Kereta Honda Accord hitam dipandu laju menuju ke sebuah rumah banglo mewah. Pintu kereta dihempas kuat.
" Puteri Ridian!! "
" Puteri Ridian!! " sekali lagi suara memanggil. Dian tergesa-gesa keluar dari rumah dan mendekati Rizwan yang sedang membuat muka bengang.
" Nak apa? " soal Dian tak puas hati. Memandang ke sekeliling. Takut juga kalau jiran-jiran terdekat marah.
" Kau ikut aku sekarang! " Rizwan terus menarik tangan Dian kasar lalu ditolak masuk ke dalam kereta.
" Arghh! " jerit Dian cuba melepaskan diri tetapi kereta Honda Accord itu lebih cepat bergerak meninggalkan rumah banglo tersebut.
" Kau nak apa lagi?! " marah Dian. Hayfa yang sedang duduk di sebelah Rizwan sedikit terkejut dengan suara jerkahan Dian. Rizwan tidak menjawab. Dadanya berombak kuat. Tanda amarah.
Rizwan memandu laju menuju ke rumah Fattah.
" Ariana! " kini Rizwan memanggil Ariana. Tetapi rumah itu seakan-akan kosong.
" Kau nak bawa aku pergi mana ni? " soal Dian lagi.
" Kau diam " Rizwan menunjuk tepat ke arah Dian. Rizwan kemudiannya melihat ke rumah Hanis dan Zakri yang berada di atas bukit itu. Kelihatan kereta Fattah berada di situ. Rizwan memandu lagi menuju ke rumah tersebut.
" Ariana! Hanis Ariana! " jerit Rizwan sambil menarik Dian keluar dari kereta. Semua keluar dari rumah mendengarkan kekecohan di luar rumah.
" Kenapa ni Wan? " soal Fattah. Mata Rizwan tajam mencerlung Ariana yang berdiri di sebelah Fattah.
" Kau sini! " Rizwan memanggil Ariana dengan keras. Ariana membuat muka tidak faham.
" Eh! Kau orang berdua ni, memang tak guna! " jerkah Rizwan lagi.
" Kenapa ni, Wan? Bising-bising ni? " soal Zakri ingin tahu.
" Zack. Sini. Kalau kau nak tahu, diorang berdua ni lah. Puteri Ridian dan Hanis Ariana yang jadi dalangnya "
" Dalang apa? " soal Zakri ingin tahu. Rizwan mengimbas sekeliling mencari kakaknya yang tiada berada di luar tersebut.
" Diorang berdua lah punca kenapa semua orang benci kak Hanis. Ni, Ariana ni yang hantar santau pada kak Hanis! "
" Eh kau jangan tuduh-tuduh aku eh! " marah Ariana.
" Eh ini Leftenan Rizwan lah. Aku takkan tuduh kalau tak ada bukti! "
" Mana bukti kau? "
Rizwan menuju ke kereta dan membuka bonet belakang. Membawa keluar satu beg dari bonet tersebut.
" Ni, beg siapa? " soal Rizwan lalu menunjukkan kepada semua. Ariana dan Dian terkejut. Terus Dian cuba merampas beg tersebut tetapi Rizwan lebih cepat meninggikan tangannya.
Rizwan mengeluarkan semua barangan dari beg tersebut.
Terkejut Fattah dan semua yang berada di situ. Fattah memandang ke arah Ariana yang berdiri tegak tidak berkutik.
" Kau orang berdua ni, memang perempuan hati kutuk! Munafik! " marah Rizwan lagi.
" Kenapa awak buat macam ni pada Hanis, Ariana? " soal Zakri. Ariana diam sahaja.
" Explain Ridian! " kini Rizwan menjerkah Dian.
" Eh! Kau dengar sini eh! Aku sebenarnya tak ada niat pun nak kacau kak Hanis. Aku nak kacau rumah tangga kau je sebenarnya. Aku memang nak bagi kau minum air tu tapi aku dah terbagi kak Hanis. Lepastu, si cikgu ni memang ada niat hitam nak hancurkan hidup kak Hanis. Aku tak ada niat pun nak kacau kak Hanis! "
YOU ARE READING
WASIAT
Action" Jangan cabar saya. Saya rasa awak kenal siapa saya " -Ahmad Zakri. Kapten Ahmad Zakri. Seorang pegawai tentera yang berpersonaliti tegas dan garang. Digeruni oleh semua pegawai lain. Tetapi hatinya lembut untuk seorang wanita yang telah mengisi ha...