Mereka bertiga masuk ke bilik rahsia bersama beberapa plastik di tangan. Xylon yang berada di meja kerja memandang ke arah mereka sebaik sahaja topeng dibuka.
Lebih tepat matanya memandang wajah Faevio. Sedikit lebam di hujung bibir dan wajahnya yang agak kemerahan.
" Kau buat apa kat luar tadi ? Boxing ? " Tanya Xylon apabila lelaki itu duduk dihadapannya.
" Kitorang terjumpa someone special kat luar tadi " jawab Faevio.
" Masa dia tengah dating lak tu " kata Evans pula.
Dia membawa sesuatu didalam mangkuk. Beberapa ketul ais dibalut pada tuala kecil kemudian diberikan pada Faevio.
" Nah tuam muka kau, nasib baik Rish tak perasan tadi.. "
" Terjumpa orang Dyro ke ? Depan Rish ? " Tanya Xylon.
" Tak pasti lah tapi dia ambik gambar Rish dari jauh. Lepastu terkantoi dengan kitorang. Dan dia sempat lari sebab ada kawan dia tolong " terang Zack seringkasnya.
" Part kenapa muka dia ni jadi lebam kau skip ? " kata Xylon pula. Jari telunjuk ditunjuk ke wajah Faevio.
" Kan aku dah cakap kawan dia tolong.. Sempat pulak dia tumbuk muka vio lepastu baling ape tah sampai mata kitorang pedih.. Tak sempat nak kejar " terang Zack sekali lagi.
" Ohh begitu " Jawab Xylon bersahaja.
Langsung tiada perasaan.
" Btw.. Aku dah jumpa fail tu " Kata Xylon lagi.
Mereka bertiga memandangnya serentak.
" Fail apa ? " Tanya Zack dengan muka selamba.
" Fail IMPLANT MOLD C77 " jawab Faevio.
" Mana ? "
Evans sudah mengambil tempat disebelah Xylon. Dia sudah tidak sabar untuk melihat apa agaknya kandungan yang ada didalam fail itu.
" Ni ! Dalam fail ni.. Macam macam yang ada.. " Xylon membuka fail itu menerusi projektor.
" Maksud kau ? "
Mata Faevio tidak lepas memandang dinding yang terpampang kandungan fail itu.
" Dalam ni ada report, cara penciptaan implan, jenis Microchip yang diguna, kesan implan dan yang paling menarik.. Video ujikaji Implan tu "
Ayat terakhir Xylon membuat Faevio menaikkan sebelah kening.
Nampak menarik !
Beberapa fail MP4 iaitu rakaman video terdapat di bahagian bawah sekali fail utama implant itu.
" Kau dah tengok video ni ? " Tanya Evans padanya.
Xylon hanya menggeleng. Mungkin dia menunggu untuk melihat video itu bersama mereka.
" Nak tengok video ni ke ? Macam menakutkan je " kata Zack.
" Boleh jugak.. Lagi menakutkan lagi seronok " dengan sengaja Evans berlagak depan Zack.
Zack hanya menjulingkan mata apabila Evans sudah tersenyum berlagak.
" Video ni mungkin boleh beri maklumat. Sebab kita nak tahu apa yang diorang rancang. Dan apa function implan tu dicipta " kata Faevio pula.
YOU ARE READING
𝐉𝐞𝐣𝐚𝐤𝐚 𝐃𝐢 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐓𝐨𝐩𝐞𝐧𝐠
RandomSyairish Rey, pelajar kolej yang menjalani rutinnya sebagai seorang pelajar. Kehidupannya normal sehinggalah pada hari dia diselamatkan secara tidak sengaja oleh seorang lelaki bertopeng. " 𝐁𝐞 𝐜𝐚𝐫𝐞𝐟𝐮𝐥 𝐠𝐢𝐫𝐥, 𝐝𝐚𝐧𝐠𝐞𝐫 𝐢𝐬 𝐞𝐯𝐞𝐫𝐲�...