" Dian macam mana? " soal Hanis yang sedang dirawat oleh doktor itu. Tergelak sinis Rizwan dibuatnya.
" Dia yang kau fikir? Keadaan kau tu fikir dulu " marah Rizwan pula. Hanis tersenyum sinis.
Hanis dah terdiam. Rizwan merengus dan memegang lengan Hanis kiri dan kanan. Matanya tegak memandang mata kakaknya.
" Kak, apa masalah kau ni? Kenapa hidup kau selalu macam ni? Apa lagi masalah yang kau buat sampai kau jadi macam ni? " soal Rizwan serius. Hanis terpempan hebat.
" Kau ingat aku yang buat masalah? " soal Hanis pula. Sangat tak faham.
" Kau ada kena mengena dengan kes Dian kan? Apa masalah kau dengan Dian? Sampai kau jadikan Dian mangsa semua ni? " soal Rizwan. Kini matanya bertukar tajam memandang Hanis. Hanis pula melopong. Dia lah mangsa keadaan yang sebenar.
" Tak sekarang ni, yang jadi mangsa, aku. Apa pula kaitan aku dengan Dian? " soal Hanis tak faham.
" Kenapa Dian acu pistol pada kau tadi? Mesti ada sebab. And kau yang kena tembak, bukannya Dian. Tapi boleh nampak, target asal sebenarnya, Dian kan? What's your intention, Kapten Hanis? " Rizwan menolak sedikit Hanis ke belakang. Hanis berdesis menahan sakit.
" Apa pula intention? Aku tak tahu apa-apa langsung, Rizwan! Aku jumpa nak berjumpa dengan Dian sebab appointment aku dengan dia. Tak ada maksud apa-apa untuk serang Dian pun " Hanis mempertahankan dirinya. Sudah tak kisah apa orang sekeliling nak kata. Orang sekeliling semua dah menadah telinga mendengar perbalahan antara adik beradik itu.
" Kau dari dulu tak puas hati dengan aku. Kau memang taknak aku bahagia kan? Kenapa kau buat aku macam ni kak? "
Hanis meraup perlahan wajahnya.
" Kenapa kau asyik nampak salah aku? Kenapa semua salah, kau letak dekat aku? Aku dengan Dian, tak ada kena mengena langsung. I was just unlucky enough to get this shot! " Hanis berkata tegas.
" Jebat to Leo. Respond, over "
Mereka berdua senyap seketika. Walkie-talkie mereka berdua berbunyi suara Fattah.
" Leo affirmative. Status? "
" Suspek kemalangan di hadapan pondok pengawal MT. Dikejarkan ke kecemasan sekarang. Berpakaian sama seperti suspek yang ambush attack Helang tadi. Over "
" Copy that. I'm heading to the emergency. Out "
Baru sekejap mereka mendengar suara Zakri melalui transmitter itu, Zakri sudah muncul di hadapan mereka berdua.
Hanis sedikit terkejut melihat bibir Zakri yang pecah dan berdarah.
" Awak okay tak ni? " soal Hanis risau. Zakri cuma mengangguk sahaja kemudian melangkah mendekati Hanis. Tangannya naik mengusap kepala Hanis sebelum mengucup perlahan ubun Hanis. Kemudian dia meraih tangan Hanis dan mengucupnya lembut.
" Sorry " ucap Zakri perlahan. Hanis terpinga-pinga sendiri. Nak minta maaf sebab apa?
" Failed again to protect you " lemah Zakri bersuara lagi. Seakan menjawab soalan yang terlintas di fikiran Hanis. Macam mana dia boleh tahu?
Hanis mengenggam tangan Zakri.
" Look, I'm fated today to be shot. It's okay. Do your work, now. Find the suspect who did this to me. So that saya boleh cincang dia hidup-hidup " balas Hanis. Ugutannya di hujung ayat itu membuat Zakri tergelak kecil.
" Will do. Ni awak okay tak? Sakit? " balas Zakri kemudiannya menyoal. Hanis kemudiannya membuat sakit.
" Sakit "
YOU ARE READING
WASIAT
Action" Jangan cabar saya. Saya rasa awak kenal siapa saya " -Ahmad Zakri. Kapten Ahmad Zakri. Seorang pegawai tentera yang berpersonaliti tegas dan garang. Digeruni oleh semua pegawai lain. Tetapi hatinya lembut untuk seorang wanita yang telah mengisi ha...