Bab 24

1.2K 30 0
                                    

           Azman hanya mampu melihat Madinatul membaling batu banyak-banyak ke dalam tasik. Dia hanya menggeleng melihat sikap gadis itu. Sudah 30 minit mereka berada di sini. Dia teringat kejadian pagi tadi di office.

Flashback

      Terbeliak mata mereka berdua melihat kejadian di depan mata. Azman melihat pasangan itu kelam kabut membetulkan diri.

      Dia juga melihat Madinatul hanya tenang sahaja melihat kejadian itu. Azman berasa hairan melihat reaksi gadis itu seperti seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku di depan mata.

       "Madina, awak buat apa kat sini? Kenapa awak datang tak bagitahu dulu?" Sufian tergagap-gagap melihat tunangnya di depan mata. Marlia pula terus bangun dan ingin berlalu keluar dari bilik tersebut.

       Madinatul terus memegang tangan gadis itu bagi menghalang Marlia pergi. Marlia tercengang-cengang melihat Madinatul memegang tangannya.

        "Kau tunggu sini sekejap. Aku nak kau jadi saksi kat sini." Marlia meneguk air liur melihat wajah serius Madina. Azman pula tidak berani masuk campur hal kawannya itu.

          "Hai Sufian. Saya datang sini sebab nak hantar kotak ni dan bukannya nak jumpa awak. Tapi saya tak sangka pula dapat tengok tayangan free. Dan senang juga saya nak minta putus tunang dengan awak."

           Azman dan Marlia terkejut mendengar kata Madina. Dia memang sudah nekad untuk minta putus dari lelaki itu. Dari dulu lagi, Madina tidak suka dengan pilihan orang tuanya.

           "Awak cakap apa ni, Madina? Takkan awak nak minta putus kot. Lagi sebulan je kita nak kahwin." Sufian seperti tidak percaya apa yang keluar dari mulut gadis itu.

           "Untuk pengetahuan awak, saya tak nak pun pertunangan ni. Lagipun awak mesti tak ada rasa cinta kat saya kan. Saya pun tak ada perasaan kat awak. So buat apa kita teruskan pertunangan ni kalau dua-dua saling tak suka."

           Madina berasa puas hati dapat luahkan semuanya kepada lelaki tak guna itu. Dia terus mendekati Sufian yang terpinga-pinga dan meletakkan cincin tunang di atas meja lelaki itu.

         "Saya nak awak simpan baik-baik cincin tu. Saya nak awak hadiahkan cincin tu untuk bakal isteri awak nanti." Madinatul menekankan perkataan bakal isteri agar lelaki itu mudah faham.

         "So saya pergi dulu. Awak jaga diri awak baik-baik." Madinatul terus keluar dari bilik mesyuarat itu. Azman turut kejar Madinatul yang sudah jalan jauh ke depan.

End of flashback

       Tiba-tiba khayalannya terbang apabila terdengar kocakan air yang kuat. Dia pasti gadis itu masih belum puas melepaskan rasa. Azman terus mendekati Madina yang keletihan membaling batu tadi.

       "Dah puas ke kau baling semua batu tu? Kalau kau tak puas, aku boleh belikan batu yang banyak untuk kau." Madina yang mendengar perlian lelaki itu terus berpaling ke arah Azman.

         "Kau sindir aku ke, Azman? Aku tahulah yang aku baru putus tunang tapi tak boleh ke kalau kali ni kau jangan sakitkan hati aku." Madina terus mengambil batu dan membaling ke Azman.

          Balingannya agak tepat kena pada dahi Azman. Lelaki itu mengaduh kesakitan. "Adoi sakitlah dahi aku, Madina. Aku gurau je tadi. Janganlah terasa sangat."

           Madina terus duduk di kerusi dan melihat sekumpulan kanak-kanak bermain basikal. Azman turut duduk di sebelah gadis itu. Dia tahu hati Madina pasti rasa kecewa sedikit.

           "Kau ok tak? Kalau kau tak ok, aku boleh bawa kau ke tempat yang tentang sikit." Azman tahu kisah hidup gadis itu. Dia tahu semuanya. Kadang-kadang dia berasa kasihan dengan nasib gadis itu.

            "Aku ok je. Kau tak payah risau pasal aku. Lagipun aku tak kecewa sangat nak putus tunang ni. Cuma..." Percakapan Madinatul terhenti apabila dia terbayangkan wajah ibu bapanya.

            Dia tidak sampai hati mahu kecewakan hati orang tuanya. Madina tahu orang tuanya mahu lihat dia berkahwin tetapi dia masih belum bersedia ke arah itu.

             "Cuma apa, Madina? Kau risaukan apa?" Azman akui Madina cantik dari segi rupa. Mata yang cantik, hiding yang mancung dan mempunyai bibir yang cantik.

            "Aku risaukan orang tua aku. Aku takut diorang kecewa sebab aku. Aku tak sanggup nak tengok diorang kecewa, Man." Matanya Mula berkaca tatkala dia memikirkan ibu bapanya.

            "Kau tak payah la nak fikir sangat. Aku yakin diorang akan faham dengan keputusan kau ni. Kau tak payah nak fikir bukan-bukan." Azman yakin orang tua Madina pasti faham yang anak mereka ini tidak suka dengan pilihan mereka.

             "Tapi aku tak rasa macam tu la, Azman. Aku kenal orang tua aku tu macam mana. Diorang nak sangat tengok aku kahwin sebelum diorang tutup mata. Lagipun umur aku dah 25 tahun, Man. Dah selayaknya kena kahwin."

             Azman hanya mampu mengeluh mendengar kata gadis itu. Dia tidak tahu ingin berkata apa. "Kau sabar je la, Madina. Mungkin buat masa ni jodoh kau tak sampai lagi. Kau sabar ye." Azman hanya mampu memberi nasihat kepada gadis itu. Madina terus senyum setelah mendengar nasihat Azman.

          

Mrs. Danish Rayyan (C)Where stories live. Discover now