Aniq memerhati Aeyra yang sedang ralit menyemak dokumen dari cermin bilik pejabatnya. Satu keluhan terbit. Dia kemudiannya terfikir, bagaimana agaknya reaksi dan perasaan Aeyra jika mengetahui Izz Aniq Mikhael dan Faeyz Fiqkri adalah orang yang sama?
Gembira? Kerana dapat bertemu semula dengan pujaan hati.
Sedih? Kerana Aniq tidak jujur.
Atau..
Malu? Kerana ada kejadian yang tidak sepatutnya berlaku diantara mereka 8 tahun lalu.
Keluhan kasar terbit dari bibir merahnya. Pagi tadi, mamanya begitu gembira sekali. Tahu mengapa?
Kerana Aeisya dan sahabat karibnya telah bersepakat untuk menjodohkan anak mereka. Aniq pusing memikirkan tentang jodoh yang akan ditentukan oleh mamanya.
Dan yang paling mengejutkan ialah, anak sahabat karib Aeisya adalah seseorang yang dikenalinya semasa di bangku sekolah dahulu.
Tania Umayra.
Gadis yang sangat mengambil berat tentangnya suatu ketika dulu kini kembali sebagai jodoh aturan keluarganya.
🌹
Aeyra menyelak-nyelak almari pakaiannya. Tiada satu pun yang kelihatan sesuai untuk majlis besar. Keluhan kasar terbit.
Hujung minggu ini, syarikat tempatnya berkerja akan menganjurkan majlis annual dinner di sebuah hotel. Aeyra terduduk di birai katil sambil merenung almari pakaiannya.
"Beli baju baru?" gumamnya sendirian.
Dia kemudiannya menggeleng sendiri. Hujung-ii bulan ni manalah nak ada duit.
"Kau takde baju ke?" soal Arif yang sedang berdiri di muka pintu. Ternyata sudah lama dia berdiri di situ memerhati tingkah laku adiknya yang seorang itu.
Aeyra menggeleng dengan cebikan dia bibir.
"Jom aku belanja baju baru." ajak Arif.
Wajah Aeyra berubah. Terkebil-kebil matanya memandang abangnya dengan wajah tidak percaya.
"Seriuslah abang?" soalnya.
"Cepat. Lambat aku tinggal." Arif terus berlalu.
"Yeay!" Aeyra melompat keriangan dan terus meluru untuk bersiap.
Arif membawa Aeyra ke sebuah butik baju yang agak mewah. Sekali sekala dia berbelanja lebih untuk adik kesayangannya tidak salah bukan?
Matanya kelihatan bersinar-sinar melihat baju-ii dia butik tersebut. Semuanya cantik-ii!
🌹
"Aeyra, hari Sabtu ni you pergi tak?" soal salah seorang officematenya yang bernama Imran.
Lelaki itu agak kacak. Jikalau diberi kadar, mungkin 7/10 jika nak dibandingkan dengan Tuan Aniq yang sudah semestinya 100/10.
Aeyra hanya membalas pertanyaan tersebut dengan anggukan lalu tersenyum manis.
"Jangan senyum sangat Aeyra, nanti I diabetes." Imran mengenyit mata dengan senyuman manis sebelum berlalu ke mejanya semula.
Kening Aeyra bertaut.
Dia minum starbucks hari-ii lepastu nak salahkan senyuman aku pulak kalau diabetes.
"Imran suka Aeyra tu.." beritahu Sarah tanpa ditanya. Kelihatan wanita berusia awal 30-an tersebut tersenyum-senyum sambil menyangkut dagunya pada cermin pemisah meja mereka. Keningnya diangkat beberapa kali.
"Takde lah kak! Merepek!" Aeyra menyangkal. Dia malas mahu memikirkan soal lelaki buat masa sekarang.
Sejujurnya dia langsung tidak punya rasa untuk bercinta. Mungkin kerana masih menunggu dan berharap pada seorang insan yang bernama...
Faeyz Fiqkri?
Satu keluhan kasar terbit. Entah mengapa sejak akhir-ii ini dia sering bermimpikan lelaki itu. Apa itu tandanya lelaki itu juga turut merinduinya?
🌹
Aniq hanya diam di meja makan meskipun adik-beradik yang lain riuh bersembang. Matanya tertumpu pada pinggan sementara fikirannya menerawang memikirkan Aeyra.
Akalnya begitu mendesak agar dia menggunakan Aeyra untuk melaksanakan misi balas dendamnya manakala si hati pula berkata sebaliknya.
"Aniq tak ada ajak Nia keluar ke hujung minggu ni?" soal Aeisya sambil merenung redup wajah Aniq.
Aniq tersedar dari lamunannya.
"Takde, ma." jawabnya pendek lalu kembali merenung nasi goreng kampung masakan Aeisya yang masih berbaki separuh di pinggan.
"Ayang memandai je jodohkan Aniq. Dia tak cakap setuju pun." tegur Daniell.
Aeisya mengetap bibir.
"Apa salah ke kalau Sya nak carikan yang terbaik untuk anak Sya sendiri?" Aeisya membela diri sambil menjeling tajam.
"Yela Nia tu terbaik di mata sayang tapi kalau Aniq tak suka, tak boleh jugak kan?" Daniell memandang wajah isterinya yang sudah pun cemberut.
"Betul ke Aniq tak suka dengan pilihan mama?" soal Aeisya sambil memandang tepat wajah Aniq.
Aniq terdiam. Lidahnya kelu untuk berkata jujur. Dia hanya tunduk merenung nasi di pinggan. Akalnya sibuk menghitung bilangan ikan bilis di bibir pinggan.
Suasana di meja makan tersebut sepi sekali. Hanya bunyi lagaan sudu dan pinggan yang kedengaran.
Anak-anak sendiri enggan mengulas lebih apatah lagi para menantu. Masing-masing sibuk menguruskan hal sendiri.
Cucu-cucu riuh rendah bermain di ruang tamu. Almaklumlah kanak-kanak apabila sesekali bertemu dengan para sepupu mestilah sibuk bermain. Hanya kedengaran sayup-sayup suara mereka di meja makan yang hening tersebut.
"Kalau betul tak suka, paksa jugak jadi suka sebab mama tetap nak Nia jadi menantu mama!" putus Aeisya lalu bangun dari kerusi. Langkah terus diatur menapak anak tangga menuju ke tingkat atas.
Daniell merengus perlahan.
Aydan memandang adiknya dengan perasaan simpati. Sejujurnya mereka agak kasihan pada Aniq kerana mama mereka sangat-ii mengongkong hidupnya.
Selama mana Aydan,Aryan,Affan Ayqal dan Arfiq hidup, belum pernah mama mereka mengatur ngatur seperti mana yang dilakukan pada Aniq. Entah mengapa begitu kejadiannya.
"Nak aku tolak perempuan tu masuk gaung?" Arfiq menawarkan khidmat sekiranya diperlukan.
Aniq tersenyum nipis mendengar gurauan abangnya.
"Takpe kau kahwin je Niq. Kalau nanti kau suka perempuan lain, kau kahwin la lagi." cadang Aryan dengan penuh rasa bangga kerana merasakan dirinya telah memberi idea yang hebat buat si adik.
"Aduh!" senyuman lebar Aryan mati apabila pinggangnya dicubit si isteri. Dania menjeling tajam suaminya itu. Geram!
"Padan muka." Aydan tersengih seronok.
TO BE CONTINUE