33

2.8K 120 0
                                    

Zakri mendekati Hanis yang sedang duduk menonton tv di ruang tamu itu. 

" Dear " tegur Zakri. Hanis ukir senyum kepadanya sebelum pandangan kembali kepada kaca tv. 

" Awak okay tak ni? " soal Zakri kepada Hanis. Hanis mengerutkan keningnya memandang Zakri. 

" Kenapa pula?  Saya nampak macam tak okey ke? " soal Hanis semula. 

" Saya nampak awak lain. Ada apa-apa jadi ke dua minggu saya tak ada ni? " soal Zakri. Hanis mengangkat bahunya sambil menggeleng. 

" Mana ada apa-apa " balas Hanis. 

Zakri merenung Hanis lama. Dikecilkan matanya memandang Hanis. 

" Jujur dengan saya, sayang " pujuk Zakri. Hanis tetap menggelengkan kepalanya. 

" Ibu ada cakap apa-apa ke dengan sayang? " kini Zakri lebih serius. Sepanjang dua minggu dia turun operasi, dia minta ibunya dengan Zafirah tinggal di sini bersama Hanis. Kebetulan Zafirah juga tengah cuti sem. 

" Mana ada apa-apa " jawab Hanis masih berdalih. 

" Sayang, jujur dengan saya. I know you

Hanis menarik nafas lama. Zakri setia menunggu Hanis memulakan cerita. Dia perlu tahu apa masalah isterinya supaya dia boleh cuba bantu selesaikan. 

" Saya cakap awak tak percaya. Ibu tak suka saya " 

Zakri mengerutkan keningnya. Kenapa pula tiba-tiba? 

" Kenapa awak cakap macam tu? Okay cuba percayakan saya " soal Zakri. 

" Saya nampak ibu dah lain. Dia jadi lebih agresif dan macam taknak sangat bercakap dengan saya " 

Zakri melepaskan nafasnya berat. Apa yang terjadi ni? 

" Mungkin ibu penat agaknya. Atau mungkin ibu berjauhan dari abah, itu yang buat ibu sensitif " Zakri cuba menenangkan Hanis. Tak mahu isterinya itu berprasangka buruk. 

Hanis tunduk memandang ribanya. Tangannya mengambil tangan Zakri lalu digenggamnya. 

" Sayang, don't worry. Abang sentiasa ada dengan sayang. Okey? Anything to share, bagitahu abang " tangan Zakri mengusap perlahan rambut Hanis. Hanis mengangguk perlahan dan ukir senyum kepada suaminya. 

" Saya nak naik solat sekejap " kata Zakri. Hanis menganggukkan kepalanya membenarkan. Zakri melangkah naik ke atas menuju ke bilik. Dia kemudiannya mengeluarkan telefonnya. 

Ditekan-tekan skrin telefonnya sebelum dilekapkan ke telinga kirinya. Ditunggu beberapa saat sebelum panggilannya dijawab. 

" Assalamualaikum, adik " 

" Waalaikumussalam, along. Kak Long macam mana? Sihat dah? " 

Kini wajah Zakri bertukar pelik. 

" Kak Hanis sakit apa-apa ke? " 

" Along tak tahu ke? Kak Hanis jatuh haritu. Kak Intan tu ha, cari gaduh dengan dia " 

" Jatuh dekat mana? " 

" Dekat kolam rumah along tu lah. Kak Intan bergelut dengan dia entah kenapa lepastu kak Intan tolak dia. Kak Long jatuh dalam pool. Nasib baik kak Hanis tak apa-apa. Kawan along, Kapten apa tu yang tolong bawa dia pergi klinik " 

" Kapten Faris? " 

" Bukan. Kapten apa tah. Dia tua sikit dari along rasanya " 

Tahulah Zakri itu Arif.

WASIATWhere stories live. Discover now