untuk melakukan apa-apa.
Perlahan-lahan fikirannya mula berfungsi, dia terus memanggil doktor sekuat mungkin.
"Doktor!!!"
"Tolong doktor!!" Gadis itu berlari ke arah pintu wad sambil menjerit. Keadaan bagitu panik. Fikirannya buntu. Dada semakin lama semakin sesak.
"Cik tolong tunggu di luar," badannya di tolak perlahan untuk beredar keluar dari wad tersebut. Dia melabuhkan duduk di kerusi yang berdekatan. Ya Allah ini ujian bagi aku ke? Aku tak sanggup melepaskannya, aku sayang dia ya allah. Aku masih inginkan kasih sayang seorang nenek.
Seorang lelaki mula menerpa. Bahu si isteri di usap perlahan." Kenapa?" Soalnya perlahan.
Gadis itu hanya mengeleng tidak mampu berkata apa..
Tiba-tiba pintu wad terbuka.Kayyisah terus bangkit dari duduk." Macam mana dengan keadaan nenek saya doktor?"
Doktor itu perlahan menunduk kepala sebelum mengelengkan kepala, "Maafkan kami, puan Farhana tidak dapat diselamatkan," Dengar sahaja apa yang di kata oleh doktor.. anggota tubuhnya bagai tiada tulang, lembik menyembah lantai.
Lamunan serta merta terhapus apabila terdengar nama aku di laung begitu kuat dari luar.
"Kayyisah!! Mana kau!!! Dasar perempuan tak sedar diri!" Pintu bilik di rempuh kuat. Terhincit bahu akibat dentuman pintu kayu merempuh dinding.
"Kau kenapa ni alang!?" Halang puan Afira.
"Kau datang sini!" Jeritnya sambil menarik lengan aku kuat sampaikan aku terseret turun pada katil.
"Kenapa ni maklang?" Soal aku perlahan. Badan aku sudah tiada tenaga sekarang ini, tiada masa untuk bertengkar dengan sesiapa.
"Kau tanya kenapa?! Ini apa!? Ini apa!?" Perempuan itu melibas kertas ke atas muka aku.
"Kenapa mak wasiatkan harta dia pada kau lebih banyak dari aku hah!!!?? Sedangkan aku anak dia!?" Tempiknya lagi.
"Hah?"
"Kau jangan nak buat tak tahu sekarang ni aku nak kau ikut aku sekarang buat pertukaran nama, aku tak kira!!!" Aku bingung... Apa semua ni? Apa yang jadi? Aku tidak tahu apa-apa?
"Hah, bukan orang yang nak," wanita tua itu gelak sinis.
"Kalau bukan kau siapa lagi yang hasut mak aku untuk paksa dia bagi harta pada kau, kau yang jaga dia," balasnya sinis. Aku pantas mengelengkan kepala pantas. Sumpah bukan aku, tiada sedetik di dalam hati untuk merampas harta tokma dari sesiapa.
"Jangan fitnah isya macam tu," balas aku perlahan.
"Ouuuhh, fitnah. Hahah lawak la kau ni, aku tak kira apa-apa aku nak harta yang sudah di wasiatkan pada kau atas nama aku."
YOU ARE READING
MR.BLACK HODDIE (C)
Mystery / ThrillerCover by @NDfleur Mungkin dalam cerita ni banyak typo nanti sy edit untuk betulkan semula awak semua bacalah dulu yang typo ini 😭 BOOK 1 "My story is not as beautiful as any other human" Nurul Kayyisah Adila. Seorang gadis yang memiliki personalit...