𝑱𝑫𝑺𝑻 𝟏𝟏

1.6K 126 6
                                    

     " Masih jauh lagi ke ? " zack sudah bosan menunggu. Dia menoleh ke sisi.

     Prince charming yang duduk disebelahnya sudah berdengkur. Mungkin sebab penat push up awal pagi.

     " Kejap lagi sampai lah kot. Nanti belok ke kiri, situ ada satu lagi lorong kecil " arah Faevio pada Xylon yang memandu. Xylon hanya mengangguk mengikuti arahan.

     Sebaik sahaja masuk ke lorong itu, mereka menemukan jalan mati di hujung lorong.

     Kereta diberhentikan disebalik semak untuk melihat kawasan sekeliling.

     " Ape tuu !? " Tanya Zack dengan dahi dikerut.

     Tangannya menunjuk ke arah sebuah terowong kecil yang hampir ditutup oleh semak samun.

     Nampak seperti kawasan itu sudah lama ditinggalkan kerana rumput juga tumbuh tinggi hampir menutup pintu terowong kecil itu.

     " Oi sleeping ugly cepat bangun ! " zack menepuk perut Evans yang masih lena disisinya.

     " Ehh !? Dah sampai ke ? " tanya lelaki itu dengan muka yang masih mamai.

     " Eh takde lah, Kitorang nak buang kau kat sini. " kata zack sambil menyangkut tali begnya ke bahu.

     Xylon menahan senyum mendengar kata kata zack. Mungkin lelaki itu memang ada niat untuk membuang rakannya sendiri ke hutan.

     Mereka bertiga keluar dari kereta itu meninggalkan prince charming yang masih blur di dalam kereta.

     " Ish menyesal betul aku pakai kasut mahal ni pergi sini " keluh zack. Tangannya mengusap kasut kesayangannya.

     Tanah lecak yang terkena pada kasut sneakers nya dilap sehingga bersih.

     Faevio mengarah mereka supaya mengambil daun daun besar untuk menyembunyikan kereta. Beberapa batang pokok yang dipenuhi daun dipatah kemudian digunakan untuk menutup kereta mereka.

     " Tu lah kau ! Nak showoff lagi depan awek " kata Evans yang sudah berdiri di sebelahnya.

     " Sekurang nya aku tak pura pura push up awal pagi, mengamalkan gaya hidup sihat kononnya " sindir zack sambil tangannya membantu Faevio menyembunyikan kereta mereka.

     " Penat ke push up sampai tertidur ? Berapa banyak kau push up pagi tadi ? " Xylon sudah sekapal dengan zack.

     " Diam lah, kau bawak kereta pun tak betul. Ada hati lagi nak sindir aku " tambah Evans dengan nada perlian.

     " Aku tinggalkan kau orang kat sini nanti. Cepat masuk sini ! " Faevio sudah berjalan menuju ke pintu terowong itu melaung memanggil mereka.

     Mereka mula memasuki terowong itu bersama. Lampu suluh diarah ke kiri dan kanan melihat setiap sudut terowong kecil tersebut.

     Jalan yang sedikit berair itu membuatkan zack mengeluh kerana kasut kesayangannya menjadi mangsa.

     " Memang betul kat sini ke ? Macam takde apa apa je dekat sini " kata zack sambil mengelak dari terpijak lopak air.

     " Aku yakin kat sini " Faevio masih lagi yakin dengan pendiriannya.

     Lampu suluhnya dihala ke hujung terowong. Ada sesuatu yang bersilau apabila terkena pada cahaya.

     " Ada sesuatu kat sini ! " suaranya bergema didalam terowong itu. Mereka bertiga mengikuti langkahnya.

𝐉𝐞𝐣𝐚𝐤𝐚 𝐃𝐢 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐓𝐨𝐩𝐞𝐧𝐠Where stories live. Discover now