51

3.2K 121 1
                                    

" Alah alah, comelnya Aysar ni! " puji Hajah Halimah. Emir dan Ijam yang bawa tok ayah dan tok ma mereka ke sini. Mahu melawat anak cucu. 

" Hah, setakat ni tiga cicit tok " kata Hanis. 

" Itulah. Tua dah " balas Hajah Halimah. Hanis tergelak kecil. 

" Kakak lama ke dalam dewan bersalin tu? " soal Haji Derawi pula. 

" Tak lama pun. Tak sampai dua jam. Sekejap je. Alhamdulillah senang beranak " jawab Hanis. 

" Itulah. Askar kan? Tu sebab orang cakap, banyak exercise ni membantu memudahkan masa bersalin " balas Haji Derawi. Hanis tersenyum. Bersyukur juga. 

" Dah berapa hari ni? Nak habis pantang dah kan? " soal Hajah Halimah pula. 

" Apa tok ni? Orang dah habis pantang lah. Budak ni pun dah nak dua bulan " balas Hanis. Hajah Halimah tak percaya. 

" Tok tu yang dah lama duduk sini. Tu ayam itik lembu kambing dekat kampung tu tak rindu ke? " 

" Aik? Macam menghalau je. Alah setakat ayam itik lembu kambing tok tu, Emir dengan Ijam kan ada. Pandai lah diorang jaga. Eiman pun ada. Eiman lagi lah pandai bela kambing " balas Hajah Halimah. Hanis mencebik muka. 

" Ni tok nak tanya sikit " 

" Apa dia? " 

" Sepanjang tok duduk sini, tak ada pula nampak mak mentua kakak datang sini. Yang ada datang pun, cuma pak mentua je. Mana dia? " 

Hanis terdiam. Memalingkan pandangan kepada Zakri yang sedang elok berbual dengan Haji Derawi. 

" Jujur jelah dengan tok. Kak ada masalah kan dengan mak mentua kak? " Hajah Halimah memang pandai membaca isi hati orang. Tahu sahaja apa masalah yang dialami oleh ahli keluarganya. 

" Betul lah ni " Hajah Halimah membuat andaian. Hanis tertunduk memandang lantai. 

" Dia tak suka akak ma. Dia benci dekat akak " beritahu Hanis. Hajah Halimah mengusap peha cucu perempuannya itu. 

" Tak semua orang dapat keluarga mentua yang sama. Setiap orang ada dugaan masing-masing. Ada yang dapat yang baik, ada yang dapat tak suka pada kita. Tugas kita kena berusaha untuk cairkan hati mereka. Jangan tambah minyak pada api yang sedang membara. Faham, kak? " 

Hanis mengangguk perlahan. 

" Tapi tok, yang jadi masalahnya, ibu ni tok. Dia ni hati keras, tak tahu macam mana nak jaga hati kak Hanis ni padahal kak Hanis tak ada buat apa pun. Dia je yang lebih. Tak tahulah makan mandrem ke apa " 

Hanis dan Hajah Halimah memandang ke muka pintu. Syuhada mencubit pinggang Zafirah. Geram.

" Eh, ibu. Masuk-masuk " pelawa Zakri. Hanis bangun dan bersalaman dengan mereka berdua. Syuhada masuk dan mendekati Aysar. Aysar sedang lena tidur. 

" Apa nama dia? " soal Syuhada langsung tidak memandang Hanis. 

" Aysar bu. Aysar Athif " jawab Hanis. Syuhada mengangguk sahaja. Kemudian mengangkat cucu lelakinya itu. 

" Dari Bangi pukul berapa bah? " soal Zakri kepada Badrul yang sedang melabuhkan punggung sebelah Haji Derawi. 

" Lepas zohor tadi. Singgah KL sekejap. Ibu along lah, nak jalan-jalan sekejap " jawab Badrul. Zakri mengangguk faham. Badrul meneruskan berbual bersama Haji Derawi. Badrul perasan juga, yang sesekali Zakri berpusing memandang isterinya dan Hanis.

Haji Derawi meminta diri untuk masuk ke bilik. Menunaikan solat asar. Badrul dan Zakri keluar ke laman rumah lalu duduk di meja taman. 

" Long, abah nak cakap sikit boleh? " 

WASIATWhere stories live. Discover now