Zack mengeluarkan kamera yang digunakan sebentar tadi. Beberapa foto dibelek satu persatu.
Jarinya terhenti pada satu gambar yang menarik perhatiannya. Lama matanya memerhati gambar tersebut. Mungkin ada sesuatu yang boleh memberi maklumat pada mereka.
Gambar tersebut menunjukkan view diatas meja yang tertampal satu kertas. Kertas yang menunjukkan pelbagai gambar peralatan dan nama peralatan tersebut.
Dibahagian bawah sekali kertas itu, tertulis dengan jelas satu laman web.
" Guys, aku jumpa sesuatu " Zack menunjukkan kepada mereka foto tersebut.
" Kau tunjuk apa ni ? Aku tahu lah tu lab equipment. Kau tunjuk ni kenapa ? " Zack belum bersuara, Evans sudah menyampuk.
" Ish ! Jangan menyampuk boleh ? " sempat Zack memarahinya.
" Kenapa Zack ? " tanya Faevio dengan penuh kesantunan.
" Cuba tengok kat bawah gambar ni. Ada satu laman web. Mungkin pasal lab ni "
Gambar berkenaan di zoom in supaya nampak dengan lebih jelas.
www.inventionallab/47eks.com.my
Tulisan tersebut jelas dan tertera pada gambar. Kini giliran Faevio pula membuka laptopnya untuk membuat research tentang lab berkenaan. Tidak lama kemudian laman web tersebut mengeluarkan sesuatu.
Carta organisasi dan beberapa folder dinyatakan pada ruang utama laman web itu. Namun carta organisasi tersebut sudah dikosongkan.
Folder yang tertulis 47IL itu hanya ada satu laporan bertulis mengenai projek eksperiment ke 47.
Laman web itu juga nampak seperti sudah lama tidak dikemaskini sejak 10 tahun yang lalu.
" Takde apa apa pun dalam ni " kata Evans dengan nada bosan.
" Sebab takda apa apalah something wrong somewhere " Xylon berpeluk tubuh memandangnya.
" Maksud kau ? " soal Zack yang masih blur memandang carta organisasi kosong itu.
" Cuba kau fikir, kenapa carta organisasi ni kosong dan semua tentang lab ni tak ada dalam laman web ni " kata Faevio pula.
Mungkin dia mempunyai fikiran yang sama dengan Xylon.
" Informasi tentang tempat yang pernah beroperasi sepatutnya takperlu dipadamkan pun.. Ada laman web sendiri tapi takda apa yang dipamerkan ? Tak pelik ke ? " sambung Xylon.
" Dan lokasi lab tu pun macam tersembunyi. Macam ada sesuatu yang disorokkan " sarkastik suara Faevio menjawab seolah seorang detektif.
" Wow ! Hebatnya gabungan leader dan hacker " Evans memandang Zack.
" Ingatkan silent killer je, rupanya ada vibes detective conan jugak " Zack bertepuk tangan memandang mereka berdua dengan rasa kagum.
" Dah, pergi buat kerja. Aku nak pergi tido. Penat aku layan korang ni " Faevio mula melangkah keluar dari bilik itu.
" Ehh aku pun nak tido jugak. Penat belasah orang tadi " Zack juga mengikutinya dari belakang.
" Rishh ! " laungan itu bergema di foyer jabatan kolej mereka.
Suara yang sangat dikenali.
YOU ARE READING
𝐉𝐞𝐣𝐚𝐤𝐚 𝐃𝐢 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐓𝐨𝐩𝐞𝐧𝐠
RandomSyairish Rey, pelajar kolej yang menjalani rutinnya sebagai seorang pelajar. Kehidupannya normal sehinggalah pada hari dia diselamatkan secara tidak sengaja oleh seorang lelaki bertopeng. " 𝐁𝐞 𝐜𝐚𝐫𝐞𝐟𝐮𝐥 𝐠𝐢𝐫𝐥, 𝐝𝐚𝐧𝐠𝐞𝐫 𝐢𝐬 𝐞𝐯𝐞𝐫𝐲�...