Perlahan-lahan Zakri melangkah menuju ke hadapan pintu rumahnya. Wajahnya langsung tiada senyum. Zakri menolak perlahan pintu rumah yang besar dan mewah itu. Kaki perlahan diatur langkah masuk ke rumahnya. Zakri melihat ke sekeliling rumahnya. Sofa, tempat Hanis selalu duduk sambil menonton Netflix. Dapur, tempat Hanis main masak-masak. Kolam renang, tempat Hanis merendam kakinya.
Zakri memejamkan matanya dan menarik nafas dalam. Kemudian melepaskannya perlahan. Zakri kemudiannya menapak untuk mendaki tangga. Selangkah demi selangkah, dengan pandangannya hanya tertumpu ke lantai.
" Abi "
Zakri mendongak memandang ke atas.
" Hanis " suara Zakri bergetar memanggil nama isterinya. Kelihatan Hanis sedang tersenyum manis kepadanya. Zakri terus berlari mendaki tangga sehinggalah dia berdiri di hadapan isterinya.
Zakri memegang wajah isterinya lembut. Meraba keseluruh badan isterinya untuk memastikan sama ada ianya realiti ataupun hanya sekadar ilusi.
" Hanis? " soal Zakri ingin memastikan lagi. Hanis mengangguk.
" Answer me please. Ni Hanis? Isteri abang? " pinta Zakri. Hanis senyum.
" Ya, saya Hanis. Isteri Ahmad Zakri. Standing here in front of you " Hanis memeluk pinggang Zakri. Dan kemudiannya dia melekapkan wajahnya pada dada baju uniform Zakri.
Zakri mengucap syukur dan terus mencium kepala Hanis. Dipeluknya Hanis erat dan berkali-kali dikucupnya seluruh wajah Hanis.
" Awak pergi mana, sayang? " soal Zakri. Air mata lelakinya jatuh mengalir setitis terkena pada tangan Hanis. Hanis menaikkan tangannya memegang kedua pipi Zakri.
" Jambang awak dah panjang. Awak tak shave? " soal Hanis. Dapat dirasakan tajam-tajam semasa memegang kulit Zakri. Zakri tundukkan kepalanya.
" Siapa nak tengokkan saya masa awak tak ada? " soal Zakri semula. Hanis mengucup bibir Zakri.
" Saya minta maaf " ucap Hanis. Dia mengucup lembut tangan Zakri. Sekali lagi Zakri menariknya masuk ke dalam pelukan.
" You are selfish, sayang. You left me alone. Without even give me any notice. Awak pergi macam tu je bawa abang. Saya dekat sini? Terkontang kanting cuba hidup tak ada awak. Who am I in your life, sayang? " Zakri meluahkan segala perasaannya. Hanis cuma senyum mendengarkan semuanya.
" Saya balik kerja, saya panggil awak tapi tiada siapa yang menyahut. Saya tidur, tak ada abang yang kacau saya menangis malam-malam. Tak ada siapa nak masakkan untuk saya. Tak ada siapa saya nak usik. Tak ada siapa jadi makmum saya. Saya duduk dekat island, tunggu awak basuh pinggan tapi awak tak ada. Saya dah tak boleh nak fokus buat kerja. Saya pergi office, buat kerja, training, duty. Penat. Lepastu saya pergi hospital tengok awak, hati saya sakit. Saya tak boleh tengok awak terlantar sakit tak sedarkan Saya balik rumah lagi penat melayan perasaan sorang-sorang. Selalu saya ada awak. Saya tengok awak, saya bermanja dengan awak, dengan abang. Hilang penat saya. Tapi masa tu awak tak ada, sayang "
Hanis mengusap perlahan pipi Zakri. Mengesat air mata lelaki yang mengalir itu. Hanis memeluk Zakri sekali lagi.
" Saya pun rasa yang sama. Saya rasa sunyi, tak ada awak. Saya nak peluk awak, tak ada. Saya menangis sorang-sorang, awak tak ada nak pujuk saya. Awak tak ada nak cium, peluk, usap saya. Saya cuma ada abang je. Saya peluk abang. Saya lepaskan rindu saya pada awak, saya tengok muka abang. Aysar kan sebiji muka awak " Hanis pun meluahkan perasaannya.
" At least awak ada Aysar. Saya? Saya sorang-sorang, Hanis Amirah "
Hanis melutut di hadapan Zakri. Kemudian dipeluknya kaki Zakri.
YOU ARE READING
WASIAT
Action" Jangan cabar saya. Saya rasa awak kenal siapa saya " -Ahmad Zakri. Kapten Ahmad Zakri. Seorang pegawai tentera yang berpersonaliti tegas dan garang. Digeruni oleh semua pegawai lain. Tetapi hatinya lembut untuk seorang wanita yang telah mengisi ha...